Google Ads

Thursday 17 March 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 242

MENARIK DI DALAM
·        Sebaik-baik Manusia
·        Doa Sangat Penting
·        Samalah Seperti Bulu Ayam
·        Hubungan Dengan Allah
·        Sekolah Yang Terbaik Buat Anak
·        Kebenaran
·        Letih oh letih



SEBAIK-BAIK MANUSIA
Jadilah orang yang baik dengan memberikan kebaikan kepada orang yang memerlukan.
‘sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfat bagi manusia yang lain’.  
(Riwayat Muslim)



MENGAPA DOA PENTING? (2)
 Di dampingi Oleh Malaikat Dan Menghalau Syaitan
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Syaitan itu sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.

 Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebarang Kebuntuan
Menurut pakar psikologi, tidak ramai yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Ada kalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk mendengar dan berkongsi masalah dengan seseorang. Namun ada kalanya masalah itu terlalu sulit untuk diceritakan dan hanya kepada Allah tempat mengadu.

 Mengaktifkan Diri Untuk Berusaha
Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah satu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk meledakkan tindakan.

 Menghindarkan Daripada Penyakit Fizikal
Doa mampu menyihatkan fizikal kita. Dengan berdoa kita boleh mengubat hati dan fikiran daripada serangan sifat-sifat mazmumah yang juga menjadi punca kepada penyakit fizikal.  Menurut plato ’kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran’. Sedangkan fikiran dan jasad ialah satu dan tidak harus di rawat secara berasingan.  

Sumber : Pesan Hati untuk Hati




SAMALAH SEPERTI BULU AYAM
Seorang anak muda mengadu kepada seorang ustaz. Dia meluahkan rasa bersalahnya menceritakan kesalahan jirannya yang rupa-rupanya tidak benar. Sebenarnya dia pun dengar khabar itu daripada orang lain juga.

Anak Muda : Bagaimana saya hendak memperbaiki kesalahan saya?
Ustaz          : Baiklah. Pertama, dapatkan seberapa banyak bulu       ayam. Kemudian letakkan sehelai bulu ayam di depan pintu setiap rumah di kampung ini. Selesai nanti, jumpa saya kembali untuk arahan yang seterusnya.

Selesai anak muda itu melaksanakan arahan tersebut  dia kembali menemui ustaz.

Ustaz          : Sekarang kutip satu-satu bulu ayam itu semula.
Anak Muda : Mustahillah ustaz, rasanya sekarang semua bulu ayam itu telah terbang ke mana-mana.
Ustaz          : samalah dengan khabar angin yang kamu sebarkan. Seperti bulu ayam yang diterbangkan angin entah ke mana-mana, mustahil kamu dapat mengutipnya kembali.

Pengajaran
Pastikan benar, baru sebar. Kata-kata yang terucap mana mungkin ditarik semula.
Sumber : Angguk Geleng



,


HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Kita selalu mendengar, hubungan dengan manusia ditentukan oleh hubungan kita dengan Allah. Benar, orang yang mengasihi akan disayangi. Orang yang selalu mendoakan akan didoakan. Semua yang kita lakukan diperhatikan Allah. Allah Maha Tahu, tetapi Allah melihat usaha kita untuk mencapai sesuatu.



SEKOLAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK
Serasikan Dengan Adab-Adab Yang Baik
Peringkat tadika sesuai untuk anak-anak mempelajari adab-adab dan akhlak mulia. Contoh seperti adab semasa makan, adab bergaul sesama rakan, adab dengan orang yang lebih dewasa. Guru-guru perlu mengimbangi antara pendekatan secara kasih sayang dengan disiplin menjaga adab-adab. ada ibubapa yang berpendapat amat penting menghafal doa-doa seperti doa makan, doa tidur dan sebagainya. Jika anak-anak gagal menghafal doa, maka sekolah itu dianggap tidak bagus. Sebenarnya, tidak cukup dengan menghafal doa semata-mata tetapi akhlak buruk. Misalnya ketika makan masih berebut-rebut dan tamak, tidak mahu berkongsi dan sebagainya. Anak-anak perlu mendapat bimbingan adab ini di rumah juga. Hal ini demikian kerana praktikal adab dengan anak-anak lebih banyak di rumah berbanding di sekolah.

