Google Ads

Thursday 17 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 189

MENARIK DI DALAM
·        Tanya Sama Diri
·        Cara-cara Menghampiri  Allah
·        Mencari Syurga dalam Senang?
·        Tiada Dukacita
·        Kalam Ilahi Buat Azimat Diri



TANYA SAMA DIRI
          Soalan-soalan berikut Sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Kita tidak mampu mendustai Allah. Kerana jika kita berbuat demikian , bererti kita mendustai diri sendiri. Tanya kepada diri:
1. Bagaimana sikap aku terhadap hukum hakam Allah?
2. Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya.?
3. Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?



SEKALIPUN DOSA BERTIMBUN
‘Katakanlah (wahai Muhammad) : ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesunggunya Allah mengampun segala dosa. Sungguh, Dialah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani’.



TEKA TEKI FIQAH
1. Najis buat tak kisah. Ada sejenis binatang yang bergelumang dengan najis sepanjang masa. Bagaimanapun, kita tidak perlu mengelakkan dan berjaga-jaga dengannya. Binatang apa ya?
2. Haram  mewarisi harta suami. Seorang lelaki menikahi seorang wanita dan memperoleh seorang anak. Selepas si suami meninggal dunia. Wanita tersebut tidak mendapat harta peninggalan di suami, tetapi anaknya dapat.
3. Biarkan sahaja. Puasa Ramadhan. Ada seorang melihat saudaranya minum kerana terlupa. Dalam situasi yang sama, apa yang akan anda lakukan?
Jawapan di akhir edisi ini



CARA-CARA MENGHAMPIRI ALLAH
 BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH DAN BERZIKIR
Marilah kita kembali kepada Allah dengan berzikir dan bersangka baik kepadaNya. Rasulullah saw bersabda , Allah berfirman ‘Aku menurut sangkaan hambaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu…’(Riwayat al Bukhari). Mari kita bersangka baik pada setiap takdir dan ujianNya. Tanamkan di dalam hati bahawa Allah di sebalik segala-galanya. Kepahitan, kesedihan dan kesakitan yang menimpa diri kita tetap ada kebaikannya. Sudah seringkali apa yang kita rasa pahit sebelumnya, rupa-rupanya ada kemanisan di penghujungnya. Apa yang kita sangka baik itu adalah sememangnya baik, tetapi mata hati kadangkala terlindung untuk melihat kebaikan itu. Hamba yang bersangka baik, insyaAllah akan bersama-sama Allah. Hamba yang bersangka baik itu memujuk hatinya dengan menghayati setiap firmanNya.

 BERTAWAKAL
Sebagai hamba Allah kita terlalu daif  jika dibandingkan denganNya.kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri berbanding Allah. Allah Maha Tahu. Kudrat kita juga sangat terhad sedangkan kudrat Allah itu tidak terbatas. Atas dasar itu, sebagai hamba kita harus yakin dengan bahawa skrip yang telah disediakan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Inilah intipati tawakal, pasrah dan menyerah 100% kepada Allah swt sebagai ‘wakil’ bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan.

 BERDOA DAN SOLAT
Doa adalah talian hayat seorang kepada Tuhan. Apabila berdoa maka ketika itulah hati sangat hampir kepada Allah swt. Doa ialah luahan rasa harap , lemah dan memerlukan daripada seorang hamba yang hina kepada Tuhannya yang Maha Mulia.

 MELAKSANAKAN AMALAN WAJIB DAN MEMPERBANYAKKAN YANG SUNAT
Amalan sunat adalah merupakan amalan yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah.Rasulullah bersabda dan Allah berfirman ‘Tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh seorang hambaKu untuk mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Aku sukai melebihi kewajipan yang telah Kutetapkan kepadanya. Sentiasalah dia mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah nafilah (sunat) sehingga Aku menyintainya. Jika Aku telah menyintainya, maka Aku akan menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, menjadi matanya yang dengannya dia melihat….. Jika dia memohon kepadaKu, pasti akan Ku kabulkan, seandainya dia minta kepadaKu, pasti Aku akan beri!’. (Riwayat al Bukhari) 
Sumber : solusi

MENCARI SYURGA DALAM SENANG?
            Diceritakan pada satu malam, seorang raja bernama Ibrahim Adham, sedang berehat dan bersenang- senang di atas tilam empuk dalam istananya, sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba baginda terdengar bunyi menunjukkan ssesuatu sedang bergerak-gerak di atas siling istananya. Semakin lama, semakin jelas. ‘siapa di atas tu?’bentak Ibrahim Adham. ’saya, pengembala kambing’. Sahut satu suara dari atas menjawab dengan jelas. ‘apa yang kau buat di atas atap istanaku?’ Tanya raja tadi. ‘aku mencari kambingku yang hilang’. Jawab suara itu. ‘cis, pelik sungguh! Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yang hilang di atas atap istanaku?’ dengan tegas, suara itu menjawab ‘begitulah wahai Ibrahim. Adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang senang di atas tilammu yang empuk itu? Itu sama sahaja dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!’.
            Selepas insiden itu, raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri, darjat ketakwaan semakin meningkat, hingga terkenallah baginda sebagai seorang waliullah yang tersohor.

Pengajaran
Tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala Neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Justeru, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.
Sumber : Angguk Geleng






TIADA DUKACITA….
Bagi mereka yang hidupnya bersama Allah, tiada dukacita dan takut. Allah berfirman ‘ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak akan rasa takut dan dukacita pada hati mereka, dan mereka tidak bersedih hati’.  (Yunus 10:62). Tidak akan ada rungutan dan keluhan apalagi rasa kecewa dan putus asa. Tidak akan ada rasa stres kerana mereka tidak bergantung kepada diri mereka sendiri, bahkan semuanya disandarkan kepada Allah. Hidup bersama Allah adalah hidup yang Kaya, kerana Allah Maha Kaya.



KALAM ILAHI BUAT AZIMAT DIRI
1. Ingatkan diri apabila berkehendakkan  sesuatu yang sudah ada..‘kamu telah dilalaikan oleh sikap mengumpul-ngumpul. sehinggalah kamu masuk kubur. (Al Takathur 102:1-2)
2. ‘Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki, dan menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar) bergembira dengan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan di dunia berbanding akhirat hanyalah keseronokan yang kecil . (Surah Al Ra’d’ 13:26)
3. ‘patutkah manusia itu menyangka bahawa merka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami beriman; sedangkan mereka tidak diuji?’ (Surah al Alkabut  29:2)
4. ‘Dan bersabarlah sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang melakukan kebaikan’. (Surah Hud 11:55)
5. ‘Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar’. (Surah  al Baqarah 2:216)


JAWAPAN TEKA-TEKI
1. Lalat. Meskipun lalat hinggap di atas najis, kemudian terbang dan hinggap pula di atas kita, pakaian kita tidak dikira terkena najis.
2. Sebenarnya lelaki muslim itu mengahwini wanita yang sebenarnya Ahli Kitab. Orang yang berlainan agama diharamkan mewarisi harta seorang Muslim.
3. Sepatutnya, hendaklah mengingatkannya. Pada dasarnya, makan dan minum pada bulan Ramadhan adalah haram hukumnya. Bagi pihak orang yang terlupa memang dimaafkan. Namun bagi orang yang sedar, patut mengingatkannya. Sabda Nabi ‘sesiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Sekiranya tidak mampu....’ (Riwayat Muslim) kemungkaran secara umum merangkumi sebarang perkara yang bercanggahan dengan syariat.







           




No comments:

Post a Comment