Google Ads

Thursday 31 March 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 244


MENARIK DI DALAM
·        Jangan Kedekut mendoakan ibubapa
·        Allah suka ganjil
·        Bak Raja Tak Berbaju
·        Hadis
·        Adab Bersama al Quran
·        Ujud Jangan Sekali

 

JANGAN KEDEKUT MENDOAKAN IBUBAPA
Ibu melahirkan kita di dunia. Menyusukan dan Membesarkan kita. Ayah pula memastikan kelangsungan hidup seorang anak dan keperluan kita dipenuhi tanpa ada kekurangan walau sedikit. Ibubapa tidak pernah inginkan apa-apa pun sebagai balasan. Apatah lagi mereka tidak meminta apa-apa melainkan untuk melihat anak-anak bahagia. Hakikatnya tiada harta dunia ini yang mencukupi untuk membalas kembali jasa mereka. Malang sungguh, berapa ramai anak-anak kini yang konsisten mendoakan kedua-dua orang tua mereka? Amalkan selepas solat fardhu waktu doa memohon kesejahteraan mereka. Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian. ‘Berdoalah kepadaKu nescaya Aku (Allah)  akan perkenankan’. (Surah Ghafir 40:60). Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasihnya Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah cara kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji akan mempertimbangkan doa-doa itu. Berdoa juga ialah satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hambaNya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak untuk memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu. Bukan mudah bagi seorang hamba Allah menggerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-besar berhajat kepadNaya, maka Alah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita.
Sumber : Pesan Hati untuk Hati




ALLAH SUKA GANJIL
Talhah antara pelajar melayu yang  baru tiba di bumi Syria demi menuntut ilmu. Musim sibuk tiba. Dia memang tidak tahan sejuk. Maka dia memakai pakaian berlapis-lapis dan mukanya tenggelam. Rakan-rakan sering mentertawakannya. Suatu hari dalam kelas, gurunya perasan dia kelihatan tidak selesa. ‘kenapa kamu wahai Talhah?’ ‘Saya sejuk ustaz?’ ‘berapa lapis baju yang kamu pakai sekarang?’ ‘lima ustaz’. ‘kami paling banyak pun pakai 3 atau 4 lapis sahaja!’ seorang rakannya menyampuk. Rakan-rakan lain ada yang tersenyum dan ketawa. ‘oh, saya boleh sahaja pakai 4, Cuma saya teringat hadis Nabi ’Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia menyukai bilangan ganjil’. (Riwayat Muslim) sebab itu saya pakai lima. ‘ jawab Talhah membela diri sambil menggigil-gigil.

Pengajaran
Menariknya kehidupan jika setiap aspeknya berteraskan nas walaupun secara tidak langsung. .
Sumber : Angguk Geleng



,


BAK RAJA TAK BERBAJU
Apabila kita mula terasa terlalu ingin dipuji. Apabila yang kita mahu dengar hanyalah kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi atas kedudukan kita sebagai pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi atau masyarakat, dan ditambah pula kehadiran pembantu yang kaki ampu, maka ambillah ikhtibar daripada kisah raja tanpa baju. 



HADIS
Rasulullah saw bersabda ‘Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat seperti peniaga minyak wangi dan tukang besi. Adapun peniaga minyak wangi, sama ada dia menghadiahkan kamu wangiannya atau kamu membelinya, kamu akan mendapat kesan wangian tersebut. Tukang besi pula sama ada bajumu akan terbakar atau kamu terpalit bau yang busuk’.
(Riwayat Muslim)


ADAB BERSAMA AL QURAN

 PILIH WAKTU YANG SESUAI

Sebaik-baik waktu membaca al Quran adalah pada sepertiga malam, iaitu waktu sahur. Jika tidak mampu, pilihlah untuk membacanya pada bila-bila waktu berkelapangan.

