Google Ads

Sunday 10 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 213

MENARIK DI DALAM

· Hanya Satu Setengah Jam
· Realiti anak-anak Untuk Memahami Perjuangan
· Jihad vs Keamanan
· Didikan Keluarga
· Sifat Calon Penghuni Syurga
· Adakah Aku Orang Berjaya?



HANYA SATU SETENGAH JAM
Umur manusia masa kini tidak pernah mencecah 200 tahun. Bahkan untuk umat Nabi Muhammad saw umur kita adalah lebih kurang umur baginda sahaja. Rasulullah saw bersabda ‘Umur2 umatku berkisar 60 hingga 70 Tahun. Sangat sedikit antara mereka yg umurnya lebih daripada itu’. (Riwayat al Tirmizi). Oleh sebab itu, secara hitung panjang umur manusia zaman ini ialah 63 tahun (sama seperti umur Nabi Muhammad saw ketika wafat). Malah jika kita berjaya mencapai usia yg sepanjang itu pun sudah  dikira beruntung kerana ramai juga yg telah menemui ajal sebelum mencecah umur 50 tahun. Sekalipun berjaya mencecah usia 63 tahun, tempoh itu masih dikira terlalu singkat berbanding jangka masa hidup di akhirat yg kekal abadi (infiniti). Sebagai bandingan, al Quran ada menyatakan bahawa 1 Hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia.  Bayangkan, ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63tahun, maka itu sama dengan satu setengah jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkat. Rasa yg terlalu singkat ini tdk akan kita rasai hakikatnya di dunia in, tetapi di akhirat nanti pasti kita akn merasainya. Firman Allah yg menjelaskan hakikat itu ‘Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelas) dengan keadaan mereka merasai seolah2 mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja drpd waktu siang hari. Mereka akan mengenali sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah org yg telah mendustakan hari menemui Allah utk menerima balasan, dan yg tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari keuntungan semasa hidup di dunia)’. (Surah Yunus 10:45)
Sumber : Pesan hati Untuk Hati


Realiti Kemampuan Anak-anak Untuk Memahami Konsep Perjuangan

 Anak2 lebih cepat menguasai sesuatu penerangan yg bersifat hidup iaitu yg ada gambar, pergerakan dan suara berbanding drpd penerangan bertulis atau lisan semata2. maka bahan2 berguna berbentuk multimedia seperti tayangan, animasi dan seumpamanya amat sesuai utk menjadi bahan tatapan anak2 utk memahami perjuangan. Contohnya, filem animasi perjuangan Nabi Muhammad dapat menjadi bahan pelajaran buat anak2 menghayati perjuangan Baginda.

 Anak2 akan lebih menghayati erti perjuangan jika dikaitkan dengan apa2 yg dilalui seharian. Ertinya, ibubapanya perlu sentiasa mengambil peluang mengaitkan soal perjuangan , dakwah dan masalah ummah ketika makan, bermusafir, ke sekolah, beriadah, menonton televisyen, dan lain2. di sini memerlukan keprihatinan dan kreativiti ibubapa.

 Anak2 kebiasaannya menilai dunia ini mempunyai 2 realiti yg bertentangan : putih dan hitam, baik dan jahat, kebenaran dan kebatilan. Ibubapa perlu berhati2 agar anak2 tidak terkeliru. Kadang2 sesuatu perkara terpaksa dihuraikan dengan lebih mendalam bagi membantu mereka melihat drpd perspektif yg lebih adil. Dari saat ini jugalah anak2 sudah boleh mengenali musuhnya yg mengancam Islam dan umat Islam.

 Anak2 menggemari kisah2 teladan dan cerita. Berceritalah dgn anak2 tentang tokoh2 pejuang Islam, para pendakwah dan syuhada sepanjang sejarah panjang perjuangan Islam.

 Anak2 mempunyai kemampuan akal yg cerdas dan mampu menanggapi persoalan yg sulit, jika disampaikan dengan cara mudah. Maka ibubapa perlulah bersedia utk mendedahkan anak2 dengan perjuangan melalui penyampaian berkesan dan berterusan.

 

 


JIHAD VS KEAMANAN
Perkataan jihad dinyatakan dlm al Quran sebanyak 45 kali. Adapun perkataan yg membawa maksud pemurah, keamanan dan mengasihani pula diulang2 sebanyak 355kali. Banyak bukti lain yg menunjukkan bahawa agama Islam membawa mesej keamanan dan toleransi.  