Menerapkan Roh Tauhid Dalam Setiap Ilmu Yang Dipelajari
Mengapa? Supaya wujud persaan kecintaan kepada Allah. Misalnya, sifat kasih sayang Allah kepada makhluknya sangat hebat. Allah sayang akan orang yang baik dan yang ingin menjadi baik. Ceritakan kebaikan Allah yang sangat banyak dan selalu menyebut apa yang Allah suka Kita lakukan. Misalnya Allah suka akan orang yang rajin, lemah lembut , hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Mengajarkan al Quran
Ajarkan murid-murid membaca al Quran dan tafsirannya. Sampaikan makna atau tafsir ayat-ayat dalam bentuk yang mudah difahami. Setiap hari anak-anak dibacakan ayat-ayat surah lazim secara pengulangan. Semoga dengan cara ini anak-anak akan terus cinta kepada al Quran.

Sekolah Dan Guru Yang Baik
Perancangan musuh-musuh Islam bagi merosakkan akhlak Muslim melalui pendidikan, telah berlaku sejak sekitar 60 tahun dahulu. Sebagaimana ucapan pendeta Zwemer kepada para orientalis yang menghadapi kesukaran untuk menyesatkan orang Islam. Katanya Sesungguhnya kamu ini bertugas menyiapkan keturunanmu di negeri-negeri Muslim yang tidak mengenal Alllah dan memang tidak ingin mengenaliNya. Kami ditugaskan mengeluarkan orang Muslim daripada agama Islam tanpa memmasukkan mereka ke dalam agama Nasrani. Akan lahir keturunan Islam yang sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh imperialisme. Suatu keturunan yang sama sekali tidak mampu memerhati perkara-perkara yang penting dan hanya ingin bergembira sahaja dan malas. Hanya menuruti hawa nafsu semata-mata dalam kehidupan dunianya…

Jiwa pendidik yang baik ialah adanya rasa kebersamaan dengan muridnya sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah, biarpun pencapaian akademiknya tidak cemerlang.
Di sekolah, guru-guru ialah murabbi, begitu juga di luar sekolah. Anak-anak mungkin gagal mengikut apa yang kita ajar tetapi mereka tidak gagal meneladani apa yg kita buat. Kaedah ini memg jelas. Oleh sebab itu , sangat penting seorang pendidik berjwa murabbi.

Mencari biah (persekitaran)solehah
Apabila mencari persekitaran yang baik untuk persekolahan anak-anak kita,kita akan mengutamakan soal kebersihan, soal keselamatan, guru-guru yang bertanggungjawab, ada papan tanda dan poster yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid dan sebagainya. Pendek kata, persekitaran di mana sekolah itu berada seharusnya di tempat yang masyarakatnya beradab sopan, bertolak ansur, bersikap ambil peduli dan mesra. Begitu juga dgn suasana masyarakat setempat di mana sekolah itu berada. Misalnya, di satu tempat yang tiada pendedahan aurat melampau, tiada banyak tempat hiburan seperti pub atau disko,kafe siber di mana ramai pelajar melepak, tiada pergaulan bebas yang berleluasa dan pengaruh gejala negatif yang lain.
Sumber :Didiklah dari hati




KEBENARAN
Kebenaran itu asas perpaduan. Tanpa kebenaran tidak akan ada perpaduan. Kebenaran itu tujuan perpaduan. Perpaduan itu untuk menegakkan kebenaran. Tidak ada perpaduan atas asas kebatilan. Tidak boleh bersatu untuk mempertahankan kejahatan dan kemungkaran.
Sumber : Ustaz pahrol

LETIH OH LETIH

Orang yang letih akan mudah jemu. Adakah wajar kita melayan rasa letih di dunia, yang menjadikan kita lebih letih di alam akhirat. Buang perasaan letih saat saat melatih diri melakukan ibadah. Kalau melayan letih semua kerja tidak dapat dibereskan.

Sumber : Viceversa.




No comments:

Post a Comment