Google Ads

Sunday 13 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 185

MENARIK DI DALAM
·        Muflis Akhirat
·        Sekalipun Dosa Melangit
·        Agar Kekal Aktif
·        Penawar Konflik Rumahtangga
·        Asalkan Yakin
·        Kucing atau Ibu?
·        Pencuci Hati
·        6 Sifat Cam Personaliti


MUFLIS AKHIRAT
Ajaran agama Islam amat menitikberatkan hubungan sesama manusia. Justeru sikap seseorang yang tidak memelihara lidahnya dan suka mengumpat serta memfitnah mencemarkan konsep hablumninannas yang sangat diambil berat dalam ajaran Islam. Akibatnya, terhakislah sifat persaudaraan yang diwajibkan dalam Islam. Bukan itu sahaja, bahkan seseorang yang tidak menjaga yang tidak menjaga hanlumninannas dengan baik, dia akan menjadi seorang yang muflis di akhirat. Hal ini telas dijelaskan melalui sebuah hadis,  Nabi bersabda ’Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?’ Sahabat-sahabat baginda menjawab ’Orang yang muflis itu adalah orang yang tidak mempunyai wang dinar serta dirham dan tidak mempunyai harta benda’. Nabi bersabda ‘sebenarnya orang yang muflis dikalangan umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang. maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian apabila habis amalan kebaikannya sebelum habis dibayar kesalahan orang yang dianiaya lalu ditimpakan ke  atasnya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka’. (Riwayat Muslim). Hadis ini menjelaskan dengan terperinci betapa kesalahan sesama manusia akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka termasuk apabila tidak memelihara lidahnya dengan baik.
Sumber : Ustaz Sukki


SEKALIPUN DOSA MELANGIT
‘Wahai anak Adam, sekiranya dosa kamu mencecah langit, kemudian kamu memohon ampun Aku akan ampunkannya’
(Riwayat al Tirmizi)


AGAR KEKAL AKTIF

 BERFIKIRAN POSITIF

Allah bertindak seperti apa yang difikirkan oleh hambanNya. Jadi, kita mestilah menghebahkan yang baik-baik dan menyembunyikan yang buruk. Maksudnya, segala yang negatif termasuk tertekan, marah, dendam dan segala perasaan buruk yang lain mesti disorok kemas-kemas. sebabnya, perasaan negatif ini akan merosakkan hari walaupun dimulakan dengan fikiran positif. Usah biarkan hari kita terganggu dengan fikiran-fikiran ini. Kita sebarkan aura yang positif, aura yang positif jugalah yang akan sampai kepada diri kita.

 

 FOKUS DALAM PEKERJAAN

Apabila kita fokus, kita dapat mengawal diri kita. Pekerjaan yang sedang dilakukan juga boleh diselesaikan dengan baik. Pedulikan apa-apa jua kata-kata disekeliling, sudahkan pekerjaan yang sedang dilakukan dengan baik.

 

 GEMBIRAKAN ORANG LAIN

Apabila kita gembirakan orang lain, insyaAllah kita juga akan rasa gembira. Ingat, bertemu dengan saudaramu dengan berwajah manis itu juga satu kebaikan. Mari kita berdoa dan berusaha agar orang disekitar kita rasa bahagia dan ceria. Natijahnya, kita juga akan gembira dan kekal aktif sepanjang hari. 

Sumber :Cerdik baik




PENAWAR KONFLIK RUMAHTANGGA
Suatu hari Hudzaifah mengadu ‘saya orang yang tajam lidah terhadap keluargaku. Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku menyebabkan aku masuk neraka’.
Rasulullah saw bersabda ‘Di mana istighfarmu? Sesungguhnya, aku sentiasa beristighfar kepada Allah sebanyak 100 kali sehari semalam’.
(Riwayat Nasa’i)


INGATLAH
Jangan hanya hidup,
tapi binalah kehidupan
Jangan hanya jadi manusia,
Tapi milikilah sifat kemanusiaan
Jangan hanya mencari keperluan,
Tetapi burulah tujuan
Jadilah hamba Allah yg penuh rasa kehambaan!
InsyaAllah, akan melimpah ketenangan..
Sekalipun sedikit kesenangan...
Sumber :Ustaz Pahrol



