Google Ads

Saturday 16 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 219

MENARIK DI DALAM
·        Kaedah Memanjangkan Umur
·        Menjadi Orang Disayangi Allah
·        Berapa Juzuk Lagi
·        Jangan Sampai Allah Melupakanmu
·        Hidup Sihat Tanpa Strok
·        Pesona Salam

KAEDAH MEMANJANGKAN UMUR
Umur manusia boleh dipanjangkan dengan tiga cara. Pertama, dengan benar-benar ditambah kuantitinya—umur jadi panjang kerana ada langkah-langkah yang bersesuaian dengan al Quran dan sunah yang jika diamalkan usia akan bertambah dengan izin Allah. Kedua, ditambah kualitinya—yakni ditambah keberkatannya. Usia masih sama, tetapi pengisiannya padat dengan amalan-amalan yang menjana pahala berganda. Sehingga dengan itu seolah-olah umur itu telah dipanjangkan. Ketiga, dengan melakukan amalan-amalan yang terus hidup (amal jariah) walaupun kita telah mati.
A) Ditambah Kuantiti Usia : Panjang Usia
B) Ditambah kualiti Usia : Pahala Berganda 
C) Manfaat Setelah Tamat Usia : Pahala yang Berterusan
Namun usaha memanjangkan umur melalui ketiga-tiga kaedah di atas tidaklah bertentangan sama sekali dengan firman Allah swt, ‘Maka apabila telah datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak dapat pula mempercepatkannya’ (Surah al A’raf 7:34). Hal ini demikian kerana dalam ayat yang lain Allah berfirman ‘Allah menghapuskan apa yang dikehendakiNya dan menetapkan apa yang dikehendakiNya dan di sisi Allah ada Umm al kitab (Lohmahfuz). Setiap hari adalah penghidupan baru kepada orang bijak (orang yang mengingati mati). Belajarlah melupakan kelmarin. Jangan khuatir hari esok dengan berfikir serta bekerja untuk hari ini. katakan kepada diri, seolah-olah tidak ada esok bagi kita. Lalu dengan rasa itulah kita beribadah tanpa bertangguh-tangguh. tidak ada hari esok, maka tidak ada kata tangguh. Itulah semangat para sahabat Rasulullah saw. Itulah rahsia kebaikan mengetahui kaedah memanjangkan usia. Bukan untuk menangguh kebaikan, tetapi menyegerakannya.  
Sumber : Pesan hati Untuk Hati



MENJADI ORANG YANG DISAYANGI ALLAH (1)

◊ SENTIASA TERSENYUM

Semua orang suka pada orang yang murah dengan senyuman. Senyumlah dari hati, bukan senyum yang dibuat-buat. dengan senyuman, kita nampak lebih manis dan menarik. ‘jangan kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis’.

(Riwayat Muslim)

 

◊ SALAM

Allah dan rasul sangat suka kepada orang yang memberi salam. Salam merupakan doa keselamatan kita kepada orang lain.

 

◊ BERSAPA

Jadikan diri kita orang yang terlebih dahulu menyapa apabila bertemu dengan orang lain. Gunakan intonasi yang ceria semasa menyapa.

 

◊ INGAT NAMA ORANG LAIN

Sebutkan nama orang yang ditemui dalam ayat pertama. Semua orang suka namanya diingati. Cuba bayangkan kawan kita tidak mengingati nama kita. Apa perasaan kita? Ucaplah nama seseorang dengan tepat.

 

◊ PENDENGAR YANG BAIK

Kurangkan bercakap tentang diri kita sebaliknya memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan supaya mereka gembira bercerita tentang kisah-kisah dan pengalaman mereka.

 

◊ IKHLAS

Keikhlasan membuat orang lain tenang dan dihargai, kerana yakin tidak akan diperbodohkan dan dibohongi.

 

◊ RENDAH HATI

Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.