DIDIKAN KELUARGA
Pada masa dahulu ada seorang pedagang yang tertinggal dari rombongan kerana untanya mati dipatuk ular. Dia tiada pilihan melainkan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Sudah penat berjalan, akhirnya beliau menemui sebuah rumah. ’Assalamualaikum’ ’waalaikumussalam’. Seorang wanita menyahut daripada dalam rumah. ‘siapa?’ terus dia memperkenalkan dirinya . Hajatnya ingin tumpang rehat sebentar dan menagih ihsan makan dan miunm untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan. ’ sekejap yer. Tunggu saya bawakan air’. ’siapa di luar sana?’ tiba-tiba terdengar suara lelaki lantang bertanya kepada wanita itu. ’tetamu bang, kasihan dia’. ’Ah, buat apa dilayan orang asing yang tidak dikenali. ‘hey kamu di luar, pergi dari sini!’ si pedagang beredar. Lapar dan dahaga larut dalam kesedihan hati. seketika kemudian pedagang itu bertemu sebuah lagi rumah. Dia memberi salam dan mencuba nasib sekali lagi. ’Maaf, kami tidak layan orang asing yang tidak dikenali’. Herdik suara wanita dari dalam rumah. Tiba-tiba dia mendengar suara lelaki dari dalam ’siapa tu sayang?’ ’Orang asing, katanya ketinggalan rombongan’. ’jemput, jemput dia masuk. Awak ke dapur, siapkan makanan untuknya’. alhamdulillah. Beliau diberi layanan istimewa dan dihidangkan makanan dan minuman yang secukupnya. Dia tersenyum sendirian. Fikirannya mengelamun memikirkan keunikan 2 pasangan suami isteri yang ditemuinya. Apabila beliau bertanya tuan rumah samaada mengenali tuan rumah yang pertama. Jawapannya ’Oh, rumah yang tu ya? Si Isteri itu adik saya, suaminya pula abang kepada Isteri saya’. 

Pengajaran :
Didikan keluarga sejak kecil boleh terbawa-bawa hingga membentuk sikap apabila dewasa.

Sumber : Angguk Geleng






SIFAT-SIFAT CALON PENGHUNI SYURGA (4)
 Menyambung Silaturahim
Uqbah bin Amir berkata ‘hai Rasulullah, khabarkan aku tentang perbuatan yg mulia?’.Nabi Muhammad saw menjawab ‘Hai Uqbah, sambunglah silaturahim org yg memutuskanmu (silaturahim), berilah sesuatu kpd org yg kikir, dan maafkanlah org yg menzalimi. Sifat2 ini sangat memerlukan disiplin diri. Sifat2 tersebut mengembalikan diri drpd kebencian terhadap org yg menyakitinya @ menzalimi dan mengherdiknya. Seorang mukmin tahu bahawa Allah mencintai sifat pemaaf, tolak ansur, dan peramah, maka dia akan merasa senang utk mendekatkan dirinya kpd Allah. 
Sumber : Sifat Calon Penghuni Syurga





 ADAKAH AKU ORANG BERJAYA?
Setiap individu punya impian dan matlamat utk berjaya dlm apa2 jua bidng yg diceburi. Ttp kejayaan tidak mungkin dtg bergolek melainkan dengan kerja keras dan usaha tanpa jemu. Seorang yg bercita2 untuk menjjadi org berjaya perlu memiliki sikap org yg berjaya.

¤ URUS MASA DENGAN CEMERLANG
Melakukan kerja utama dan susah pada awal pagi menjadikan kita lebih produktif, berkualiti dan bersemangat. Ingat, jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

¤ BELAJAR DRPD KEGAGALAN
Terimalah dugaan Allah dengan hati terbuka dan belajar drpd kegagalan tersebut. Sentiasa berfikiran positif dan menghadapi segala ujian. Berani mengaku salah, menghadapi kegagalan dan bangkit drpd kegagalan adalah sikap proaktif org berjaya. Apabila gagal, kaji kelemahan dan perbaiki.

¤ CABARAN MENGUATKAN
Setiap apa yg diperkecilkan org, jadikan ia  sbg pembakar semangat utk mencapai cita2.

¤ CARI PELUANG
Antara ciri org berjaya ialah tidak pernah puas dgn kejayaan yg dicapai. Sebaliknya akan terus berusaha utk mencapai kejayaan yg lebih tinggi. Golongan ini tdk mengenal erti penat dan tidak pernah mengaku kalah.

¤ KAWAL DIRI
Dlm kebebasan anda perlu mengawal diri, emosi dan fizikal. Miliki sifat ihsan iaitu melakukan tugasan seolah2 kita nampak Allah sedang memantau.

¤ BIJAK MNYESUAIKAN DIRI
Ada kalanya anda harus menjadi ‘sesumpah’ tanpa menggadaikan prinsip. Cepat menumpukan diri dlm bidang yg tepat. Tukar penampilan, personaliti dan karisma apabila diperlukan.

¤ CEPAT BELAJAR
Cepat miliki kemahiran dan ilmu yg berkaitan dgn bidang yg anda ceburi.  Jika lambat, anda boleh ditindas oleh org lain dlm industry yg sama.

¤ DENGAR DAN NILAI
Dlm mengejar kejayaan, banyak komentar yg akan kita dengar. Jgn tolak mentah2. teliti setiap maklumat krn mungkin ada benarnya.

¤ MERDEKAKAN DIRI
Anda perlu membebaskan diri daripada sebarang belenggu jika ingin berjaya. Org yg berjaya tdk melibatkan diri dgn kerja sia2.

¤ USAHA, DOA DAN TAWAKAL
Dlm setiap tugasan, jadikan usaha sabagai nisbah lahiriah. Kemudian berdoa utk menguatkan keyakinan diri dan memohon drpd Allah. 

Sumber : PERSONALITI


           



No comments:

Post a Comment