Google Ads

Monday 14 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 186

MENARIK DI DALAM
·        Ketabahan
·        Meletak Cinta Dalam Dakwah
·        Mempengaruhi Majikan
·        Tukar Nama
·        Dakwah tanpa Cinta
·        Hadapi Stres Dengan Keimanan


KETABAHAN
Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis.  Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh kepahitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.



MELETAK CINTA DALAM DAKWAH
FAHAM                                                           
Perkara pertama yang digariskan oleh Imam Hassan al Banna dalam rukun baiah ialah faham. Pendakwah perlu faham tentang kepentingan berdakwah, kewajipannya serta faham tentang setiap perkara yang dilakukan. Dengan kefahaman yang jelas, barulah dai tahu matlamat sebenar berdakwah untuk mengajak manusia kepada Allah. 

IKHLAS                                                          
Dengan pancaran ikhlas dalam diri, pendakwah akan begitu teguh dan istiqamah dalam mengajak mad’u (orang yang di seru) kepada Islam. Dengan titipan ikhlas, pendakwah tidak mudah melatah apabila ditimpa masalah semasa berdakwah. Pendakwah akan mencari pelbagai pelbagai cara untuk menarik manusia daripada cinta kepada dunia seterusnya bertukar cinta kepada Allah.

AKHLAK                                                           
Rasulullah terkenal dengan kesempurnaan akhlak yang mampu menarik manusia yang jahil kepada cinta Allah hanya kerana keindahan akhlak yang terpancar. Malah dengan keindahan akhlak itu juga membuat musuh-musuh mengaguminya. Bagaimana pula akhlak kita? Kadangkala kerana akhlak pendakwah zaman millennium ini yang menyebabkan manusia semakin menjauhi Islam.

IBADAH                                                            
Cantik hubungan dengan Allah, maka cantiklah hubungan kita dengan manusia. Ibadah yang terjaga, hati yang bersih, jiwa yang sentiasa mengingati Allah mampu menarik mad’u agar mudah menerima kata-kata nasihat daripada pendakwah.
Sumber : Solusi



 MEMPENGARUHI MAJIKAN

 BUAT PERSEDIAAN

Jangan melangkah ke pejabat majikan dalam keadaam bingung dan tidak pasti. Sebaliknya, dapatkan fakta penting tentang apa yang hendak diperkatakan. Ingat, pendapat anda mungkin ditolak mentah-mentah jika tiada hujah dan data yang menyokong.

 

 JANGKA REAKSI

Bayangkan soalan dan pertanyaan yang akan muncul daripada mulut majikan. Bersedialah untuk memberikan jawapan yang baik dan berpengaruh.  Berlatih dengan berdiri dihadapan cermin dan ucapkan jawapan-jawapan yang sepatutnya.

 

 RINGKAS, MUDAH DAN PADAT

Jangan berjela-jela bercakap perkara yang tidak perlu semasa membentangkan idea. Kadangkala semakin lama kita bercakap, semakin tidak yakin orang atasan kepada kita.

 

 JANGAN MENOKOK TAMBAH

Jika idea tersebut ada kelemahan, terangkan bentuk kelemahan itu. Jangan berkata bahawa ia sempurna dan cacat sifar. Berikan gambaran yang sebenar.

 

 POSITIF DAN OPTIMIS

Tonjolkan keyakinan terhadap kejayaan dan keberkesanan idea-idea anda. Tunjukkan mimik muka dan bahasa badan yang meyakinkan. Elakkan tingkah laku yang menunjukkan ketegangan dan kegusaran.

 

 TUMPUAN DAN RESPONS

Berikan tumpuan yang tajam dan respons yang memuaskan semasa majikan bercakap. Ini akan memberikan tanggapan bahawa anda memang benar-benar hendak memberikan kejayaan dan tidak akan mengecewakannya.

 

 JIKA TIDAK BERJAYA, CARI ALASAN UNTUK BERTEMU LAGI

Fikirkan alasan yang munasabah untuk bertemu semula. alasan itu perlulah kukuh. Jika tidak, anda akan kelihatan seperti seorang yang penyibuk yang hanya tahu menghabiskan masa orang lain.  Satu taktik yang menarik ialah : jika dia menegur sesuatu perkara dalam kertas kerja terseut, beritahulah bahawa anda akan membuat pembetulan dan akan datang semula untuk menunjukkan hasil pembetulan itu. Bahkan ia kan memberikan imej bahawa anda seorang yang cekap!

 

 TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN

Sebut secara jelas dan terperinci  kenapa anda berterima kasih. Biasanya orang akan rasa lebih ‘berdiplomasi’ apabila dipuji dan dihargai. Tetapi ingat, jangan sampai jadi ‘tukang kipas’ dan mengampu.

