Google Ads

Saturday 19 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 191

MENARIK DI DALAM
·        Perjanjian Roh
·        Roh oh Roh
·        Harga Ikan Mahal
·        Abu Lahad Dalam al Quran
·        Cerdik Baik




MUNGKIN ADA YG TIDAK TAHU
Perjanjian Roh
Perjanjian Roh dengan Allah dirakamkan salam al Quran ‘Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan daripada sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka seraya berfirman, ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’ ‘Betul, kami bersaksi’. (Al A’raf 6:172). Sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad, roh sudah mengenali Allah. Namun apabila memasuki jasad manusia, roh lupa tentang kehidupan yang dahulu.



TEKA TEKI FIQAH
1. Berwuduk dulu sebelum makan. Antara adab utama ketika hendak makan ialah guna tangan kanan, duduk, baca bismillah,  dan basuh tangan. Bagaimanapun ada seseorang yang disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum makan. Kenapa ya?
2. 1 kesalahan 5 hukuman. 5 orang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berzina. Menariknya, hukuman mereka adalah berbeza-beza. Yang pertama dihukum mati. Yang ke2 Direjam sampai mati. Yang ke3 Disebat. Yang ke4 juga disebat tetapi kadarnya adalah separuh daripada orang yang ke3. bagaimanapun yang ke5 tidak dikenakan apa-apa tindakan. Bagaimana demikian?
3. Afdal tidur. Qiamullail budaya orang beriman di mana sahaja berada. Bagaimana ada satu tempat dan yang mana kita tidak disunatkan malah dilarang berqiamullail menurut sebahagian ulama. Bahkan yang sunat adalah tidur sahaja sementara menunggu solat subuh. Di mana ya?
Jawapan Di akhir Edisi Ini



ROH OH ROH  

Manusia hakikatnya bukan sekadar yang terlihat secara zahirr. Manusia pada luaran terdiri daripada tulang, daging yang dibalut kulit, juga memerlukan makanan, minuman dan rehat yang secukupnya.  Hakikat manusia yang sebenar terletak dalam diri manusia itu, iaitu roh. Manusia memiliki jasad sebagai bentuk dan roh atau jiwa sebagai isi dalamnya. Roh merupakan aset penting manusia kerana jika tiada roh dalam diri manusia, maka jasadnya tidak berfungsi.

 

Keluar dan Masuk

Roh itu hidup, dapat berpindah-pindah dan dapat menghembus ke dalam jasad manusia. Semasa sedang tidur, roh akan keluar daripada jasad sehingga tiba waktu akan kembali semula ke dalam jasad kita. Allah menjelaskan ‘Allah memegang nyawa seseorang yang belum mati ketika dia sedang tidur. Maka, Dia tahan nyawa orang yang Dia tetapkan kematiannya dan dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang telah ditetapkan’. (Al Zumar  39:42)

Apabila mati, jazad kita membusuk dan reput tetapi roh akan kekal hidup sehingga ke hari kiamat. Ibn Qayyim menyatakan bahawa setelah roh dicabut semasa kematian,roh akan kembali semula di dalam jasad di dalam kubur untuk di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Seterusnya roh akan menetap di alam barzakh untuk mengecap kebahagiaan atau merasa hukuman seksa sehingga tiba Hari Kebangkitan.

 

Urusan Allah

Allah menegaskan bahawa roh termasuk urusan Allah. Sementara kita hanya diberi sedikit sahaja pengetahuan tentang roh. Allah berfirman ‘dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh, katakan ‘Roh itu termasuk dalam perkara urusan Tuhanku  , kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja’.

(Al Isra’ 17:85)

Namun begitu, situasi ini tidak menghalang kita daripada merenung dan memikirkan tentangnya. Jika kita tidak menimbulkan apa-apa persoalan, kita juga tidak akan mendengar pelbagai pendapat ulama.

Hal ini kerana roh termasuk dalam perkara yang bersifat spiritual. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Roh manusia adalah suci dan wujud dahulu sebelum jasadnya diciptakan. Kesimpulannya, roh adalah suatu unsur yang amat penting dalam diri kita. Kitalah yang akan menjadikan roh kita itu baik atau jahat. Oleh itu bersegeralah kita menentukan kehidupan ini sebelum terlambat.

