Google Ads

Tuesday 8 March 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 238


MENARIK DI DALAM
·        Ini Semua Rahmat Allah
·        Zikir Talian Hayat
·        Undang-Undang Manusia Sahaja!
·        Tanah Sendiri
·        Yakin
·        Tertib Dalam Mencegah Kemungkaran
·        Si Pandai


INI SEMUA RAHMAT ALLAH
1. Terbuka hati untuk bertaubat
2. Dorongan untuk berdoa
3. Hujan
4. Ringan badan untuk beribadah
5. Rezeki makan dan minum
6. Perutusan Rasul


ZIKIR TALIAN HAYAT
Saad Bin Abi Waqas menceritakan ‘suatu ketika kami tengah duduk bersama Nabi. Lalu  baginda bersabda ‘mahukah kamu aku beritahu suatu doa. Jika kamu membacanya apabila ditimpa kesusahan dan musibah duniawi, maka Allah akan memberikan jalan keluar baginya?’  kami menjawab ‘ya’ Baginda bersabda ‘ini doa Nabi Yunus. ‘Tiada tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim’.
(Riwayat al Hakim)





           



UNDANG—UNDANG MANUSIA SAHAJA!
‘tidak berdosa langgar peraturan jalan raya. Undang-undang manusia sahaja, bukan hukum Allah’. Sebentar! Allah berfirman ‘Wahai orang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul, dan uli al amri dalam kalangan kamu’. (Surah al Nisa’ 4:59).
Uli al amri merangkumi ketua, pemimpin, pihak berkuasa tertentu dan kerajaan yang diamanahkan menguruskan kemaslahatan awam. Maka undang-undang jalan raya ialah hukum Allah dalam maksud arahan uli al amri yang wajib kita taat kerana Allah.
Sumber : isu





TANAH SENDIRI
            Seorang saintis mendakwa telah menemui formula untuk klon manusia. Maka dengan lantangnya dia menegaskan bahawa penemuannya ialah bukti bahawa kita tidak perlukan Tuhan, malah kemungkinan kemungkinan besar Tuhan tidak wujud. Dengan yakin, dia menjemputpara cendekiawan dan ulama ke majlis penerangannya. Tiba hari yang dinanti-nantikan. Dia mula menerangkan proses pengklonan. Katanya, langkah asas dengan menggunakan sampel tanah sebagai pemangkin proses klon. ‘sebagai bukti bahawa saya tidak melakukan apa-apa, saya akan ambil mana-mana sampel tanah diluar sana. ’ orang ramai pun mengikutinya ke luar dewan. Tatkala dia merendahkan badannya untuk mengaut sampel tanah, tiba-tiba dia dipanah petir. Mati di situ serta merta. Semua orang tergamam. Namun kesunyian itu dibelah oleh suara seseorang  mengulas. ‘kalau tidak perlukan Tuhan, guna tanah buatan sendiri la!

Pengajaran
Semua milik Allah. Mana milik kita?
Sumber : Angguk Geleng



,


YAKIN
Seorang Muslim mesti berkeyakinan Allah akan memberi yang terbaik kepadanya. Berdoa dengan penuh yakin dan percaya Allah akan memakbulkannya walau bukan dengan jawapan yang kita suka. Sebab hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara terbaik untuk hambaNya. Tanpa rasa yakin, bagaimana akan kita lakukan sesuatu dengan terbaik? Sebab hanya orang yang yakin akan melakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati. Yakin dengan Allah, akan dilaksanakan perkara baik dan ditinggalkan semua kemungkaran. Yakin dengan syurga, akan dikerah seluruh tenaga untuk mencapainya. Ayuh kita lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keyakinan orang ramai akan keindahan Islam. Jika kita sebagai duta ragu-ragu, bagaimana orang lain akan yakin? Kuasa yakin boleh merobohkan benteng ketidakpercayaan. 
Sumber : viceversa





           


TERTIB DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN
Ta’arruf (Menjejaki dan Mengenal Pelaku Kemungkaran)
Mencari maklumat dan fakta agar mampu mengenal pelaku kemungkaran secara mendalam. Perlu diingat, tidakboleh menyelidik dan mencari kesalahan yang disembunyikannya. Namun, jika ada orang yang jujur memberitahu atau memberi maklumat dan maklumat itu boleh dipercayai, tindakan mencegahnya boleh diambil.