Sumber : Mahir

 


TUKAR NAMA
            Sang keldai tiba-tiba naik berang. Marahnya meluap-luap. ‘kenapa kamu marah, wahai keldai?’ tegur burung kakak tua. ‘kamu pun sama!’ bentak keldai. ‘semua panggil aku keldai. Itu yang buat aku marah!’burung kakak tua tercengang. Si keldai membebel lagi tanpa henti. Kakinya menendang segala benda yang menghalang laluannya. marah sungguh keldai kali ini dan untuk menyejukkan marahnya, keldai pergi pergi menemui raja rimba. ‘wahai raja rimba, aku dah bosan hidup macam ni. Semua asyik panggil aku keldai sejak aku kecil. Kan keldai disinonimkan dengan lembap dan bodoh? Itu yang buat aku marah sangat!’ sang singa bertanya, ’jadi, apa yang kamu inginkan?’ ’aku mahu tukar nama!’.tegas si keldai. ’baiklah, kamu dah ada cadangan nama yang kamu inginkan?’ soal raja rimba. ’belum. Nanti aku balik dan berfikir dahulu’. Keesokan hari, keldai menemui sang singa. ’aku ingin tukar nama kepada apa-apa sahaja nama ikan’. Kata keldai. ’baiklah, tetapi sebelum itu aku nak tanya, kamu boleh berenang atau menyelam dalam air?’ ’tidak’. ’kalau macam itu. Aku rasa memang sesuai kamu kekalkan sahaja nama kamu sekarang.’

Pengajaran
Jika ingin berubah, ubahlah dari dalam ke luar dan bukannya dari luar ke dalam. Perubahan yang akan  memberi impak yang besar bermula dari hati iaitu kuasa niat atau nawaitu.
Sumber : Angguk Geleng





 DAKWAH TANPA CINTA
Aku risau melihat diriku dan dirimu
Begitu sibuk menuntun kata—kata
Kata—kata indah bait—bait puisi
Namun di tepian kolam dirimu
Engkau tinggalkan adab dan akhlak
Tertinggal di bangku lusuh yang kau duduk semalam
Hingga bila kau berbicara
Angin berpasir yang mereka rasa
Rimas dan menyakitkan tekak 
Sumber : Solusi



HADAPI STRES DENGAN KEIMANAN
Perkataan stres sinonim kepada ramai pekerja. Seharusnya seorang Muslim dapat menguruskan stres dengan lebih baik kerana keyakinannya tentang ujian Allah. Namun ramai yang menerima kemudaratan apabila berhadapan dengan situasi tempat kerja yang sememangnya memberikan tekanan. Akibatnya ramai pekerja yang tidak sihat fizikal dan mental. Dalam hal ini, keimanan yang jitu dapat membantu untuk mengatasinya. Allah mengingatkan, ‘Apakah manusia itu mengira dibiarkan (sahaja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang mereka belum diuji?’
(Al ankabut 29:2)

 POHON KEAMPUNAN ALLAH
Kembalilah kepada Allah dan mohonlah keampunanNya. stres mungkin berlaku kerana silap kita sendiri. Tindakan kita mungkin melangkaui batasan. Berbagai-bagai kerenah berlaku di tempat kerja umpamanya berpolitik, bergosip, bercakaran, mengadu domba dan seumpamanya. Marilah kita bertaubat agar dilepaskan daripada kesan stres yang melampau. Kita seharusnya muhasabah diri sebelum menuding jari kepada orang lain. Semoga keampunan dan limpahan rahmat Allah membolehkan kita menghadapi stres dengan ketenangan.

 BALASAN MENGIKUT PERBUATAN
Apa jua alasan yang kita berikan, hakikatnya perkara yang berlaku ke atas diri kita merupakan hasil usaha yang kita lakukan. Setiap tindakan akan menghasilkan tindak balas. Sekiranya perbuatan baik, insyaAllah kebaikanlah yang akan kita peroleh.  Demikian juga sebaliknya. Nabi bersabda ‘sesiapa yang melakukan sesuatu mudarat kepada orang lain maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya’. (Riwayat al Tirmizi). Kita mampu mengelakkan stres di tempat kerja sekiranya dapat melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja. Justeru kita harus mengelak daripada perkara-perkara yang negatif.

 PEMIKIRAN POSITIF
Pemikiran yang positif dapat mengurangkan bebanan stres. Kita perlu bijak ‘memutarkan’ (Reframing) agar setiap perkara negatif yang berlaku menjadi positif.

Sumber : Ulfah






           









No comments:

Post a Comment