Sumber : PERSONALITI

 


BERAPA JUZUK LAGI 
Hari ini Yang Berhormat akan merasmikan majlis khatam al Quran di sebuah sekolah Maahad Tahfiz dalam kawasan parlimennya. Sesampai di sana, dia membuat tinjauan mesra di sekeliling pusat pengajian tersebut diiringi seorang guru. Beliau menyapa dan bersalaman dengan dengan para tahfiz yang ditemui. ‘pelajar ini baru saja khatam hafal al Quran’ guru pengiring memaklumkan tentang seorang pelajar remaja yang bersalaman dengannya. ‘pelajar ini pula baru berjaya menghafal 20 juzuk. Yang ni pula baru 5’. YB mengangguk-angguk. sambil tersenyum kepada pelajar yang menyalamnya. Kemudian datang seorang pelajar yang bertubuh kecil untuk bersalam. ‘pelajar yang ini..’ ‘tidak mengapa biar saya tanyakan sendiri’. ‘YB memotong cakap si guru. Kali ini dia sendiri ingin berbual mesra dengan pelajar. ‘Anak ini umur berapa?’
‘10 tahun’.
‘sudah hafal berapa juzuk’
‘30’
‘Bagus, banyak tu! Tak sangka ya, kecil-kecil sudah hafal begitu banyak’. Pelajar itu tersipu-sipu. ‘jadi, berapa juzuk lagi rancang untuk hafal tahun ini?’ pelajar itu keliru.

Pengajaran
Alangkah sedihnya sekiranya berpelajaran tinggi tetapi cetek ilmu agama.

Sumber : Angguk Geleng






JANGAN SAMPAI ALLAH MELUPAKANMU
Pada hari Akhirat di datangkan seorang hamba. Allah bertanya kepadanya, ‘Bukankah Aku menjadikanmu pendengaran, penglihatan, harta dan anak-anak? Aku tundukkan haiwan ternakan dan tanaman?. Aku biarkan kamu memimpin dan mengambil satu perempat bahagian. Adakah kamu menjangka akan menemui Aku pada hari  ini?’ dia menjawab ‘tidak’. Allah berfirman kepadanya ‘Hari ini Aku lupa kepada kamu sebagaimana dahulu kamu lupakan Aku‘.
(Riwayat al Tirmizi)




HIDUP  SIHAT  TANPA STROK
 Pemeriksaan Rutin
Bagi individu berumur 40 tahun ke atas , disarankan mula membuat pemeriksaan rutin seperti tekanan darah, kadar kolesterol darah dan kandungan gula dalam darah. Semua ini faktor risiko utama strok yang perlu dikawal sejak awal jka perlu.

 Makan Ubat Sebetulnya
Jika disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi, pesakit disarankan mengambil ubat dan mengikut janji temu lanjutan seperti ditetapkan doktor.

 Pemakanan Sihat
Makanan kurang lemak dan minyak serta lebih serat akan mengawal paras kolesterol dalam darah. Manakala makanan kurang garam dan gula akan mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis. 

 Hidup Aktif
Lakukan aktiviti gaya hidup yang aktif yang membakar kalori seperti bersenam, berkebun, atau kerja-kerja rumah yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sebegini disamping menguruskan badan, terbukti akan menurunkan risiko penyakit kronik penyebab stok.

 Hindarkan Stres
stres mempunyai hubung kait langsung dengan darah tinggi penyebab strok. Mereka yang stres juga cenderung makan berlebihan sehingga mengganggu paras kolesterol dan gula dalam darah. Dapatkan bantuan keluarga, rakan, majikan atau kaunselor bagi mengurus punca stres harian. Jangan lupa kepentingan ibadah yang membantu menghindar stres.

 Berhenti Merokok
Perokok aktif mahupun perokok pasif yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko yang sama tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan strok.
Sumber : Sifat ‘afiat




           


PESONA SALAM
Seremeh-remeh salam, menjadi strategi penting untuk masuk syurga. Rasulullah mengajar kita ‘kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar sehinggalah engkau semua saling menyayangi. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan pada sesuatu , yang jika kamu melakukannya tentu  kamu semua akan saling kasih mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!
 (Riwayat Muslim)




           




No comments:

Post a Comment