 

 PILIH TEMPAT YANG SESUAI

Sebaik-baik tempat membaca al Quran adalah rumah Allah, surau atau masjid. Jika tidak mampu, carilah tempat yang jauh dari gangguan seperti di taman, sungai dan lain-lain. Namun tidak salah jika membaca al Quran ketika menunggu bas dan lain-lain

 

 PILIH POSISI YANG SESUAI

Posisi terbaik ketika membaca al Quran ialah duduk antara dua sujud dan menghadap kiblat. Kedudukan sebegini menzahirkan kesopanan dan kelemahan seorang hamba berhadapan dengan kalam Penciptanya dan membantu lebih khusyuk ketika membaca al Quran.

 

 JAGA KEBERSIHAN DALAMAN

Sebaik-baiknya tidak berada dalam keadaan berbahas atau berjunud. Bacalah al Quran dengan berwuduk walaupun harus membaca al Quran tanpa wuduk. Seorang yang sentiasa mengulang hafalannya turut digalakkan berwuduk semasa mengulang bacaan. 

 

 BERSIHKAN ANGGOTA

Membersihkan setiap anggota seperti mulut, mata, telinga dan hati. Demi mendapat hidayah daripada bacaan al Quran yang bakal kita alunkan, kita perlu membersihkan anggota dengan mengamalkan bersiwak, berwuduk dan beristighfar sebelum memulakan bacaan al Quran.

 

 BERNIAT IKHLAS

Meletakkan niat perbuatan membaca al Quran di tempat yang sepatutnya iaitu niat yang ikhlas kerana Allah. Hidayah al Quran tidak masuk ke dalam hati yang sentiasa bercampur dengan niat-niat jahat daripada bisikan syaitan.

 

 MENYERAHKAN DIRI KEPADA ALLAH

Serahkan diri anda kepada Allah yang Maha Mengetahui segala pergolakan di hati hambaNya. Dan yakin bahawa tidak ada manfaat pada bacaan itu melainkan dengan kurniaan dan izin daripada Allah.

 

 JAUHKAN DIRI DARIPADA SEBARANG GANGGUAN

Jauhkan diri daripada gangguan atau hilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan bacaan. Kadang-kadang urusan yang belum selesai boleh mengganggu proses penghayatan bacaan.


 BACA ISTI’AZAH DAN BASMALAH

Memulakan bacaan al Quran dengan bacaan isti’azah suatu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Begitu juga basmalah. Namun pada surah al Tawbah tidak dibolehkan memulakannya dengan lafaz basmalah. Selain itu, amalan memulakan bacaan al Quran dengan basmalah juga adalah untuk mendapat keberkatan dengan nama Allah.

 

 FOKUSKAN FIKIRAN KETIKA BACAAN

Tingkatkan fokus ketika ingin memulakan bacaan al Quran. Buang segala khayalan-khayalan yang tidak sepatutnya. Yang tinggal hanyalah kita dengan al Quran . Fikiran-fikiran lain menyebabkan susah untuk menghayati al Quran kerana tidak fokus.

 

 MENANGIS

Menangis ketika membaca ayat-ayat tertentu. Sayidina Umar pernah mengungkap berkenaan hal ini. ‘sekiranya kamu tidak mampu menangis kerana ayat-ayat Allah, maka menangislah kerana kamu tidak mampu menangis’.

 

 MENGAGUNGKAN KALAM ALLAH

Menghadirkan dalam hati rasa keagungan Allah sekali gus menimbulkan rasa gerun dan rendah diri ketika menutur kalamNya.

 

 TADABBUR

Berusaha memahami sesuatu ayat yang dibaca melalui makna yang tersurat dan yang tersirat di samping memahami kaitan satu ayat dengan yang seterusnya.

Sumber : HamalatulQuran



MUTIARA KATA
UJUD JANGAN SEKALI (1)
Ujud ialah kamu melihat padadirimu ada sesuatu yang tiada pada org lain .
(Abdullah bin al Mubarak)

Ujud ialah kamu melihat amalanmu banyak manakala amalan org lain sedikit.
(Bisy bin al-Harith)

Cukuplah ilmu untuk seseorang apabila dia dapat rasa takut akan Allah . Dan cukuplah kebodohan baginya apabila dia berasa ujud dengan ilmunya.
(Masruq, Musannaf Ibn Abi Syaibah)




No comments:

Post a Comment