MENARIK DI DALAM
·
Ghibah Jangan, Apa Lagi Fitnah..
·
Biasa
Sangatkah Istighfar?
·
Permudahkanlah
sistem
·
Awas!
Pandangan Mata
·
Kambing Dan
Perigi Buta
·
Zikir itu
dimana? Lidah atau hati?
·
Kalaulah
Mereka Beriman…
GHIBAH JANGAN, APA LAGI FITNAH….
Suatu hari,
Rasulullah bertanya kepada para sahabat: ‘Tahukah kamu apa itu ghibah?’ Mereka menjawab ‘Allah dan rasulNya lebih
tahu’. ‘Ghibah itu ialah engkau berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia
tidak suka.’ Rasulullah menjelaskan. ‘Bagaimana jika ia benar?’ Jawab
Rasulullah ‘jika apa yang engkau katakan
tu benar, engkau telah melakukan gibah. Sekiranya tidak benar maka engkau telah
melakukan fitnah’.
(Riwayat Muslim)
TRIVIA (SITUASI FIQAH)
1. Memberi salam itu sunat, namun menjawab salam
adalah wajib. Tetapi ada seseorang yang diberi salam kepadanya tetapi dia
membalasnya dengan isyarat tangan sahaja. Kenapakah begitu sedangkan dia tidak
bisu?
2. Ada tiga orang Muslim yang meninggal dunia pada
hari yang sama. Jenazah yang pertama tidak dimandikan dan tidak disolatkan
langsung. Jenazah kedua pula disolatkan dan tetapi tidak dimandikan. Manakala
jenazah yang ketiga pula dimandikan dan disolatkan. Kenapakah mereka berbeza?
3. Sunat berpuasa pada hari ‘putih’ iaitu setiap hari
ke 13, 14, dan 15 setip bulan. Sebuah hadis ‘Rasulullah memerintahkan kami
supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15’. Sabda Nabi
‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari tersebut seumpama berpuasa sepanjang masa’.
(Riwayat Abu Daud). Namun ada satu bulan yang diharamkan puasa pada salah satu
hari tersebut. Bulan mana?
Jawapan di akhir edisi ini
BIASA SANGATKAH ISTIGHFAR
Sedangkan…
◊ Allah membanggakan zatNya sebagai maha Pengampun.
‘khabarkan kepada sekalian hambaKu
bahawa Akulah Yang maha Pengampun Maha Pengasih’. (Surah al Hijr 15:49)
◊ Keampunan barangan tawaran Allah
‘sekiranya kamu terbunuh di jalan
Allah atau meninggal dunia , pasti keampunan Allah dan rahmat lebih baik
daripada segala yang mereka himpunkan’. (Surah Ali Imran 3:157)
◊ Allah suka kepada orang yang beristighfar kepadaNya
‘demi yang jiwaku di tanganNya,
kalaulah kamu tidak pernah melakukan dosa, pasti Allah akan lenyapkan kamu jua
lalu diganti dengan mereka yang melakukan dosa. Mereka pun meminta ampun kepada
Allah dan Allah mengampunkan mereka.’ (Riwayat Muslim)
◊ Allah sentiasa menolong orang yang suka istighfar
‘Sesiapa yang melazimi Istighfar,
Allah akan sediakan untuknya pada setiap kali kesempitan jalan keluarnya,
setiap kebimbangan kelegaannya dan merezekikannya dari arah yang tidak pernah
disangka-sangka’.(Riwayat Abu Dawud)
◊ Rasulullah beristighfar 70 kali sehari
‘sesungguhnya aku sendiri
beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali’. (Riwayat al Bukhari) dalam riwayat lain
100kali.
◊ Rasulullah menyuruh istighfar buat si mati
Menjadi sunnah Rasulullah memohon
istighfar kepada sesiapa yang meninggal dunia.
◊ Rasulullah suruh memohon kemaafan semasa lailatulqadar.
Sayidatina Aisyah pernah meminta
nasihat Rasulullah saw tentang doa anyg paling penting untuk dipanjatkan pada
malam lailatulqadar. Maka Nabi tidak mengajarkan beliau selain meminta
keampunan.