Takrif (Memberitahu Pelaku Kemungkaran akan Bahaya Perbuatannya)
Memberitahu pelaku kemungkaran bahawa perkara yang dilakukannya iitu satu perbuatan mungkar. Langkah ini perlu kerana ada antara pelaku kemungkaran yang jahil. Jadi, apabila diberitahu dia akan meninggalkan perbuatan mungkarnya, pemberitahuan ini hendaklah dibuat dengan lemah lembut, tanpa caci dan kata-kata yang menghina.

Mencegah Dan Melarang
Pada tahap ini, pelaku kemungkaran hendaklah ditangani dengan pengajaran, nasihat ,teguran dan diancam dengan seksaan, kemurkaan dan azab api neraka Allah. Dengan in, semoga dia merasakan kemungkaran yang dilakukannya itu membawa keburukan dan malapetaka dalam hidupnya di dunia dan akhirat.

Kata-Kata Yang Keras
Hanya apabila kata-kata yang lembut dan kasih sayang tidak berkesan lagi untuk mencegah kemungkaran, barulah boleh digunakan kata-kata yang keras, dan lebih tegas. Ketika itu seorang dai boleh memarahi dan mengherdik orang yang masih berdegil dgn kejahatannya. Nabi Ibrahim ketika menghadapi kaumnya yang zalim berkata ‘Cis! Celaka kalian! Kenapa kamu menyembah sesuatu selain Allah? Mengapa kalian tidak menggunakan akal fikiran?’ (Surah al anbiya’ 21:67) boleh juga mengatakan ‘Hai orang yang bodoh, tidakkah kamu takut kepada Allah?’ walaupun nampak pahit, tetapi itu tetapi itu tetap satu kebenaran kerana orang yang melakukan kemungkaran hakikatnya ialah orang yang bodoh. Sekiranya tidak bodoh, dia tidak akan menzalimi dirinya sendiri dengan perbuatan dosa. Kecaman seumpama ini dibolehkan hanya apabila perkataan yang lembut tidak berhasil mencegah kemungkaran.

Mencegah Dengan Kuasa
Langkah seterusnya adalah dengan menggunakan tangan (kuasa). Misalnya dengan memecahkan botol arak, merampas barang curian untuk dikembalikan kepada pemiliknya atau mengusir pelaku kemungkaran itu dari daerah kediamannya. Namun, perlu diingat cara ini boleh dilakukan selepas usaha pencegahan dengan hati dan lisan serta menggunakan kata-kata keras gagal mencapai matlamat. Berhati-hatilah agar tindakan itu sentiasa dalam batas-batas syariat. Jangan sekali-kali berlebih-lebihan dan melampau batas.

Ancaman Keras
Langkah memberi peringatan yang keras dan menakut-nakutkan ini perlu apabila langkah-langkah sebelumnya tidak memberi sebarang impak kepada pelaku kemungkaran.

Melakukan Tindakan Selaras Dengan Ancaman
Pada tahap ini, dai boleh bertindak ke atas orang yang masih berdegil minum arak ataupun memukul pemakan rasuah yang masih tidak berhenti daripada perbuatannya walaupun telah diperingatkan berkali-kali. namun tetap tidak boleh memukul bertubi-tubi dan membabi buta melainkan setelah terbukti kemungkaran itu masih diteruskan dengan fakta dan bukti yang nyata.

Memerangi Pelaku Kemungkaran Dengan Menggunakan Tentera
Dibenarkan membawa orang yang bersenjata (terutama bagi pemerintah sesebuah negara) untuk mencegah kemungkaran yang sudah besar pengaruhnya dan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Berperang untuk melenyapkan kemungkaran ini sangat dituntut kerana kaum muslimin harus mengendalikan orang yang melampau batas dalam wilayah kekuasaannya. 
Sumber : Pesan Hati Untuk hati




SI PANDAI 

Orang yang pandai ialah mereka yang telah terjaga sebelum meninggal dunia, serta telah menyiapkan bekalan yang cukup sebelum melanjutkanperjalanan panjang di akhirat.

Sumber : Dalam Hati Ada Syurga




No comments:

Post a Comment