MENARIK DI DALAM
·
114 Surat Cinta Yang
Dipersia
·
Tanda Lidah
Kotor
·
Bila Islam
Tidak Dilihat Indah
·
Kiraan Nafas
114 SURAT CINTA YANG DIPERSIA
Hampir 3/4 daripada keseluruhan
peserta tidak mengetahui makna bacaan solat. Bacaan yang paling asas yakni
surah al Fatihah pun gagal di fahami maknanya. Surah al fatihah dijadikan ujian
wajib untuk mengetahui sejauh mana para peserta mengambil berat tentang solat.
Malangnya, keputusan ujian yang dijalankan secara santai itu sangat
mengejutkan. Apa tidaknya, ada dalam kalangan peserta yang telah berusia
setengah abad tidak mengetahui makna surah al Fatihah. Ertinya mereka lebih 30
atau 40 tahun solat tanpa mengetahui makna al Fatihah. Bayangkan 30 tahun,
tempoh yang cukup lama. Jika benar-benar serius dan fokus, jangka masa itu
bukan sahaja cukup untuk memahami bacaan al Fatihah, bahkan tafsirannya sekali.
Malah lebih daripada cukup untuk menjadi seorang hafiz!
‘Bagus
ustaz buat ujian macam ini’, kata seorang peserta. ‘sekurang-kurangnya kita
tahu apa yang kita tidak tahu’, tambahnya lagi.
‘betul-betul ke kita tidak tahu yang kita tidak tahu?’ujar saya perlahan.
‘apa
maksud ustaz?’
Rasa Tidak Penting
Saya senyum, bukan untuk menempelak tetapi sekadar menimbulkan perasaan
ingin tahu dalam usaha mencari punca sebenar kelemahan itu.
‘saya rasa selama inipun kita sudah tahu yang kita tidak tahu makna tunggu’
dan ‘nantilah’ maka kejahilan itu terbiar. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa
kita berlarutan hingga puluhan tahun’. Ujar saya lagi. bacaan al Fatihah.
Tetapi oleh sebab bersikap ‘tak apa’ ‘
‘benar
ustaz. Kita tidak serius dengan solat . Sebab itu makna al fatihah, bacaan
wajib di dalamnya pun kita tidak serius untuk memahaminya’. ‘mengapa kita tidak
serius?’ tanyalah lagi.
‘puncanya kerana kita rasa solat ini tidak penting. Kita tahu kepentingannya
tetapi tidak merasai kepentingannya’. Tambah saya.
‘tahu
tidak sama dengan merasai?’ dia meneruskan pertanyaan.
‘ya, tahu dan sedar berbeza. Tahu di akal, rasa di hati. Merasai lebih
besar impaknya daripada sekadar mengetahui’.
‘buktinya
ustaz?’
‘tertinggal solat tidak rasa rugi, tidak rasa bersalah atau tidak ada rasa
kesal. Tetapi kalau hilang duit? terbakar rumah? Harga barang naik? ‘
‘wah,
itu terasa betullah, ustaz!’
Kami sama-sama tersenyum. Saling mengakui betapa lemahnya diri dan umat
ini.
Mereka mementingkan solat
‘siapakah yang rasa solat betul-betul penting?’ tanya saya mengalih sedikit
arah perbualan.
‘Rasulullah’
‘kemudian?’
‘para
sahabat baginda’
Ketika itu saya teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah bengkak-bengkak
akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina
Abdul Rahman bin ‘Auf tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan
segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya takbiratulihram dalam solat
berjemaah pimpinan Rasulullah.
‘mengapakah
Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?’ tanyanya.
‘mengapakah kita berbeza dengan mereka?’ detik hati saya, juga
tertanya-tanya. semalam ketika terhimpit dicelah kesesakan lalulintas sempat
saya melihat ramainya orang Melayu masih berbondong-bondong di pasar malam untuk
membelibelah, dikedai-kedai makan sambil berbual-bual kosong, walaupun ketika
itu telah masuk waktu maghrib.
