MENARIK
DI DALAM
·
Dialog Ahli Syurga Dan Neraka
·
Cara Allah Menurunkan Wahyu Kepada Rasulullah
·
Bacaan Sunat Sebelum Tidur
·
Buatan Yahudi
·
40 Amalan Pembawa Berkat
·
Panduan Keselamatan Di Internet
DIALOG AHLI SYURGA DAN NERAKA
Perkembangan
teknologi moden yang pesat sedikit sebanyak membantu umat Islam untuk memahami
sesetengah ayat al Quran yang mungkin sukar difahami oleh umat Islam silam.
Dalam al Quran terdapat ayat tentang dialog antara ahli syurga dan ahli neraka.
Dialog antara 2 golongan ini bertujuan menghina ahli neraka yang amat sombong
ketika berada di dunia dahulu. Setakat yang kita ketahui, jarak antara syurga
dan neraka amat jauh. Dengan wujudnya teknologi sidang video pada zaman moden
seperti skype, dialog ini lebih mudah diterima logik manusia zaman sekarang.
Ayuh kita lihat beberapa ayat yang menyebut perihal komunikasi tersebut,
antaranya:
◊ Ahli Neraka
merayu kepada ahli Syurga agar memberikan mereka sisa makanan di syurga. ‘Dan
Ahli Neraka merayu ahli Syurga (dengan berkata) : Limpahankanlah kepada kami
sedikit air atau rezeki ( makanan ) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu.
Mereka (ahli Syurga) menjawab ‘sesungguhnya Allah telah mengharamkan
kedua-duanya atas orang-orang kafir’. (Surah al A’raf : 50)
◊ Ahli Syurga
bertanya teman ahli Syurga yang lain perihal temannya yang sombong dan kufur
semasa di dunia dahulu. ‘Penduduk syurga setengahnya menghadap yang lain,
sambil berbincang dan bertanya-tanya. Seorang antara mereka berkata
‘sesungguhnya aku (Di dunia) dahulu ada seorang rakan yang berkata : ‘Adakah
engkau juga salah seorang daripada golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan
orang-orang mati pada hari akhirat)? Adakah sesudah kami mati dan menjadi tanah
dan tulang, kita akan (di hidupkan semula serta) di balas apa yang telah kita
lakukan?’ Ia berkata lagi ‘Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang
ingkar itu?) maka ia pun memandang ke arah neraka, lalu dilihatnya rakannya itu
berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala . Ia pun berkata ‘Demi Allah!
Engkau nyaris-nyaris menceburkanku dalam kebinasaan. Kalaulah tidak disebabkan
nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk) , nescaya aku akan menjadi
daripada orang-orang yang diseret (untuk menerima balasan azab)’ (Surah al
Saffat 50 :59)
◊ Ahli Syurga
mentertawakan ahli neraka. ‘Maka pada hari ini, orang –orang yang beriman pula
mentertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas
pelamin-pelamin yang berhias, serta melihat hal yang berlaku kepada musuhnya.
(untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya ‘bukankah orang-orang
yang kafir itu telah dibalas akan apa mereka telah kerjakan dahulu?’ (Surah al
Mutaffifin 34—36)
Sumber : Tazkirah FB
CARA ALLAH MENURUNKAN WAHYU KEPADA RASULULLAH
◊ Mimpi
Yang Benar
Menurut keterangan daripada pelbagai rujukan,
kita dapat memahami bahawwa Rasulullah menerima wahyu dengan cara bermimpi
sebagai persiapan baginya untuk menerima wahyu dalam keadaan sedar.
◊ Di
Masukkan ke Dalam Hati baginda Tanpa Di Lihat Olehnya.
Ini berdasarkan hadis sahih yang bermaksud
‘Sesungguhnya ruhul Qudus telah meniupkan ke dalam hatiku bahawasanya seseorang
itu takkan mati sehingga rezekinya sudah sempurna’. (Riwayat al Tabarani)
◊ Malaikat
Menyerupai Seseorang Lelaki
Baginda akan berbicara dengannya sehingga dapat
difahami oleh Baginda. Malaikat dating dalam rupa seorang lelaki yang snagat
elok rupa parasnya seperti rupa seorang sahabat yang bernama Dihyah al Kalbi.