ASALKAN YAKIN
Rasulullah saw bersabda ‘Allah telah berfirman ‘Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan sesiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (berapa banyak dosanya).
(Riwayat Ibn Majah, Tirmizi)





KUCING @ IBU?
            Sepasang suami isteri akan melancong ke luar Negara. Sebelum bertolak, mereka memastikan rumah mereka berada dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan dalam seminggu. Teksi sudah menunggu di luar. Ketika hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba kucing jiran meluru masuk. ’alamak! sayang, tunggu dalam teksi dulu . Abang nak keluarkan kucing itu’. Suruh si suami. ’okey. Abang pastikan ya kucing itu keluar’. Kata si isteri melangkah menuju ke teksi. Sebaik sahaja duduk dalam teksi, wanita tersebut berkata, ’Maaf, buat pak cik tertunggu-tunggu pula’. ’tak mengapa’. Si isteri bimbang si pemandu teksi tahu rumah mereka akan ditinggalkan dan tidak berpenghuni, maka dia membuat helah, ’suami saya uruskan emak sekejap. Maklumla orang tua’.  Pemandu teksi mengangguk-angguk. kemudian si suami bergegas keluar dan memasuki teksi. Teksi mula bergerak menuju ke lapangan terbang. ’macammana bang?’ ’semua dah beres. Ada ke betina tu menyorok bawah katil. Abang pegang kaki dia, tarik keluar. Tapi, abang pula dicakarnya. Bedebah punya makhluk. Abang pegang dan lempar dia keluar ke laman belakang. Selesai!’ pemandu teksi yang mendengar kata-kata lelaki tersebut terkejut besar. 

Pengajaran
Bercakap benarlah walaupun pahit. Namun jika tidak mampu, maka berdiam itu lebih baik.
Sumber : Angguk Geleng






PENCUCI HATI
Rasulullah saw bersabda ‘Apabila seseorang Mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya’. (Riwayat Nasa’i)


6 SIFAT CAM PERSONALITI 
          Personaliti terbahagi kepada 6 sifat asas yang dirumuskan sebagai PENTAS. PENTAS merujuk kepada wadah atau platform kehidupan di dunia yang melihatkan seseorang itu akan membawa diri bersama personalitinya sebelum berpindah ke alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

PENDAPAT SAMA
Individu yang menonjol sifat ini dalam dirinya mudah mencapai persetujuan pandnagan bersama orang lain atau mempunyai pendapat yang sama.
 Menghargai perhubungan apabila berada dalam kalangan masa.
 Sanggup berkompromi atau mengalah walaupun kepentingan atau pendirian tergugat.
 Senang melihat kebaikan dan kesenangan orang lain.
 Senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan kenalan baru.

EMOSI
Di panggil sifat neurotik iaitu mempunyai gangguan  emosi yang menonjol. Individu golongan ini biasanya sering bersifat negatif. Individu ini mempunyai emosi yang reaktif iaitu perbuatan bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu peristiwa yang menurut pandangan orang lain adalah biasa.  Mereka lebih cenderung menanggapi sesuatu situasi normal sebagai musibah kecil, sedikit kesusahan, kesulitan dan rintangan menjadi suatu yang besar seolah-olah mengancam nyawa.

NALURI WASPADA
Personaliti jenis ini adalah sikap yang terlalu berhati-hati. individu ini amat berhati-hati semasa membuat sebarang pekerjaan lebih-lebih lagi apabila melibatkan membuat keputusan. Kualiti ini wujud secara semulajadi dalam diri dan mereka bertindak mengikut kesedaran minda.

TERBUKA
Individu golongan ini bersifat terbuka kepada pengalaman yang baru.

ALLAH (KEHAMBAAN)
Manusia mempunyai sifat semulajadi untuk mengenal penciptanya. Orang yang memiliki personaliti menghambakan diri kepada Allah akan melakukan sebarang pekerjaan dengan ikhlas, bermotivasi, gigih dan cemerlang.

SOSIAL
Individu dalam golongan ini dipanggil extrovert iaitu suka bergaul dan berkomunikasi dengan manusia.
Sumber : PERSONALITI





No comments:

Post a Comment