MENARIK DI DALAM
·
Sejarah Solat Malam
·
Heboh
·
Langkah
keluar daripada beban hutang
·
saya
Manusia, bukan kambing
·
8 langkah
kerja bergaji pun berpahala
SEJARAH SOLAT MALAM
Para ulama berbeza pendapat
berkenaan sejarah kewajipan solat malam. Al Hafiz Ibn hajar menukilkan
‘sesetengah Ulama berpendapat bahawa pada mulanya solat malam adalah wajib.
Kemudian perintah itu dimansuhkan dengan perintah solat malam sekadar
kemampuan. Kemudian perintah itu juga dimansuhkan dengan perintah solat 5
waktu’. Sebahagian ulama itu berpendapat
bahawa kewajipan solat malam kekal atas Nabi sahaja. Sementara Ulama lain
mengatakan bahawa solat malam adalah wajib ke atas umat. Cuma kadarnya tidak
ditentukan, terserah kepada kemampuan. Tidak kurang juga ahli tafsir
berpendapat bahawa qiamullai hukumnya sunat sejak awal-awal lagi.
HEBOH
‘berkata yang baik atau diam’. Itu pesanan junjungan nabi
Muhammad saw. Yang baik perlu dihebahkan, tetapi segala keburukan tidak
perlulah dihebohkan seantero dunia. Kononnya mahu supaya orang lain mengambil
pengajaran. Wajarkah membuka aib sendiri? Heboh menghasilkan kekacauan, huru
hara dan suasana kelam kabut dalam masyarakat. Masing-masing takut. Khuatir
keburukan yang tersebar terkena diri sendiri. Ada kalangan manusia gembira
menghebohkan berita, kenyataan hatta rahsia yang dikongsi orang lain kepadanya.
Akhirnya, menimbulkan perbalahan apabila rahsia itu sampai kepada pemilik
rahsia. Bukankah ia hanya menimbulkan pergaduhan?. Usahlah riuh-riuh bicara itu
ini, begitu begini sedangkan ia tidak membawa kepada kebaikan. Kelak binasa
badan, hancur perpaduan. Tidak salah ambil berat, jangan sampai melarat.
LANGKAH KELUAR DARIPADA BEBAN
HUTANG
◊ HILANGKAN PERASAAN SUSAH DAN SEDIH
Buang perasaan negatif ini. Jangan
menghindari hutang sebaliknya hadapi hutang. Akui diri tersilap langkah kerana
berhutang.
◊ TANAMKAN SIFAT RAJIN
Jujur dengan diri. Jadilah insan yang
rajin. Jangan duduk diam atau berangan-rangan. cari pendapatan tambahan untuk
mewujudkan pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya.
◊ BERANI
Berani bertukar kerja jika peluang
lain dan sentiasa meningkatkan prestasi kerjaya. Apabila perusahaan pertama
gagal, berani untuk ‘tutup kedai’ dan memulakan perusahaan baharu.
◊ BANYAK MEMBERI DAN BERSEDEKAH
Banyakkan bersedekah. Bantulah orang
lain walaupun kita belum keluar dari belenggu hutang, jangan bakhil. Sebaliknya
jadilah pemurah. Ada pepatah orang Inggeris ’Give first, earn later’.
◊ SISTEMATIK BAYAR HUTANG
Strukturkan semula hutang supaya
kita menyelesaikannya dengan cepat. Buat jadual penstrukturan hutang.
Manfaatkan pendapatan sampingan untuk membayar hutang. Adakan hubungan baik
dengan pihak penghutang. Berbincanglah dengan baik, pasti akan ada jalan
keluar.
◊ BERDOA DAN BERTAWAKKAL
Setelah berusaha dengan cara yang
terbaik , bertawakkallah. Allah akan membantu dengan caraNya dengan caraNya yang
tersendiri di luar jangkaan kita. Berdoa pagi dan petang . ‘Ya Allah aku
berlindung daripada kesusahan dan kedudukan , daripada lemah kemahuan dan rasa
malas, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada belenggu hutang dan daripada
tekanan manusia’. Yakin dengan formula :
Usaha + Doa (Tawakkal) = Bebas
Hutang. Rasulullah bersabda ‘sesiapa yang
rohnya terpisah dari jasadnya dan dia bebas daripada 3 hal, pertama sombong,
kedua ghulul (khianat) dan ketiga hutang, maka dia akan masuk syurga’. (Riwayat
Ibn Majah)
SAYA MANUSIA, BUKAN KAMBING
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita
sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang
lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar-ketar ketakutan.
