Google Ads

Monday 11 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 214

MENARIK DI DALAM
·        Berniaga Dengan Allah
·        Sibuknya,Membaca Al Quran Pun Tak Sempat 
·        Pen Murah
·        Merancang Kenaikan Gaji
·        Berkomunikasi di laman sosial


BERNIAGA DENGAN ALLAH
Walaupun singkat, tetapi hidup di dunia (tidak kira berapa sekalipun usia kita) adalah sangat kritikal untuk menentukan bahagia atau celakanya hidup kita di akhirat. Justeru, usia yang hanya satu setengah jam (jika di banding dengan masa di akhirat) ini perlu di manfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, usia kita di dunia ini ialah tempoh kita ’berniaga’ dengan perniagaan yang di tawarkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya.  Perniagaan ini dinyatakan sendiri oleh Allah swt ‘Wahai orang yang beriman! Sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Yakni kamu beriman dengan Allah dan RasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya’. (Surah al Shaff 61:10-11) itulah perniagaan kita yang ditawarkan oleh Allah untuk manusia dan umur kita ialah modalnya. Dengan ada umurlah, kita boleh menyahut tawaran Allah itu. Tanpa umur, segala tawaran yang besar daripada Allah akan tertutup. Apabila kematian datang, pintu taubat dan peluang beramal ibadah telah tamat. Padahal setiap yang hidup akan bertemu dengan Penciptanya. Bekalan untuk bertemu Allah ialah amal soleh dan keyakinan yang mantap kepadaNya. Firman Allah ‘Sesiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesuatupun dalam ibadat kepada Tuhannya’. (Surah al Kahfi 9:110)
Sumber : Pesan hati Untuk Hati


SIBUKNYA, MEMBACA AL QURAN  PUN TAK SEMPAT
Hari ini semua orang sibuk. Sibuk sehinggakan tidak sempat membelek al Quran. Orang yang bekerja, sibuk dengan kerjanya. Suri rumah sibuk mengemas  rumah. Pelajar pula sibuk dengan pelajaran. Jangan kata hendak baca setengah muka surat sehari, sekali seminggu pun belum tentu sempat baca. Sibuk sangat katakan! Tetapi yang peliknya, di celah-celah kesibukan itu, setiap pagi facebook mesti buka, tengah harinya drama kegemaran mesti tonton, petang pula mesti jumpa kawan. Untuk membaca al Quran? Andai kata semua manusia berpakat untuk tidak membaca al Quran, tidak akan turun walau sedarjatpun keagungan Allah!! Allah tidak sama sekali ‘kemaruk’ sampai mengharapkan kita membaca ayat-ayatnya. Sebaliknya, kita yang pasti menyesal tidak sudah kerana tidak membaca al Quran. Betapa banyak ganjaran al Quran yang kita terlepas kerana sibuk sehingga tidak sempat membacanya.

¤ SATU HURUF SATU KEBAIKAN
‘sesiapa yang membaca 1 huruf di dalam al Quran akan mendapat 1 kebaikan. 1 kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda’. (Riwayat al Tirmizi)

¤ ALQURAN PEMBERI SYAFAAT DI AKHIRAT
‘Bacalah al Quran kerana al Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada orang yang membacanya’. (Riwayat Muslim)

¤ BACA TERGAGAP? DAPAT 2 KALI GANDA PAHALA
‘orang yang membaca al Quran dan mahir dengan bacaannya, maka dia akan bersama dengan para malaikat. Dan orang yang membaca alQuran dalam keadaan tersangkut-sangkut, dia berasa susah sekali untuk membacanya, maka dia akan memperoleh 2 pahala’ (Riwayat al Bukhari)

¤ LAMAKAH UNTUK KHATAM AL QURAN?
Masih sibuk sehingga tidak sempat baca al Quran? Begitu lamakah masa yang diambil untuk membaca al Quran? Bagi membaca 1 mukasurat al Quran mengambil masa 5minit. Apalah sangat masa 5minit itu. Dan sedarkah kita bahawa dengan membaca lima muka surat al Quran sehari, maka kita dapat khatam al Quran dalam masa 4bulan sahaja? jadi, dalam setahun kita dapat khatam 3 kali al Quran. Membaca 5 muka surat sehari tidak payah. Paling mudah, bacalah satu mukasurat setiap kali solat fardhu samaada sebelum atau selepasnya. Mudah sahaja bukan?
Sumber : Ezy Dakwah





