MENARIK DI DALAM
·
Akan Berhijrah
·
Ada apa
doa diantara 2 sujud?
·
Busuk
Betul
·
Untuk Apa
Aku Hidup?
·
As Salam
AKAN BERHIJRAH
Jangan kita memandang kepada orang
yang belum berhijrah dengan pandangan seperti mereka tiada harapan untuk
berubah menjadi hamba Allah yang solah atau solehah. Setiap orang pun mahu
berhijrah. Cuma kadang-kadang dalam diam mereka
terlebih dahulu memerhatikan orang yang terlebih dahulu berhijrah,
adakah selepas kita berhijrah akhlak semakin baik atau bertambah buruk.
Muhasabah. Urusan menilai keimanan seseorang itu urusan Allah, bukan urusan
kita.
Sumber : Sumayyah Abdullah
MUTIARA KATA
Kita harus malu apabila dipuji kerana Allah
sebenarnya sedang menutup keaiban kita.
Sumber : Aa Gym.
TRIVIA
1. Gelaran yang diberi nabi kepada anak perempuan.
2. Persamaan huruf ya, waw, mim, dan nun.
3. Apakah rumah yang paling lemah?
Jawapan di akhir edisi ini
ADA APA PADA DOA DUDUK ANTARA 2
SUJUD?
(Allahummarfirli, Warhamni,
Wajburni, Warfa’ni, Warzukni, Wahdini, Waa’fini
1. AMPUNI DAKU
apabila menyebutnya, kenangkanlah semua dosa kita, kecil dan besarnya.
Sebagaimana parajurit amat memerlukan mighfar (topi perang besi) buat penutup
kepalanya daripada panahan musuh, maka kita juga amat memerlukan maghfirah bagi
menutup kesalahan diri daripada mendapat azab Allah.
2. KASIHANILAH DAKU
Apabila melafazkannya, ingatlah
hanya dengan rahmat dan belas kasihanNya sahaja kita adalah sebagaimana kita
sekarang. Masih lagi hidup, boleh makan dan minum serta boleh melakukan apa-apa
yang kita suka.
3. DORONGLAH AKU atau PAKSALAH DAKU
Apabila menuturnya, sedarlah tentang diri kita
yang sentiasa cenderung ke arah melakukan maksiat. Tubuh kita lebih ringan
melakukan perkara yang nafsu suka berbanding perkara yang Allah Redha. Jadi
kita mintalah Allah ’memaksa’ diri kita ke arah kebaikan. Gagahkan diri kita
pergi ke masjid dan sebagainya.
4. ANGKATKANLAH (MARTABAT) DAKU
Apabila menyebutnya, ingatlah
martabat dan darjat diri di sisi Allah lebih bermakna berbanding martabat di
dunia. Biarlah martabat di dunia ini kita tidak setaraf raja, asalkan di syurga
nanti boleh bersama dengan para nabi, siddiqin, syuhada dan salihin. Martabat
diri hanya terangkat dengan iman, ilmu dan amal.
5. REZEKIKANLAH DAKU
Apabila melafazkannya, ingatlah
segala yang dikecap selama ini, semuanya rezeki yang Allah beri. Rezeki Allah
mencakupi semua keperluan jasmani dan rohani. Sebagaimana kita menagih rezeki
jasmani berupa makanan, minuman, kekayaan dan sebagainya, jangan lupa meminta
rezeki rohani berupa ilmu, kebahagiaan hidup dan sebagainya.
6. BIMBINGLAH DAKU
Apabila menyebutnya, ingatlah
bahawa hanya Allah sahaja
Yang berhak memberi hidayah buat
hamba-hambaNya yang disukai. Hidayah ialah petnjuk dan bimbingan langsung daripada
Allah. Hidayah ialah rezeki rohani yang paling penting buat kita. Dengannya, si
penjahat akan kembali bertaubat. Dan dengannya iman kita kekal. Dengannya juga
amal kita meningkat.
7. SIHATKANLAH DAKU
Apabila menyebutnya, ingatlah
bahawa kita tidak kebal daripada penyakit. Hanya Allahlah yang maha mencegah
mahupun mengubatinya. Jadi mohonlah kepada Allah keafiatan, pencegahan dan
penyembuhan daripada segala penyakit,
baik penyakit jasmani mahupun penyakit rohani.
8. MAAFKAN DAKU
BUSUK BETUL
‘busuk betul di sini’. Keluh seorang petani
ketika berada di luar rumahnya. Anak petani melihat sahaja kerenah ayahnya.
‘Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini
masih busuk juga’. Orang tua itu masuk ke dalam rumah. ‘eh, masih busuk juga.
Pelik’. Orang tua itu marah-marah kerana ke mana sahaja dia pergi, dia akan
terhidu bau busuk.
Tiba-tiba
anaknya masuk lalu berkata ‘ayah, cuba ayah lihat cermin.’ orang tua itu pun
pergi ke depan cermin. Dia terkejut kerana di dapati pada hidungnya terpalit
baja tahi ayam yang digunakan dikebun pagi tadi. Patutlah ke mana sahaja dia
pergi berbau busuk. Rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat yang lain,
tetapi tahi yang terpalit di hidung sendiri.
Pengajaran
Kejahatan atau keburukan yang
selalunya kita Nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita
asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang
jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan
keburukan dalam hidupnya.
Sumber : Angguk Geleng
UNTUK APA AKU HIDUP?
Manusia tidak wujud secara
kebetulan. Ia sebahagian perancangan perancangan Ilahi. Manusia tidak wujud
sia-sia. kita akan diuji antara iman dan kufur. Oleh kerana peluang kita hidup
di dunia hanya sekali, sebelum betul-betul hidup di akhirat, maka amat perlu
kita jelas dan cakna akan tujuan kita bertebaran di bumi Allah ini.
HADIS
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
‘satu bab yang dipelajari seseorang
lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat’.(riwayat al Bazzar)
Ini menunjukkan betapa menuntut
ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding amal ibadah. Malah Allah sebenarnya
lebih suka kepada para penuntut ilmu berbanding ahli ibadah.
AS SALAM ( SEJAHTERA YANG MELATA)
Mari
kita berkenalan dengan nama Allah yang indah iaitu As salam
◊ Membawa erti
keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.
◊ Allah selamat daripada
sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencaacatkan kebesaran dan
keagunganNya.
◊ Merupakan suatu
pujian Agung kepada Allah yang memberi keselamatan dan kesejahteraan yang
melata di dunia dan akhirat.
PILIH KAYA HATI
Berhati-hatilah
menjaga hati kerana ia punca ketenangan dan kebahagiaan diri. Cara untuk
mendapatkan hati yang tenang adalah dengan sentiasa mengingati Allah. Allah
telah menegaskan melalui firmanNya yang bermaksud : ’Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang’. (surah al Ra’d 13:28).
Rasulullah
saw juga bersabda yang bermaksud : Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta
benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.
TAWAPAN TRIVIA
1. Raihanah (penawar)
2. Huruf Idgham maal ghunnah
3. Rumah (sarang) labah-labah. Bandingan Allah kepada
manusia yang menjadikan selain Allah sebagai pelindung. Rujuk Surah al Ankabut ayat
41:43.
No comments:
Post a Comment