Apabila ditanya sebab dia berkenaan demikian, dia berkata ‘saya berasa diri
saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau. Mereka semua akan
membaham saya, saya takut’. Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit
jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai
cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukan seekor kambing.
Setelah
setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.
‘baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?’ tanya doktor pakar. ‘saya
manusia’ ‘bukan kambing?’ ‘bukan, saya manusia’. ‘cuba ulang’. Pinta doktor.
‘saya manusia, saya manusia, saya manusia’. ‘bagus, sekarang kamu boleh pulang.
Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi’.
Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi
ramai orang. ‘Takut. Takut.. Saya nak pulang’. ‘eh, kenapa masih takut? Kamu
kan manusia, bukan kambing?’ ‘ya, ya, saya yakin saya memang manusia. Tetapi
bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai
kambing?’
Pengajaran
Orang yang ditimpa penyakit hina
diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak
sihat. Dia sentiasa rasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel
good) dengan dirinya
Sumber : Angguk
Geleng
8 LANGKAH KERJA BERGAJI PUN
BERPAHALA
◊ BERMOTIVASIKAN GANJARAN ALLAH
Ibn Umar bercerita,pada satu hari
Rasulullah saw bersabda ‘siapa yang sanggup menghantar suratku kepada pembesar
Rom?’ sehingga 3 kali Rasulullah bertanya. Kemudian baginda berkata ‘sesiapa yang
pergi baginya syurga!’ seorang lelaki ansar menyahut ‘saya akan pergi dan
adakah untuk saya syurga sekiranya saya meninggal dunia ketika itu?’ ‘Ya,
bagimu syurga sekiranya kamu menghantarnya. Sama ada kamu mati dibunuh atau
mati selain dibunuh maka telah wajib syurga bagimu!’
(Riwayat al Tabrani)
◊ KERANA ALLAH DAN RASULNYA SUKA
Contoh : berpakaian kemas dan
menjaga penampilan diri dengan niat kerana Allah suka kecantikan. Bersenam dan
bersukan kerana Mukmin yang kuat lebih Allah sukai berbanding mukmin yang
lemah.
◊ DEMI TANGGUNGJAWAB LAIN
Contohnya : berkerja untuk dapat
gaji untuk menyara keluarga kerana menyara keluarga itu wajib. Berniaga untuk
kaya semoga boleh tolong orang miskin.
◊ TEKUN, BERSUNGGUH-SUNGGUH .
‘sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang melakukan pekerjaan, dia itqan (tekun, teliti dan buat yang
terbaik) (Riwayat al Tabrani)
◊ MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
‘Manusia yang paling disukai Allah
ialah yang paling banyak memberi manfaat. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang kamu bawakan
untuk saudara Muslim atau melenyapkan penderitaanya, atau melangsaikan
hutangnya, atau menghilangkan kelaparannya. ‘sesungguhnya dengan aku berjalan
bersama saudaraku untuk urusannya lebih aku sukai berbanding beiktikaf di masjid
sebulan’. (Riwayat al Tabrani)
◊ BERAKHLAK MULIA
‘Sesungguhnya orang yang muflis daripada
kalangan umatku ialah sesiapa yang pada hari kiamat kelak datang dengan pahala
solat, puasa dan zakatnya. Sedangkan dia dahulu pernah mencaci orang, menuduh seseorang
dan memakan hak orang. ’lalu diagihkan pahala kebaikannya kepada orang itu dan
orang ini (yang pernah dianiaya). Sekiranya pahalanya telah habis sebelum
langsai hutang kesalahannya, maka diberikan kepadanya bahagian-bahagian dosa
mereka yang telah dia aniaya, lalu dia dihumban ke Neraka’. (Riwayat Ahmad)
◊ YANG HARAM DIHINDARI
Contoh :Menzalimi, menyakiti hati
saudara Musim, rasuah, khianat , melaga-lagakan orang dan sebagainya.
◊ YANG WAJIB TIDAK DIABAI
Contoh : melewat-lewatkan solat tanpa
uzur atas alasan sibuk bekerja, mengabaikan masa bersama isteri dan anak-anak
dan sebagainya.
Hanya dengan 8 langkah mudah.
sayang sekali andai tidak mengambil peluang yang ada untuk menggandakan nilai
gaji kepada Pahala.
Sumber
: Solusi isu 57
No comments:
Post a Comment