PEN MURAH 
Amin akan menyambung pengajian di salah sebuah universiti  di Kelantan. Dia akan ke sana berseorangan dengan menaiki bas. Mak, ayah dan adik beradik kesayangannya hanya mampu menghantarnya ke stesen bas. ‘ni sedikit duit belanja nak. Nanti ayah masukkan dalam akaun’. Kata ayahnya. ‘Terima kasih, ayah’. ‘ni bekal roti dan nasi goreng mak buat. Makan ya’. Kata emaknya. ‘Terima kasih mak’. Adiknya tidak mahu ketinggalan. ‘adik pun nak bagi. Ni pen adik baru beli di sekolah. Seringgit dua puluh sen, mahal tu. Nanti abang guna untuk buat kerja sekolah ya’.
‘Terima kasih adik’. Kini Amin di dalam bas. Amin geli hati mengenangkan teletah adik bongsunya. Pen murah yang berbatang nipis pemberian adiknya itu disematkan pada poket bajunya. Beberapa ketika kemudian bas berhenti untuk berehat. Amin bergegas menuju ke tandas. Perutnya memulas. Kelihatan sudah terbentuk barisan beberapa orang yang sedang menunggu giliran. Tandas ada 2, Tanya hanya 1 yang menjadi rebutan. ’kenapa orang tak guna tandas 1 lagi?’ Amin bertanya kepada orang di depannya. ’tak ada kunci’. Oh, itu sebabnya. Diperhatikan ada yang sampai berpeluh-peluh menunggu. Perut amin semakin memulas. Tiba-tiba Amin berfikiran sesuatu. Dia melangkah deras masuk ke tandas terbiar tersebut. Orang lain hanya menjadi pemerhati senyap. ’Muat!’ Amin segera menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Dalam hatinya dia berkata ’Alhamdulillah, terima kasih adik’. Pen murah adiknya rupanya jadi sangat ’bernilai’ ketika itu. Ia menjadi ganti penyelak kunci.  

Pengajaran
‘jangan kamu menganggap remeh sesuatu kebaikan sedikitpun. Sekali pun dengan perbuatan kamu berjumpa saudara mara kamu dengan wajah yang ceria’.
Sumber : Angguk Geleng







MERANCANG KENAIKAN GAJI

 Tentukan Kedudukan pendapatan diri sendiri

 Muhasabah diri

 Bincang dengan majikan

 Pasang telinga untuk maklumat kenaikan gaji

 Positif

 Berfikir seperti tauke

 Penuhi keperluan organisasi

 Tingkatkan tahap pendidikan

 Pinta dengan Allah 

Sumber : MAHIR

 

 


SIFAT-SIFAT CALON PENGHUNI SYURGA (5)
 Menjauhi Sifat Marah dan Dendam
Kita semua mengetahui bahawa sifat marah dan rasa dendam sangat sulit untuk dikawal dalam waktu yang singkat. Seorang mukmin selalu berusaha menahan amarahnya kerana menjadi bukti kemenangan atas nafsunya, sebagaimana Rasulullah saw menyebutkan ‘Bukanlah orang kuat itu adalah orang yang pandai berkelahi, sesungguhnya orang kuat itu adalah orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika dia marah.’

 Bersabar Dalam Segala Keadaan
Bersabar dalam segala keadaan dan situasi merupakan kemenangan dan kebahagian daripada iman. Dengan kesabaran manusia akan sampai kepada tujuannya.

 Membela dan mempertahankan kebenaran
Seorang mukmin itu selalu membela kebenaran dan tidak takut kecuali hanya Allah, walaupun mendapat cercaan. Dia sedar akan segala akibat yang akan diterimanya .
Sumber : Sifat Calon Penghuni Syurga






           


BERKOMUNIKASI DI LAMAN SOSIAL
4 PESANAN ALLAH
Yang Dikata ditanggung
’Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak ketahui. Sesungguhnya, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannya’. (Al Isra’ 17:36)
         
Abaikan Yang sia-sia.
‘Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia’. (Al Mu’minun 23:1-3)

Baik atau Buruk?.
‘Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik ibarat sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit’.(Ibrahim 14:24)

Jangan sekali-kali.
‘Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka...’ (Surah Al Hujurat 49:11)



No comments:

Post a Comment