MENARIK
DI DALAM
·
Kadar Pembaca
Pemalas
·
Pada Pandnagan Pertama
·
7 Cara Hidup Dengan Al Quran
·
Lukisan
·
Tiada Yang Sia-sia
·
Apa itu Ujud
·
Mutiara Kata
KADAR PEMBACA PEMALAS
Dr. Solah Abdul
Fattah al-Khalidi berkata ‘Sepatutnya seorang itu perlu membaca
sekurang-kurangnya satu juz al Quran setiap hari. Itu Kadar seorang ‘pemals’
membaca al Quran.
Jadi, kita rajin atau
pemalas atau super pemalas?
PADA PANDANGAN PERTAMA
Ketika dalam perjalanan bersama pedang yang terhunus
untuk membunuh Rasulullah, Umar telah berjumpa Nu’aim in Abdillah yang telah
memberitahu satu berita yang sangat mengecewakan.
Nuaim : Wahai Umar, adakah engkau menyangka bani Abd
Manaf akan biarkanmu berjalan di atas muka bumi apabila engkau telah membunuh
Muhammad? Pulang sahaja dan lihatlah keluargamu.
Umar : Keluarga apa?
Nuaim : Adik perempuanmu dan suaminya telah memeluk
Islam. Mereka telah mengikuti Muhammad.
Mendengar sahaja berita itu, Umar terus ke rumah Adik
perempuannya, pada ketika itu adiknya,
Fatimah al Khattab dan adik iparnya Sa’id Bin Zaid sedang bersama
Khabbab bin al Arat yang sedang memegang lembaran yang tertera padanya surah
Taha. Ketika mereka mendengar kehadiran
Umar, Khabbab bersembunyi di satu sudut rumah mereka. Fatimah pula
menyembunyikan lembaran tersebut di bawah pahanya. Ketika masuk ke dalam rumah,
Umar memukul adik iparnya. Namun pukulannya telah mengenai adiknya sendiri
sehingga terluka di kepala. Melihat darah yang mengalir dari kepala adiknya,
umar menyesal dan meminta untuk melihat lembaran yang dibaca oleh adiknya. Umar kemudiannya membaca lembaran tersebut
lantas mula jatuh hati pada ayat yang dibacanya itu lalu meminta untuk bertemu
Rasulullah untuk memeluk Islam. Ketika bertemu dengan Rasulullah dia terus
menyatakan keislamannya ‘Ya Rasulullah, aku datang kepadamu untuk beriman
kepada Allah dan RasulNya dan apa yang engkau bawa daripada Allah’. (Riwayat al
Hakim)
Sumber : Anekdot
7 CARA HIDUP DENGAN AL
QURAN
CINTA
Seorang yang mencintai
kekasihnya pasti akan mentaati, mengikut dan menuruti setiap kata-katanya.
Begitulah kita dengan al Quran. Kita perlu mencintainya agar kekal taat, menuruti
dan melaksanakan segala perintah Allah. Antara cara untuk terus ’jatuh cinta’
kepada Al Quran adalah dengan selalu mendengarnya. Ayat-ayat al Quran yang
diulang dengar setiap hari sudah pasti akan menambat hati pendengarnya.
BACA
Membaca al Quran yang
berterusan akan melembutkan hati . Jadikanlah amalan membaca al Quran sebagai
aktiviti utama kehidupan kita. Sekiranya belum berkemampuan untuk membaca al
Quran, berusahalah untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh.
BELAJAR TAJWID
Mengapa perlu membaca al
Quran terlebih dahulu sebelum mempelajari hukum tajwid? Supaya kita terus jatuh
cinta tatkala membaca kalam Allah dan mempelajarinya.
FAHAM MAKNA
Setelah membaca 1
mukasurat, Hayati makna dan tafsir bagi satu atau dua ayat yang telah dibaca
dan fahaminya dengan teliti. Hadirkan
perasaan bahawa ayat-ayat yang dibacakan ditujukan kepada diri kita, bukannya
orang lain.
PRAKTIK
Langkah ini memerlukan
seseorang untuk berjihad melawan hawa nafsunya terlebih dahulu kerana
mempraktikkan kandungan al Quran dalam kehidupan bukanlah suatu perkara yang
mudah. Ini menuntut seseorang
menundukkan nafsu kedunaan yang melekakan terlebih dahulu, kemudian mula
mempraktikkan kandungan al Qquran secara beransur-ansur. Lama kelamaan amalan
ini akan membiasakan seseorang untuk terus mempraktikkan apa yang dibaca. Namun
awas, mempraktikkan kandungan al Quran menuntut pembacanya untuk memahami ayat
al Quran dengan betul dan tepat terlebih dahulu! Cara yang terbaik untuk
memahami al Quran adalah dengan mempelajarinya daripada insan yang
berkelayakan.
