Google Ads

Tuesday 1 March 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 235

MENARIK DI DALAM
·        Kewajipan Setiap Manusia
·        Keseronokan Mendengar
·        Nama Anak
·        Bencana Di Jiwa
·        Mata Terjaga, Keluarga Bahagia
·        Jauh
·        Seronoknya Amar makruf nahi Mungkar


KEWAJIPAN SETIAP MANUSIA
Apakah hukum melaksanakan amar makruf nahi mungkar? Imam al Ghazali meletakkan hukum bagi perlaksanaan ini sebagai fardhu kifayah dan bukannya fardhu ain. Jika sudah ada golongan yang melaksanakannya, maka seluruh  muslim akan terbebas daripada dosa akibat tidak melaksanakannya. Tetapi sekiranya golongan yang berkenaan tiada, maka seluruh umat Islam itu berdosa. Namun, sekiranya kemungkaran itu berlaku di hadapan mata, maka ramai ulama berpendapat hukum melaksanakan amar makruf nahi mungkar adalah wajib. Rasulullah saw bersabda ‘Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman’. (Riwayat Ahmad). ‘Sesiapa’ dalam hadis di atas menunjukkan kepada umum sebagaimana yang dikatakan oleh ulama usul fiqah. Menurut beliau, ini merupakan saranan umum kepada setiap orang yang melihat kemungkaran sama ada pemerintah atau rakyat jelata. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa tugas amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab setiap muslim yang melihatnya. Tugas ini dimulakan oleh Rasulullah, dan para sahabat sehinggalah generasi terkemudian. Jika tanggungjawab ini diabaikan, setiap individu akan diancam kerugian di dunia dan akhirat. Allah memberi peringatan kepada manusia ‘Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran’.  (Surah al Asr 103: 1-3).
Sumber : Pesan Hati Untuk Hati


KESERONOKAN MENDENGAR

Telinga dengan mulut, dua nisbah satu. Maknanya kala bercakap itu seronok, mendengar seganda lebih menyeronokkan.

 

 Disayangi

Orang amat berterima kasih kepada kita yang sudi mendengar masalahnya. Pendengar yang baik mudah mendapat kawan. ‘oh, menarik cerita awak!’ orang akan lebih terbuka berkongsi dengan kita.

 

 Dihormati

Dia ahli mesyuarat yang paling bijak. Tatkala orang lain banyak bercakap, dia mendengar sahaja. Namun sebaik bersuara, dia boleh merangkumkan semua sudut pandang orang lain. Kadang-kadang dengan satu pertanyaannya sahaja pecah semua kebuntuan. Maka apabila dia mula bercakap, orang semua memberi perhatian.

  

 Dapat Belajar Lebih Banyak

Apabila meletakkan diri dalam mood mendengar, kita akan mendapat ilmu dan pengajaran daripada sesiapa sahaja walaupun orang itu bukan berniat untuk mengajar. Dengan mendengar, berapa banyak kita mendapat pengalaman berharga, kisah berinspirasi dan buah fikiran bernas orang lain?

 

 Dapat Buat Yang Terbaik Untuk Diri

Pendengar yg baik tahu banyak perkara yang dia tidak tahu dalam hidup. Jadi dia mengatasi kekurangan ini dengan bersedia mendengar buah fikiran, teguran dan pengalaman orang lain. Hasilnya dia dapat merancang dan membuat keputusan yang terbaik di samping membaiki diri. Berapa ramai orang kerugian dek tidak mendengar nasihat orang lain?

 

 Kurang Dosa, Lebih Pahala

Banyak cakap, banyak salahnya. Dengar dan diam pula pahala percuma tanpa perlu berkata-kata.

 

 Lebih Menyihatkan

Ada kajian mendapati dalam keadaan biasa,aktiviti bercakap menaikkan tekanan darah, manakala mendengar menurunkan tekanan darah.

