MENARIK DI DALAM
·
Tip Kekal Di Jalan Yang Lurus
·
Kelebihan
Menyimpan janggut
·
Andai
Terlanjur mengumpat
·
Kulit
Pisang
·
Kesan
beriman kepada Hari Akhirat
·
Takrif
Iman
·
Doa Nabi
Yunus
TIP KEKAL DI JALAN YANG LURUS
JANGAN BIMBANG PANDANGAN ORANG LAIN
Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan
pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk Islam.
Kerisauan inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucapkan kalimah syahadah.
FOKUS KEPADA DIRI SENDIRI
Istiqamah
mengekalkan hidayah tidak berlaku sekiranya kita banyak menilai orang lain.
Bergosip menyebabkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa
menilai diri. Berkata buruk sudah cukup dosa, apatah lagi jika memfitnah.
Sibukkan diri mengenal dan muhasabah kekurangan diri.
ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Beristighfat bererti kita memohon keampunan kepada
Allah setelah tersedar daripada melakukan dosa dan kesilapan, bertaubat pula
kembali kepada Allah dengan menghadapkan hati dan diri ke arahNya.
AMALAN YANG BERTERUSAN
Kekal dan tambahkan amalan. Bagaimana? Dengan
mengikhlaskan hati, mencari dan mengikut contoh Rasulullah saw.
SAMPAIKAN KEBAIKAN
Hidayah
akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan
kebaikan. Konsep amal makruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang
lain.
CARI
KAWAN YANG SOLEH
Pilihlah
kawan yang selalu mengingatkan kita sekiranya kita hampir tergelincir. Rakan
dan sahabat yang jujur akan memberikan teguran.
RAJIN CARI ILMU
Kita
perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Teruslah menggali daripada
sumber yang sahih tanpa henti. Lebih banyak kita tahu, lebih banyaklah kita
sedar yang masih banyak yang kita tidak tahu.
MENJAGA MATA
Tundukkan pandangan.
Kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan. Kita menjaga mata
dengan tidak ’melihat’ dan menilai pakaian orang lain atau tidak ’melihat’
kereta apa yang mereka bawa. Kenapa? Supaya kurang rasa ingin membandingkan
dengan orang lain dan mengata, mengelakkan rasa iri hati dan dengki dalam hati.
Sumber : Wardina Safiyyah
KELEBIHAN MENYIMPAN JANGGUT
1. Janggut
lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan untuk kesuburan perempuan.
2. Janggut
boleh melindungi kelenjar sebum dibahagian muka daripada terkena acne vulgaris
bacteria. Oleh itu ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
3. Menghangatkan
kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
4. Lebih
panjag dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia menjadi seorang yang
lebih bijak.
5. Menghindarkan
diri daripada penyakit tekak dan gusi.
6. Mengelak
daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berpunca daripada sistem pernafasan
seperti asma.
7. Memelihara
muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran
udara.
8. Melindungi kulit dan seterusnya
mngurangkan kedutan akibat penuaan
Sumber : Jen Q isu17
ANDAI TERLANJUR MENGUMPAT
Menceritakan aib
kawan , Rasa bersalah . Meminta maaf kepada kawan yang diumpat dengan menyebut
kesalahan secara detil
JIKA TIDAK
DIMAAFKAN
Berdoa untuknya
dan bertaubat. Cuba minta maaf lagi kemudian hari
JIKA DIMAAFKAN
Bersihkan semula
namanya daripada orang lain. Jika mengumpat secara terbuka, minta maaf juga
secara terbuka. Puji kebaikan kawan itu di hadapan orang lain, Mendoakan
kebaikan kawan dan diri sendiri, Bina semula hubungan yang baik seperti
bertanya khabar dan lain-lain.
Berazam untuk tidak
melakukan kesalahan yang sama.
KULIT PISANG
Seorang
lelaki separuh umur kelihatan sedang ketawa seorang diri sambil memandang kulit
pisang yang terbiar di tengah jalan. Dia mengeleng-ngeleng kepala dan kemudian
tertawa lagi. perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. ’pak
cik, kenapa pak cik ketawa?’ ’pak cik ketawa tengok kulit pisang itu nak’ ’apa
yang pelik dengan kulit pisang itu?’ ’begini, sejak tadi pak cik perhatikan
telah 5 orang jatuh kerana terpijak kulit pisang itu. Tetapi tiada sesiapapun yang
mengutip kulit pisang itu agar tidak akan ada orang tergelincir lagi’.
Remaja
itu turut sama ketawa. Kali ini dia bangun dan mengutip kulit pisang itu dan
membuangnya dari tengah jalan. ’ei nak, kenapa kamu buang?’’sy tidak mahu terus
ketawa melihat orang lain jatuh’. Jawab remaja itu. Kali ini pakcik itu
termenung. Ketawanya hilang secara tiba-tiba.
Pengajaran
Sering kali kita ingin orang lain ‘terkena’
setelah kita terkena. Pada hal kita seharusnya ‘memindahkan’ pengalaman pahit yang
kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.
Sumber : Angguk Geleng
HADIS
Abdullah bin
Amru meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘sangat beruntung orang
yang diberi masuk Islam, diberi rezeki yang cukup dan dia berasa cukup dengan
pemberian Allah’.
(Riwayat
Muslim)
HARI TERAKHIR
Hari Akhirat. Jika dipadamkan dua huruf
terakhir daripada perkataan ‘akhirat’, maka perkataan yang akan muncul adalah
‘akhir’. Dia dinamakan sedemikian kerana tiada hari lagi selepasnya. Ia hari
terakhir di dunia ini. Itulah nasib objek yang fana, ada tarikh luputnya.
Allah berfirman yang
bermaksud ‘Dan mereka yang beriman kepada kitab (al Quran) yang telah
diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka
yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
(Surah al Baqarah
2:4)
Sumber : Husna Hassan
MUTIARA
KATA
Jika
keyakinan kepada hari akhirat telah mantap, tidak kesal apalagi menyesal dengan
perbuatan baiknya kerana Allah pasti akan membalasnya di akhirat’.
KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
1. Mengetahui hakikat hidup di dunia yang sebenar.
2. Mencetus keinginan memperbanyakkan kuantiti dan
kualiti amal soleh dengan ikhlas.
3. Mendorong agar kerap mengingati mati.
4. Mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan
maksiat.
5. Menghiburkan hati oran yang beriman bahawa keseronokan
hakiki bagi mereka adalah di akhirat.
6. Membantu kita merancang masa depan dunia dan akhirat
sekali gus tanpa meminggirkan salah satu daripadanya.
TAKRIF IMAN
BAHASA
Percaya
ISTILAH
Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah
dan beramal dengan anggota
Sangat ramai di antara kita yang tahu ini, tetapi
tidak mengamalkannya…
Fikirkan...
DOA TASBIH NABI YUNUS KETIKA DALAM
PERUT IKAN
La
ila hailla anta subha naka inni kuntu minaz zholimin…
(Tidak
ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
termasuk orang yang zalim)
MUHASABAH
Apabila
manusia yakin akan ada gaya nikmat yang kekal abadi di dalam syurga, maka itu akan
memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk mengharungi apajua kesusahan di
dunia.
No comments:
Post a Comment