Google Ads

Wednesday 16 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 188

MENARIK DI DALAM
·        Takut
·        Teka teki Fiqah
·        Di mana Allah di hatiku
·        Ada Akal tapi..
·        Bersama Allah Tidak Gelisah
·        Kesukaran Disertai Kemudahan





TAKUT
‘Hantu’ bernama ketakutan ada dalam setiap diri. Hanya cara diri melawannya yang membezakan setiap individu. Ketakutan yang tidak dihakis boleh menjadi racun dalam diri. Racun yang menghalang diri melangkah jauh ke hadapan. Takut yang membawa kemunduran.  Bagaimanapun, takut kepada Allah itu takwa. Takut tinggalkan suruhan Allah, takut buat dosa. Takut mati dalam kekufuran, ubatnya sebatikan diri dengan keimanan dan ketakwaan. Takut kegagalan, atasinya dengan kesungguhnya dan tidak putus asa. Takut akan diri sendiri paling bahaya, lawannya pasti suntikan keberanian. Perasaan takut yang tertanam dalam diri menghalang kreativiti, menjauhkan keberanian, mendekatkan kegagalan. Takut akan hilang dengan menghadapi realiti. Takut akan hilang dengan memadam alasan untuk takut. Berani dan takut sentiasa ada dalam diri. Tetapi yang mana lebih mendominasi, itu yang nampak pada diri. Kalahkan ketakutan, menangkan keberanian!.



TEKA TEKI FIQAH
1. Burung Haram. Ada 2 jenis burung yang tidak boleh dibunuh walau dalam apa jua keadaan.
2. Witir sebelum isya’. Sedia dimaklumi bahawa solat witir ditunaikan selepas solat isya’. Bagaimana ada sorang yang menunaikan solat witir sebelum isya’ lagi, tetapi tidak salah. Kenapa demikian?
3. Imam dan makmun saling menghadap. Makmun akan bersolat dibelakang imam. Namun ada situasinya yang Imam dan makmun saling berhadap. Bagaimana ya?
jawapan di akhir edisi ini


DI MANA ALLAH DI HATIKU
            ‘apakah hidupku telah bersama Allah?’ ‘Apakah Allah telah menjadi tempat segala pergantungan dan harapan?’ Apakah Allah sudah menjadi tempat memujuk dan membujuk segala ketakutan dan kesedihan?’.
            Allah menciptakan manusia dengan hanya 1 hati. Tidak boleh ada 2 cinta dalam 1jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selainNya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir. Ketika itu diri tidak bersama Allah lagi!.
            Guru-guru yang arif dalam persoalan hati berkata ‘Apabila Allah ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan dan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki’. 
            Kata-kata ini seharusnya menjadikan kita berfikir dan berzikir. Apakah Allah menjadikan menjadi tumpuan dalam hidup kita? Apakah yang kita fikir, rasa dan lakukan sentiasa merujuk kepada Allah? Apabila bertembung dengan 2 kehendak, kehendak siapa yang kita dahulukan? Sanggupkah kita mencintai hanya keranaNya? Tegakah kita membenci juga keranaNya?
            Justeru, jika belum bersama Allah, hidup kita masih gelisah. Hidup kita belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Namun kita tidak akan kecewa apalagi berputus asa. Kita akan terus melangkah di jalan mujahadah in. kita yakin Allah itu dekat, pintu pengampunanNya luas daripada pintu kemurkaanNya. Selangkah kita mendekat, seribu langkah Dia merapat.
            ‘Aku adalah sebagaimana hambaKu sangkakan mengenaiKu, dan aku bersamanya ketika dia mengingatiKu’. (Riwayat Muslim). Dan akhirnya tibalah kita pada satu keyakinan, untuk mendekatkn diri kepada Allah menagih satu perjuangan dan pengorbanan. Kita tidak akan kalah selagi kita tidak mengalah . Justeru di jalan Allah, keindahan itu bukan hanya berada di hujung jalan, malah berada di sepanjang jalan. Tidak ada gelisah di jalan Allah!’
Sumber : solusi Isu  71






