Google Ads

Thursday 7 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 210

MENARIK DI DALAM
·        Rahsia ‘panjang’ Umur
·        Didik Diri Sangka Baik
·        Musang
·        3 Panduan untuk menguasai al Quran
·        Hijrah Hati
·        Sifat Calon Penghuni Syurga

RAHSIA ‘PANJANG’  UMUR
Rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan. Impaknya dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Mereka sentiasa kreatif dan inovatif dalam menambah amal kebaikan. Salah satu lagi petua untuk panjang umur ialah mati syahid. Para sahabat Rasulullah panjang umur (dalam kebaikan dan pahala yang berterusan) kerana mereka sangat mencintai mati. Aneh, orang yang cinta akan mati umurnya panjang. Manakala orang yang cinta hidup, pendek pula umurnya. Selamat panjang umur bererti selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, dan selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah maksud panjang umur yang mesti kita hargai dan syukuri. Masih dapat hidup ialah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup ialah nikmat yang biasa-biasa. justeru, ramai yang tidak berterima kasih kepada Tuhan kerana masih dihidupkan. Dapat bangun dari tidur dan hidup lagi pada hari pada setiap hari wajib disyukuri. Hal ini demikian kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur pada malamnya, terus tidak bangun-bangun lagi kerana ajalnya telah sampai.? Walau bagaimanapun cara mensyukuri nikmat hidup tidak cukup sekadar membaca doa sahaja. Tetapi apa yang lebih penting ialah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadi gunakanlah hidup untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Jadi gunakan umur untuk melaksanakan ibadah—samaada ibadah khusus, umum mahupun ibadah sunat.


DIDIK DIRI BERSANGKA BAIK

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. Orang yang baik akan dapat melihat kebaikan, demikian sebaliknya yang akan berlaku pada orang yang jahat. Soalnya, buka ‘apa ‘ yang kita lihat tetapi ‘bagaimana’ kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihatnya bergantung kepada siapa diri kita –who you are determine how you see. Sesuatu yang dilihat sebagai masalah pada seseorang, boleh dilihat sebagai peluang oleh orang lain. Untuk mendapat pandangan yang positif, pakar-pakar motivasi sering berpesan ’seseorang melihat ke luar menerusi apa yang ada dalam fikiran dan hatinya. Sebab itu jangan tergesa-gesa hendak membetulkan luaran, jika dalam diri belum dibetulkan’. Dalam proses berinteraksi dan berkomunikasi, sangat penting menilai seseorang dengan nilaian yang positif.  Dahulukan dengan bersangka baik, barulah kita akan mendapat kebaikan daripada perhubungan itu. Namun bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulang kali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?. Soalan itu sangat sukar di jawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahajalah, akal dan rasa hati kita tidak kebal daripada bujukan nafsu dan itpu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun kekurangan dan kelemahan hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil pengajaran daripada orang yang arif. Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah. Demikian pesan para ulama. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran, berdoa dan bertawakkallah. Jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk tidak mengulangi kali kedua. Risiko itu yang terpaksa kita hadapi apabila bergaul dengan manusia yang beraneka ragam. Kita mesti bersabar dengan kerenah mereka sepertimana mereka bersabar dengan kerenah kita. Jalan-jalan menuju keredaan Tuhan meliuk lentok di celah-celah simpang siur kerenah insan. Maafkan mereka jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia medan Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha dan sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk Akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya. Kita mesti berpegang dengan prinsip ini ‘jangan Cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah ‘penggeraknya’. insyaAllah jika itu yang tersemat di hati, akan redalah sedikit kemarahan, akan teduh sementara jiwa yang bergongcang. Semoga kita terus bersama roh iman yg sentiaa sinonim dengan ukhwah.

