Google Ads

Tuesday 8 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 180

MENARIK DI DALAM
·        Dunia Pada Pandangan Orang Akhirat
·        Istighfar
·        Umpama Pisau
·        Orang Kaya-Orang Miskin
·        What You Give You Give Back
·        Masuk Syurga Dengan Rahmat Allah
·        Tak Sangka


DUNIA PADA PANDANGAN ORANG AKHIRAT

Fudhail bin I’yad berkata ‘jika diibaratkan dunia ini sebagai emas yang cepat rosak dan akhirat itu ibarat tembikar yang diawet dan tahan lama, maka yang lebih baik dipilih tentulah tembikar yang diawet daripada emas yang cepat rosak. Lebih malang apabila seseorang itu memilih tembikar yang cepat rosak daripada emas yang tahan lama. Begitulah perbandingan antara dunia dan akhirat. Akhirat umpama emas yang mahal harganya dan lebih tahan lama berbanding dunia yang diumpamakan sebagai tembikar yang cepat rosak dan murah harganya. Mukmin adalah orang yang bijak. Orang yang bijak itu tentu sahaja mengutamakan kehidupan akhirat berbanding dengan kehidupan dunia.  Hanya orang yang buta hati dan pendek akal sahaja yang memilih dunia dan meminggirkan akhirat. Hidup di dunia adalah singkat.  Nikmat dan azabnya hanya sementara. Hidup di akhirat pula selama-lamanya. Nikmat atau azab kekal selama-lamanya.

Solusi Isu 70



 ISTIGHFAR DALAM AL QURAN (2)
Erti al Quran pada tadabbur. Kerana al Quran diwahyukan untuk dijadikan pedoman manusia. Lalu bagaimana untuk menjadikannya pedoman diri jika al Quran tidak didalami? Kali ini kita menerokai mesej istighfar dalam al Quran. Kita akan mendapati perkataan istighfar dirakam  dalam beberapa bentuk kata seperti berikut…

 KAMU SEMUA MEMOHON AMPUN
‘Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat’
(Al Naml 27:46)
 
Cabaran eksplorasi 7
Siapakah yang berkata?

 MEREKA MEMOHON AMPUN
‘Dan Allah tidak menyeka mereka sedang mereka meminta ampun’
(Surah Al Anfal 8:33)

Cabaran eksplorasi 8
Surah al Zariyat, ayat 18 juga mengandungi lafaz ini. Ayat ini menyatakan bahawa antara sifat orang bertakwa ialah mereka sering memohon ampun pada waktu ini. Apakah waktunya?

 ENGKAU MOHON AMPUN
‘sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau meminta ampun 70 kali (sekalipun) maka Allah sekali-kali tidak akan mengampuni mereka.’
Surah al Tawbah 9:80

Cabaran eksplorasi 9
Awas! Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Hatta jika Rasulullah memohon ampun untuk mereka pun, Allah tidak akan mengampunkannya. Mereka itu siapa?

Jawapan di akhir edisi ini

           



UMPAMA PISAU
Dunia umpama pisau. Digunakan untuk membuat kerja rumah. Juga menjadi senjata penjenayah. Oleh itu Allah mengingatkan : ‘harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan’. (Surah al Kahfi 18: 46)
Ya, anak yang soleh dan solehah boleh menjadi sumber pahala yang berterusan apabila kita meninggal dunia. Tetapi anak-anak juga boleh menjadi ‘dunia yang melalaikan’ apabila menghalang tumpuan dan keutamaan kita untuk beribadah.


ORANG KAYA –ORANG MISKIN
Tidak salah memiliki kesenangan di dunia. Yang salah ialah apabila meletakkan dunia sebagai cinta utama di hati. Dalam hati tidak boleh ada 2 cinta. Hanya cinta Allah sewajarnya bertahta di situ.
Justeru, pengertian zuhud bukanlah tidak memiliki harta, tetapi harta yang dimiliki itu tidak bertahta di dalam jiwa. Ada orang kaya yang zuhud, apabila tidak  mencintai dunia walaupun memilikinya. Ada orang miskin yang tidak zuhud, yang hatinya sangat mencintai dunia walaupun tidak memiliki dunia!


WHAT YOU GIVE YOU GET BACK
            Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya. Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpannya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.
            Disebabkn terlupa membeli keju, maka dia beralih pelan B. dicarinya majalah-majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki itu menggunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus  tersebut. Keesokannya harinya, lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil! Seekor tikus berjaya diperangkapnya. Tetapi, hasilnya hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju. 

Pengajaran
Jika mahukan  hasil yang lumayan , maka usaha juga harus berganda. Jika sekadar melaburkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.
Angguk Geleng






MASUK SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH

Ada 2 orang bani Israel yang bersaudara. Seorang pendosa dan seorang lagi sangat bersungguh-sungguh beribadah. Jika si ahli ibadah melihat saudaranya melakukan dosa, dia akan berkata ‘berhentilah’. Lalu saudaranya membalas’ adakah kau di utuskan untuk mengawasi aku?’ ahli Ibadah menjawab ‘sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dan memasukkan kamu ke syurga’. Selepas kematian kedua-duanya, mereka dipertemukan dgn Allah swt. Lalu Allah bertanya kepada ahli Ibadah ‘Tahukah kamu siapa Aku? Adakah kamu berhak meentukan apa yg ada dlm kekuasaanKu?’Allah berkata pula kepada pendosa ‘masuklah kamu ke syurga dengan rahmatKu’. Dan lelaki seorang lagi (kononnya ahli Ibadah’ dicampakkan ke Neraka.

(Riwayat Abu Daud)

 

Sahabatku,

Usah membuat penilaian n menghukum orang terhadap dosa dan kesilapannya. Allah jua yg Maha Menilai dan Menghukum. Berprasangka buruk itu adalah lebih mulia dan tinggi darjatnya.

 




TAK SANGKA
Rasulullah bersabda ‘sesungguhnya Allah akan mengangkat darjatnya seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata ‘Wahai Allah, daripada mana saya dapat kemuliaan ini?’
Allah berkata ‘kerana istighfar anakmu untukmu’.
(Riwayat Ahmad)





JAWAPAN EKSPLORASI
7. Nabi Soleh
8. Sahur (Penghujung malam, sebelum fajar)
9. Munafik





No comments:

Post a Comment