ADA AKAL TP...
            Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang cara menangani ancaman kucing besar di rumah tempat mereka bersarang. ’kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur’. Cadang seekor tikus tua. ’ anak-anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makan’. Tambah seekor tikus yang lebih tua. ‘jangan lupa, hindari tempat-tempat yang bahaya dan sensitif’. Kata seekor tikus yang kudung sebelah kakinya. Tikus itu sangat berpengalaman dan pernah ditangkap oleh kucing tetapi berjaya melepaskan diri. Tiba-tiba datang sekumpulan tikus muda ’menyergah’ masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.  ’kami lebih tahu dalam selok belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan’. Kata seekor daripada mereka. Tikus-tikus tua berdiam diri.  ’silakan, berilah pandangan kamu’. ’mudah sahaja. Kita gantung 1 loceng di leher kucing itu. Apabila dia bergerak, loceng berbunyi dan kita mendenganya maka kita pun boleh melarikan diri’. ’bagus! Inilah cadangan yang terbaik!’. Sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus-tukus tua. Bangga dan angkuh.  ’baiklah, kami terima cadangan itu. Cuma ada 1 pertanyaan..’ujar tikus tua. ’apa dia?’ ’siapakah antara kita yang akan menggantungkan loceng di leher kucing itu?’ semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga. Fikiran mereka tidak menjangkau lagi ke tahap itu. 

Pengajaran
Ilmu seputar akal belum boleh menandingi kemurniaan nurani dan kehalusan budi dalam menangani sesuatu permasalahan. Pengalaman dan kematangan tidak boleh ditempa semata-mata dengan banyak membaca dan berwacana. Awas, sindrom ada akal tetapi tidak berakal.
Sumber : Angguk Geleng






BERSAMA ALLAH TIDAK GELISAH
        Setelah solat tahajud pada satu dinihari yang sepi, seorang hamba sahaya bermunajat kepada Allah dengan berkata ‘demi cintaMu kepadaku..’ kata-kata itu didengari oleh tuannya, lalu dia ditegur ‘mengapa kau katakan demi cinta Allah kepadamu? Bukankan lebih beradab sekiranya kau katakan demi cintamu kepada Allah?’
        Hamba itu menjawab ‘jika tidak kerana cintaNya, masakan Allah akan mengejutkan aku untuk menyembahNya ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Jika bukan kerana cintaNya, masakan lidahku diizinkan utk berdoa dan memuji kpdNya’. (sumber : Imam Al Ghazali)
        Begitulah rasa hati seseorang yg sangat hampir dengan Allah swt, dia merasakan bahawa segala ibadah yg dilakukannya adalah kerana taufikdan hidayah Allah, bukan kerana daya usahanya. Maksudnya, Allah menyanyi hambaNya terlebih dahulu, sebelum sesorang hamba menyayangiNua. Bagaimana?
        Allah menyayangi hamba2Nya dengan membuka pintu hati mereka untuk mengenali dan mencintaiNya. Kebaikan yang dinikmati, dilakukan, dan diberikan oleh seorang hamba pastinya bermula daripada Allah. Rasulullah bersabda : sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memberikan pemahaman agama kepadanya’. (Riwayat al Bukhari)
        Bukan itu sahaja, bahkan, bukankah Allah yang menciptakan kita tanpa kita pinta? Siapakah yang memberikan oksigen untuk kita bernafas? Bukankah Allah yang mendidik dan memantau kita di setiap masa? Tepuk dada, Tanya iman..
Sumber : solusi



Kesukaran disertai kemudahan
1. ‘Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (ditegaskan) bahawa sesunggunya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan’. (Al Syarh 94:5-6)
2. ‘Setiap diri akan merasai mati. Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian. Kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan’. (Surah Al Anbiya’ 21:35)
3. ‘Janganlah kamu berduka, sesungguhnya Allah bersama kamu?’ (Surah al Tawbah 9:40)


JAWAPAN TEKA-TEKI FIQAH
1. Burung Hudhud dan Sard. Berdasarkan zahir sebuah hadis, Ibn Abbas menyatakan bahawa Rasulullah saw melarang dibunuh semut, lebah, hudhud dan sard. (Riwayat al Baihaqi). (terdapat perbincangan lanjut tentang hukum ini yang perlu diambil kira)
2. Sebenarnya dia seorang musafir. Dia melakukan jamak takdim solat Maghrib dan isya’. Selepas itu dia melakukan solat witir pula.
3. Solat berjemaah dimasjidil haram. Sebahagian makmun akan bersolat menghadap arah depan imam. Hanya dipisahkan oleh kaabah di tengah-tengah.







No comments:

Post a Comment