Sumber : Solusi

 

 

 


MUSANG
            Seorang lelaki datang ke sebuah kampung hendak membeli musang. RM50 seekor. Maka ligatlah orang kampung mencari musang di ceruk hutan dan bukit. Kemudian musang semakin sukar ditemui. Maka orang kampung pun semakin malas mencari. Lelaki itu pun menaikkan tawaran RM100 seekor. Maka ligatlah semula mereka mencari musang. Akhirnya musang memang sangat payah untuk dicari. ’sekarang saya tawarkan RM200 seekor. Banyak lagi hutan yang tidak diredah. Tetapi saya akan keluar Negara selepas ini untuk urusan eksport musang-musang ini. Jadi tuan puan berurusanlah dengan pekerja saya ini’. Sebaik pemergiannya, pekerja itu berkata, ’apa kata saya jual semula musang-musang ini kepada tuan-tuan dengan harga RM120 seekor. Nanti bila tauke saya balik, juallah kepada dia semuala. Untung besar!’.orang kampung pun keluarkan duit masing-masing. ada yang sampai menggadai barang kemas. Habis semua musang yang ditangkap dijual semula. Selepas itu, tidak nampak langsung kelibat tauke dan pekerjanya di kampung itu. Tahulah mereka siapa musang yang sebenarnya. 

Pengajaran
Siasat dahulu sebelum percaya. Jika tidak diri yang akan terpedaya.
Sumber : Angguk Geleng






TIP! 3 PANDUAN UNTUK IBU BAPA SUPAYA ANAK2 MENGUASAI AL QURAN
u Disiplin. Ibubapa perlu berdisiplin untuk memastikan anak-anak belajar al Quran setiap hari.
u Pantau. Pemantauan secara dekat, berikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak.
u Ajar. Ibu bapa yang buta al Quran perlu mendapatkan guru al Quran yang baik untuk mengajar mengaji.




HIJRAH HATI
Hijrah secara menyeluruh hanya boleh dilakukan apabila dimulakan dengan hijrah hati. Maka tidak hairanlah jika ada individu yang mulanya telah berhijrah tetapi akhirnya kepada kembali kepada tabiat asalnya semula kerana hatinya belum berhijrah.


SIFAT-SIFAT CALON PENGHUNI SYURGA (1)
 Hanya Berharap dan Berasa Takut Kepada Allah
Seseorang mukmin memurnikan akidah dan tauhidnya daripada syirik. Ia menyembelih dengan nama Allah, bersumpah dengan nama Allah dan bernazar hanya untuk Allah, tidak mengunjungi bomoh untuk mengundi nasibnya untuk memohon dan memenuhi kehendaknya. Demikian pula mukmin yang menghindari kebergantungannya kepada selain Allah, bertawakal serta membenci dan menyintai seperti apa yang dibenci dan dicintai Allah.

 Memurnikan Niat Hanya Kepada Allah
Seseorang mukmin sentiasa memurnikan tujuan (matlamat) dan Perbuatannya. Dia melakukan perbuatan yang tidak dilarang oleh syarak dan mengikuti petunjuk Rasulullah saw. Amal soleh adalah segala kebaikan dengan mengikuti segala sunnah Rasulullah.

 Mengagungkan Syiar-Syiar Allah
Seseorang mukmin selalu mengagungkan syiar-syiar Allah. Kerana itu, kita dapat lihat ia selalu bersemangat dalam melakukan kewajipan dengan cara yang diperintahkan Allah, disamping selalu diikuti dengan perbuatan sunnah sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin itu sentiasa mengutamakan solat berjemaah di masjid, bahkan bersegera pergi sebelum azan untuk memurnikan hatinya daripada kesibukan duniawi, sehingga ketika tiba waktu solat, ia menghadap hatinya dengan khusyuk.

 Bertawakal Hanya Kepada Allah
Seorang mukmin itu sentiasa bertawakal kepada Allah dalam segala urusannya. Bertawakal kepada Allah bukanlah halangan dalam melakukan pekerjaan, bahkan menjadi penyempurnaan. Kita diperintahkan melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut sesuai kemampuan kita dan bertawakal kepada apa yang kita belum mampu. Seorang mukmin ketika melakukan suatu pekerjaan, hatinya tidak bergantung kepadanya. Dengan demikian, faedah tawakal kepada Allah dapat menenangkan hati. Maka seorang yang bertawakal, ia melakukan apa yang ia mampu dan menyerahkan kepada Allah, apa yang dia tidak mampu.
Sifat Calon Penghuni Syurga






           




No comments:

Post a Comment