‘sebab kita tidak terasa Allah penting dalam kehidupan kita’. Akhirnya saya
bersuara bersama sebuah keluhan.
Sebab Kita Rasa Penting
‘kita hanya akan berhubung dengan seseorang apabila kita rasakan dia
penting atau diperlukan. Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat
berhubung dengan ibu bapa, anak isteri, majikan, saudara dan teman rapat kita’.
‘saya
ada pengalaman begitu, ustaz. Pada satu ketika saya berkursus di sebuah lokasi
yang berada ’di luar kawasan liputan’. Telefon bimbit tidak dapat digunakan
langsung. Saya resah, betul-betul resah, 3 hari tidak dapat berhubung dengan orang
penting dalam hidup saya sepanjang tempoh di situ’. Ceritanya.
‘kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih
terluput waktu solat, maka alangkah baiknya’. Detik saya dalam hati.
‘Allah lebih penting dalam segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan
segala-galanya untuk kita. Kita dilimpahi jutaan nikmat. Tetapi kita melupakan
Pemberi nikmat. Sepatutnya kita hitung kesyukuran bukan kesukaran. Kita
bimbangkan apa yang tiada sehingga lupa menghargai apa yang ada’. Dialog hati
ini menerjah silih berganti.
Jangan Seperti Burung Kakak Tua
‘bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami
makna kata-katanya. Justeru, tidak hairanlah kalau hati kita terus lalai dalam
solat. Jika memahaminya pun tidak, apalagi menghayatinta? Kita sujud, tetapi
hati tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tidak terasa sedang bertasbih
kepadaNya. Itu baru kalimat-kalimat yang mudah. Belum lagi doa iftitah, al
fatihah, tahiyat, Qunut dan lain-lain. Sudah hafal tetapi tidak faham maknanya’
‘itu pun dah kira baik, kerana ramai juga yang
masih tidak hafal langsung bacaan solat’ tambahnya.
‘itu yang solat. Yang tak solat? Justeru tidak hairanlah jika kemungkaran
terus berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Apabila tidak solat, masakan ada
kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?’.
‘ya,
solat itu mencegah perbuatan jahat dan mungkar!’
‘cukuplah dengan hal masyarakat . Sekarang kita lihat diri kita dulu. Mari
kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada rukun qawli dan qalbi dan
fi’li. Solat 1 amal ibadah yang penuh makna tersurat dan tersirat. Ada falsafah
di sebalik berdiri betul, rukuk, sujud dan salam?
Sudahkah Kita Memahami?
‘ustaz,
ini baru sedikit. Hanya beberapa kerat ayat al Quran, selawat, tasbih dan lain-lain.
Bagaimana agaknya dengan 6236 ayat-ayat dalam al Quran itu ya?’ ’
Saya terdiaam. Terasa benar agama ini kita anuti tanpa erti, kita amalkan
tanpa penghayatan, kita perjuangkan tanpa kefahaman. Ya, seperti seorang
pelajar yang membaca buku pelajarannya tanpa faham, bagaimana dia mampu lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaannya? Tanpa memahami buku teks pelajaran, kita
gagal dalam peperiksaan. Dan tanpa memahami al Quran, kita gagal dalam
beragama. Ya, bayangkan bagaimanakah
agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih, tetapi
tidak faham apa yang ditulisnya. Allah ’kekasih’ orang beriman telah mengutus
114 surahnya, 114 surat cinta. Berapa surah yang telah kita tahu maknanya,
faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya? Justeru,
apakah benar kita cinta akan Allah? Jika
benar , mengapa kalimah cintaNya (al Quran) tidak kita usahakan untuk membaca,
memahami dan menghayatinya? Love is a verb, cinta itu tindakan, bukan
hanya perkataan. Cinta itu pengorbanan, bukan ketaasuban. Mengaku cinta tetapi
tidak memahami tuntutannya dan tidak ada pengorbanan adalah satu kepura-puraan
dan kebatilan. Justeru tidak hairanlah sekiranya 114 surat cintaNya terus kita
persiakan. Mengapa? Kerana kita tidak cinta.! Ya Allah, ampuni kami yang jauh
daripada solat, jauh daripada al Quran , justeru, terlalu jauh denganMu ,
Astagfirullah al a’zim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami yang menjauh’.