SAMPAIKAN
Langkah yang seterusnya
mempelajari al Quran ialah menyampaikannya kepada ahli keluarga dan
masyarakat. Nabi Bersabda ‘sebaik-baik
kamu ialah sesiapa yang mempelajari al
Quran dan mengajarkannya’.
(Riwayat al Bukhari)
PERTAHANKAN
Betapa ramai musuh Islam
yang cuba untuk memesongkan ayat-ayat suci al Quran seperti para orientalis.
Lebih malang ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang mentafsirnya mengikut hawa nafsu. Antara apa yang boleh
kita lakukan ialah memberikan kefahaman kepada masyarakat dan menjawab segala
tuduhan-tuduhan palsu terhadap al Quran melalui media elektronik seperti
facebook, twitter dan sebagainya.
Sumber : ipods
LUKISAN
‘setuju atau tidak kalau saya pilih
lukisan ini sebagai pemenang tempat pertama? Ustaz Mad bertanya sambil
mengangkat lukisan seekor burung hinggap pada sebatang tangkai padi masak
menguning yg menjulang ke langit.. Cantik sekali. Sangat nostalgik. ‘Setuju!!’
‘Tidak disangkal lagi!’ ‘Pilihan Ustaz memang tidak pernah silap pun’.
Perlbagai lagi komen tanda setuju.Ustaz Mad adalah pengetua sekolah menengah.
Beliau seorang yg berdedikasi tinggi, serba boleh dan sangat suka akan aktiviti
kokurikulum. Hapir semua aktiviti kokurikulum di sekolah beliau ingin jadi juri
dan hakim. ‘Maaf tuan pengetua, saya tidak setuju’. Seorang guru mematikan
keriangan, ‘Ada yg tidak kena dengan lukisan ini walaupun ia sangat cantik
sekalipun’. ‘Maksud cikgu?’ Ustaz Mad minta penjelasan. ‘sudahlah padi itu
masak menguning, dihinggapi pula oleh burung. Ajaibnya masih tegak. Itu tidak
logik’. ‘Hmm..pendapat cikgu betul, perkara ini tidak boleh dikompromikan.
Samalah seperti hadis palsu’. Ustaz Mad mengakui kebenaran.
Pengajaran
Kebenaran perlu dinyatakan walaupun bukan
berada dalam kalangan majority.
Sumber : Angguk
Geleng
,
TIADA
YANG SIA-SIA
‘Sesungguhnya pada
kejadian langit dan bumi, dan pada prtukaran malam dan siang, ada tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang yang mengingati Allah
semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi. ‘Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semuanya
ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api
neraka..’
(Surah Ali Imran 3:
190-191)
Sumber : TAFSIR
APA ITU
UJUD?
Ujud adalah rasa
kagum akan diri sendiri atas suatu kejayaan dan pencapaian diri. Dia melihat
hasiil usahanya berpunca daripada peluh dan keringatnya sahaja, bukannya nikmat drpd Allah.
MUTIARA KATA
UJUD JANGAN SEKALI (3)
Awaslah kamu dengan perbuatan diri yang bakal
memusnahkanmu. Sesungguhnya perbuatan diri yang bakal memusnahkanmu ialah
riyak. Jika bukan riyak, maka ujud sehingga kamu perasan bahawa kamu lebih baik
daripada saudaramu. Sedangkan boleh jadi kamu belum menghadapi musibah seperti
yang dihadapinya. Boleh jadi dia lebih warak daripada kamu dalam soal perkara
haram. Boleh jadi amalannya lebih suci lebih suci. Jika bukan ujud dengan
dirimu, beringatlah kamu daripada perasaan suka akan pujian manusia. Dan pujian
mereka itu dalam bentuk kamu suka agar mereka menghormatimu dek usahamu dan
merasakan kamu seorang yang mulia dan berkedudukan pada sisi mereka. .
(sufyan al Thauri)
Sesiapa yang selamat daripada perkara, dia selamat daripada bahana dunia
dan akhirat : ujud, riyak, takabbur, izra’ dan syahwat
(Fudhail bin Iyadh)
Izra’: sikap mudah memandang rendah orang lain.
No comments:
Post a Comment