 

 


NAMA ANAK
DULU-DULU
Suami : Ustaz, kami nak minta cadangan nama untuk anak perempuan kami nanti. Asalkan maksudnya baik. Kalau boleh yang mula dengan huruf ‘N’.
Ustaz: Nafisah boleh. Maknanya yang berharga. Najihah pun bagus juga. Maknanya yang berjaya. Nadhirah pun cantik juga. Maknanya yang berseri-seri. tidak pun Nusaibah atau Nasibah. Sempena nama seorang sahabat Nabi, Nasibah bin Kaab. Seorang yang sangat berani, berjihad bersama-sama  Nabi dalam banyak peperangan.
Isteri : terima kasih banyak-banyak ustaz, kalau tidak pun, nanti kami minta ustaz pilihkan. 

SEKARANG
Suami : Ustaz, kami ada beberapa cadangan nama untuk anak kami nanti. Cadangan pertama, Naomi Nazuha, Nur Natalia Insyirah. Ketiga Nur Najwa Nazihah. Kami nak Tanya maksud nama-nama itu.
Ustaz: Hmm, saya tidak tahu.  Namanya bergabung-gabung.
Isteri berbisik kepada suami: ’bang, kita Tanya ustaz lainlah. Ustaz ni tidak mahir sangat bahasa arab’. 

Pengajaran
Termasuk tanggungjawab ibubapa menamakan anak-anak dengan nama yang baik bukan hanya sedap didengar.

Sumber : Angguk Geleng




BENCANA DI JIWA
Bencana yang melanda jjiwa akibat dosa sesungguhnya lebih besar berbahaya berbanding bencana yang melanda alam. Mereka tidak akan menikmati kesenangan tanpa ketenangan.



MATA TERJAGA, KELUARGA BAHAGIA
1. Kehidupan berumah tangga sentiasa dalam kegembiraan kerana mematuhi perintah Allah.
2. Jiwa diri, isteri dan anak-anak menjadi tenang.
3. Menguatkan rasa kecintaan kepada isteri.
4. Mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.
5. Terhindar daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu.
6. Tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.
7. Menjadi bapa mithali yang menjadi contoh ikutan yang baik.


JAUH
Dosa-dosa  yang dilakukan menjauhkan hati kita dengan Allah. Aduhai, betapa ruginya jauh daripada Allah! Jauh daripada Allah, bererti menjauhkan diri daripada rahmatNya. Jika demikian, bagaimana hidup akan beroleh barakah? Adakah terlalu jauh hubungan kita dengan Allah hingga tidak terbit rasa gentar dalam hati untuk melakukan maksiat? Atau kita yang ‘menjauhkan’ diri daripada Allah dengan tidak melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya. Perhatikan hati kita, jauhkan hati itu daripada Allah? Jarak yang jauh akan jadi sangat dekat apabila dihubungkan oleh doa yang berterusan. Jadi, banyakkan berdoa untuk mendekatkan jarak yang jauh itu, sebelum kita jauh meninggalkan dunia.

Sumber : viceversa





SERONOKNYA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Satu Hari Satu
Perkenalkan majalah solusi kepadanya. Pujuknya buat perkara baik. Kecil pun tidak mengapa, yang penting  buat. Kerana amalan ini penyubur kepada iman. 

1001 Cara
Tanpa bercakap pun kita boleh lakukan amar makruf nahi mungkar. Contohnya setiap kita membaca al Quran sebanyak 1 halaman 1 hari di meja kerja. Maka setiap hari jugalah rakan sekerja kiri dan kanan mendengar bacaan kita.

Satu Sahaja
Rasulullah saw bersabda ‘Sesiapa yang menunjukkan ke arah satu kebaikan , baginya pahala yang serupa dengan orang yang melakukannya’. (Riwayat Muslim). Walaupun 1 mesej wasap mengajak rakan bangun solat subuh di setiap pagi. Tidak perlu banyak, tidak perlu banyak. Lazimkan 1 sahaja pun banyak dan besar manfaatnya.

Kena marah, alhamdulillah
Sikap orang sukar di duga. Mungkin sudah sehabis lembut kita bercakap, orang boleh marah-marah kepada kita juga. Alhamdulillah jika itu yang berlaku. Maknanya kita betul berada di atas jalan hidup para rasul. Maka situasi sebegitu kita duga lambat laun akan dihadapi juga.






No comments:

Post a Comment