 

Sumber : zikra




HARGA IKAN MAHAL
            Seorang guru sufi sedang termenung di tepi laut yang sedang bergelora. Renungannya jauh, lama dan mendalam. Tiba-tiba seorang anak muridnya memberi salam dan bertanya. ’apa yang direnung begitu dalam tok Guru?’ guru sufi itu tersenyum. ’aku sedang bertafakur mencari hikmah disebalik laut yang bergelora ini’ ’tok guru melihat sesuatu yang tersirat? Tok guru melihat sesuatu hakikat?’ masih tersenyum. ’sekarang kau ambil tempatku. Renungi laut yang sedang bergelora ini. carilah yang tersirat. Selamilah yang hakikat’. Anak murid itu pun memejamkan matanya. Dia dan mula bertafakur. Lama kemudian, tok guru datang semula dan bertanya ’kau dapat sesuatu yang tersirat daripada tafakurmu?’ ’ya tok guru!,kalau laut bergelora Tok Guru.. Harga ikan mahal!’ Tok Guru menggeleng-ngeleng kepalanya.   

Pengajaran
Benarlah kalau dikatakan ada ilmu yang tidak dapat diajar tetapi hanya boleh dipelajari. Hikmah umpamanya hanya dapat dimiliki dengan kebersihan hati bukan ketajaman akal semata-mata.
Sumber : Angguk Geleng



 ABU LAHAB DALAM AL QURAN
            Hidayah urusan Allah. Walaupun Abu Lahab bapa saudara Nabi dia tetap tidak mendapat hidayah. Pernah Abu Lahab berkata kepada Rasulullah ‘celaka engkau! Untuk inikah engkau memanggil kami?. Allah membalas kata-kata  Abu Lahab ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan benar-benar dia binasa. Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak. Begitu juga isterinya; pembawa kayu api. Di lehernya ada tali sabut yang dipintal. (Al Masad 111:1-5)
Sumber : Hikayat Ayat




           


CERDIK BAIK
BAHAGIA DENGAN MEMBERI
Percaya, hidup lebih bahagia dengan memberi . Kamu memberikan senyuman kepada orang lain, kamu yang lebih bahagia. Kamu berikan sesuatu kepada orang lain, bahagia itu spontan akan lahir dalam diri.  Pemberian RM1 kepada orang yang sangat memerlukan sangat beharga baginya. RM1 yang menghadirkan senyuman kepada orang lain sangat bermakna. Bukan harus terlalu melihat besar kecil jumlah pemberian. Paling penting situasi hati ketika memberi . Ikhlas atau sekadar berlepas diri? Keikhlasan yang tidak nampak itu boleh dirasakan hati’.

MUDAHKAN, JANGAN SUSAHKAN
Usah terlalu membesarkan hal-hal remeh sampai menyusahkan. Nanti diri yang akan terasa payah. Letakkan sesuatu biar kena pada tempatnya. Barulah apa yang dilakukan tidak terasa menyusahkan. Terlalu mencari kesempurnaan, jangan sampai diri yang terbeban . Buat semampu badan, serahkan keputusannya kepada Tuhan’.

KONGSIKAN BUKAN PENDAM
Kongsikan pergelutan yang berlaku dalam diri kepada seseorang yang dekat dengan dirimu. Terlalu memendamkan boleh menyakitkan diri sendiri. Tertekan. Sakit hati. Semuanya meninggalkan kesan pada hati dan emosi. Berkongsi boleh bererti membuka aib sendiri, tetapi mencari solusi persoalan yamg membelit diri. Siapa tahu pada perkongsian itu ada jawapan yang kamu nanti-nantikan. Paling dekat itu Tuhan. Allah yang Maha Mendengar setiap aduan dan pengharapan.
DFMK


JAWAPAN TEKA-TEKI
1. Sebenarnya dia masih lagi dalam keadaan berjunud.  Orang yang berjunud di sunatkan berwuduk sebelum makan atau tidur. Sayidatina Aisyah mengisahkan bahawa Rasulullah semasa dalam keadaan berjunud lalu hendak makan atau tidur, Baginda akan berwuduk terlebih dahulu. (Riwayat Muslim)
2. Yang pertama ialah lelaki kafir maksum yang berzina dengan perempuan Islam. Ke2 adalah lelaki Islam yang sudah berkahwin. Ke3 ialah lelaki Muslim yang bujang. Yang ke4 seorang hamba. Yang ke5 adalah orang gila. (Catatan: kafir maksum ialah orang kafir yang dilindungi oleh negara Islam)
3. Bermalam di Muzdalifah semasa haji.        (Catatan : Ada perbincangan lanjut)







No comments:

Post a Comment