PERMUDAHKANLAH SISTEM
Peraturan dibuat untuk memudahkan sistem. Namun,
ini tidak menafikan soal budi bicara dan sikap toleransi. Di mana-mana pun
sentiasa ada ruang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit tanpa
menggadaikan rasa kemanusiaan yang seharusnya menjadi dasar mana-mana sistem
buatan manusia.
AWAS! PANDANGAN MATA
‘tatapan
(pandangan mata) ialah salah satu panah beracun Iblis. Siapa yang
meninggalkannya, Allah akan menggantikannya dengan keimanan yang manisnya di
rasa dalam hati’. (Riwayat al Tabrani)
KAMBING DAN PERIGI BUTA
Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah
perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang
lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing
tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari.
malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.
Akhirnya mereka bersepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa
kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak
bau busuk bangkai kambing tersebut.
Penduduk
kampung bergotong royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga,
begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah
ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si
kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir
dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi
menyingkirkan tanah daripada terkumpul di atas belakang badannya. Penat kerana
tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan oleh si kambing,
sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan
makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si
kambing terselamat. Dia melompat keluar dgn girang.
Pengajaran
Allah berfirman dalam surah al
Insyirah (94) ayat 5-6 yang bermaksud ‘kerana sesungguhnya sesudah kesulitan
itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan’.
Sumber : Angguk
Geleng
ZIKIR ITU DI MANA? LIDAH @ HATI?
Orang yang
berzikir dengan lidahnya tetapi hatinya tidak, zikir itu tidak akan mengubat
hatinya. Impak zikrullah berlaku hanya apabila hati menyedari Allah sentiasa
melihat dan mengawasi. Daripada zikir yang seumpama inilah timbul rasa takut
dan cinta kepada Allah.
TAFSIR AL QURAN
Kalaulah Mereka Beriman….
Allah berfirman dalam surah al
A’raf ayat 96:
‘Dan (Tuhan berfirman) sekiranya
penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, Kami akan membukakan untuk mereka
pintu kurnia yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka usahakan’.
Ayat ini sebenarnya mempunyai
kaitan rapat dengan ayat yang sebelumnya. Ayat sebelumnya mengisahkan kaum yang
ingkar terhadap seruan para Nabi yang diutus kepada mereka. Lalu sebagai
hukuman ke atas mereka, Allah meniadakan keberkatan dalam usaha mereka. Walhal
keberkatan itu adalah anugerah dari Ilahi. Manusia mustahil boleh mewujudkannya
sendiri-sendiri. maka dalam masa yang sama kita sepatutnya memahami maknanya yang
tersirat iaitu menjadi sunnatullah keberkatan hanya buat sesiapa yang beriman
dan bertawakal kepadaNya.
Sumber
: (Ustaz Zahazan Mohamed)
JAWAPAN TRIVIA
1. Dia sebenarnya sedang solat ketika orang memberi
salam kepadanya. Maka dia membalasnya dengan
isyarat tangan sahaja dan solatnya diteruskan. Umar bertanya Bilal ’Bagaimana
Nabi menjawab salam sahabat semasa baginda sedang solat? Sayidina Bilal
menjawab ‘Baginda mengisyaratkan dengan tangannya’. (Riwayat al Tirmizi)
2. Jenazah pertama adalah syahid perang. Jenazah
kedua dalam keadaan yang teruk. Jika
dimandikan tubuhnya akan hancur seperti orang yang rentung mati dalam
kebakaran. Jenazah ketiga mati biasa.
3. Bulan Zulhijjah pada hari ke 13.Hari Tasyriq
ialah hari ke 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Rasulullah melarang berpuasa pada
ketiga-tiga hari tersebut. Sabda Nabi ’sesungguhnya hari itu (Tasyriq) ialah
hari makan, minum dan zikrullah. (Riwayat Muslim) Dalam masa yang sama 13
Zulhijjah ialah hari putih kalau mengikut kebiasaan bulan-bulan lain. Maka
diharamkan berpuasa sunat pada ‘hari
putih’ pada hari ke 13 setiap Zulhijjah.
No comments:
Post a Comment