Sumber : Imam
Global
TANDA LIDAH KOTOR MENURUT IMAM AL GHAZALI
à Berlebihan ketika bercakap
à Suka bercakap perkara yang
batil atau tidak berfaedah
à Banyak memaki hamun
à Bergurau secara berlebihan
à Suka mengumpat
à Suka mencari kesalahan orang
lain
à Suka bertengkar
à Suka menghina dan mengejek
BILA ISLAM TIDAK DILIHAT INDAH
Apa yang indahnya tentang Islam?. Bagaimana kalau
soalan ini ditanyakan secara spontan kepada kita? Kelu lidah, tergamam dan
tergagap-gagap juga hendak menjawabnya. Kalau menjawabpun, jawapannya lebih
bersifat skema, bukannya datang dari jiwa. Islam sesungguhnya agama yang indah
kerana dicipta oleh Allah yang Maha Indah. Sekiranya islam dilihat dan
dirasakan tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi hati dan fikiran orang
yang melihatnya itulah yang tidak indah. Umpama kelawar yang tidak dapat
melihat pada siang hari, bukan kerana siang tidak terang tetapi mata kelawar
itulah yang tidak mampu melihat cahaya siang yang terang benderang. Keindahan
sebenar Islam hanya dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta
jiwa yang bersih. Keindahan Islam yang begitu menyerlah, tidak akan dapat
dirasai oleh mereka yang menganutnya tanpa ilmu dan ikut-ikutan. Golongan yang
jahil membuat andaian dan tanggapan berdasarkan pemerhatian yang sempit dan
singkat tentang Islam. Mereka berdasarkan emosi, bukan bertitik tolak kepada
hujah, fakta dan ilmu. Mereka inilah yang boleh disifatkan sebagai ‘kelawar’ yang
buta daripada melihat cahaya keindahan Islam yang terang benderang. Justeru,
kerana kejahilan juga mereka gagal melihat Islam secara holistik. Mereka hanya
melihat Islam di satu sudut, dengan meminggirkan sudut-sudut yang lain. Mungkin
yang dilihat dan dikaji hanya aspek ekonomi dan jihad , tetapi mereka tidak
melihat bagaimana Islam mengatur sistem pendidikan, keadilan, perundangan,
sosial dan lain-lain. Betapa ramai orang yang berada dalam Islam telah keluar daripada
Islam kerana kedunguannya. Sebaliknya ramai pola orang bukan Islam yang
berbondong-bondong masuk Islam kerana kebijaksaannya. Inilah yang berlaku di
Negara barat sekarang. Islam adalah agama yang berkembang paling cepat di
Eropah dan Amerika kerana ramai dikalangan mereka yang menggunakan kebijaksaan akal untuk mengenal
Islam. Hanya apabila Islam dilihat indah, barulah ada dorongan untuk
menghayati, mengamalkan dan memperjuangkannya. Dan pada ketika itu barulah ada
rasa cinta dan sanggup mati kerana Islam.
Sumber
: Pena Pengarang Solusi
KIRAAN NAFAS
Hassan al Basri memberikan nasihat
‘bersegeralah! Bersegeralah! Nafas yang tersisa akan dihitung. Ketika tidak
boleh bernafas lagi, tidak mampu lagi berbuat amal yang mendekatkan diri kepada
Allah. Semoga Allah mengasihi hamba-hambaNya yang melihat diri mereka dan menangisi
dosa-dosa mereka.’ . Kemudian dia membaca sepotong ayat al Quran yang bermaksud
‘Kami akan menghitung untuk mereka dengan hitungan yang teliti’. (surah Maryam
19 : 84)
Lalu dia menangis tersedu-sedu dan
berkata ‘Akhir daripada hitungan itu adalah nafas terakhir yang keluar. Akhir
daripada hitungan adalah perpisahan daripada keluarga, dan akhir daripada
hitungan adalah memasuki kubur’.