Kedatangan wahyu seperti inipernah disaksikan oleh para sahabat contohnya
ketika jibril datang dan bersoal jawab dengan Nabi tentang iman, Islam, dan
Ihsan.
◊ Wahyu
Datang Kepada Nabi Seperti Dentingan Loceng dan Suara Yang Amat Kuat
Ini adalah kaedah yang paling berat bagi Nabi.
Apabila wahyu turun kepada Rasulullah dengan cara ini, ia memerlukan segenap
kekuatan Baginda untuk menerima, memahami dan menghafalnya. Bayangkan betapa
beratnya penerimaan wahyu begini hinggakan tunggangan Nabi pun terduduk di atas
tanah.
◊ Malaikat
Menyampaikan Perintah Allah Kepada Baginda Dalam Bentuk Asal.
Dalam riwayat oleh Imam Ahmad, Nabi saw
menyaksikan Jibril dengan keadaan yang sebenar semasa berada di Sidratul
Muntaha dan sayapnya memenuhi timur dan barat.
◊ Disampaikan
Oleh Allah Terus Kepada Baginda
Perkara ini berlaku semasa Baginda memohon
keringanan daripada lima puluh waktu solat kepada lima waktu. Allah berbicara
kepada Nabi secara langsung tanpa ada perantaraan.
Sumber : Ibn Al QAyyim
BACAAN SUNAT SEBELUM TIDUR
¤ Ayat
al Kursi
¤
Membaca surah al ikhlas , al Falaq dan al Nas. Kemudian tiupkan kepada kedua
tapak tangan dan diusap ke seluruh tubuh. Siti Aisyah mengatakan bahawa Rasulullah
melakukannya sebanyak 3 kali.
¤ Tasbih,
Tahmid dan takbir sebanyak 33 kali. Rasulullah saw bersabda kepada Ali dan
Fatimah yang mengeluh penat bekerja di siang hari dan meminta seorang pembantu
’jika kamu telah berbaring di tempat tidur, bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah
33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Sesungguhnya itu lebih baik bagimu daripada
memiliki seorang pembantu.’ (Riwayat Muslim)
¤ Doa
Tidur
Sumberb : Bicara Al Quran
Q & A (BUATAN YAHUDI)
Q
Internet dan laman sosial popular seperti
facebook adalah ciptaan Yahudi dengan agenda ingin menyesatkan umat Islam. Maka
kita diharamkan menggunakannya. Sejauh mana benarnya pendapat ini?
A
Saya sangat berharap agar kita
tidak melihat perkembangan teknologi maklumat secara negatif, lalu
memalitkannya kepada Islam. Pandangan kita seringkali disempitkan dan tidak
selari dengan Islam. Islam tidak pernah memusuhi perkara baru termasuk
teknologi maklumat yang wujud pada zaman ini. Merujuk kepada sirah Nabi,
Baginda tidak pernah berpandangan negatif kepada perkara baru meskipun
datangnya daripada negeri lain. Bahkan baginda sangat mengalu-alukannya jika ia
bermanfaat untuk kebaikan masyarakat
Islam. Rasulullah saw turut berpesan: ‘Berusahalah mendapat apa yang bermanfaat
bagimu’. (Riwayat Muslim) Andainya teknologi ini bermanfaat untuk diri kita dan
umat Islam secara amnya, maka tiada halangan sama sekali bagi seorang Muslim
untuk menggunakannya.
Sumber : Al Ustaz
40 AMALAN PEMBAWA BERKAT
◊ Memberi Dengan
Murah Hati
◊ Mengamalkan Makan
Bersama
◊ Tekun Menuntut
Ilmu
◊ Berlemah lembut
terhadap Isteri dan Anak-anak
◊ Banyak diam
daripada Berbicara
◊ Berbuat Baik
KepadaAnak Yatim
◊ Menghormati Para
Ulama
◊ Tidak Kedekut
Berbelanja Untuk Keluarga
◊ Berjimat Cermat
◊ Suka Meminta Nasihat
Sebelum Melakukan Sesuatu Pekerjaan
◊ Memperbanyakkan
Istighfar Pada Setiap Pagi dan Petang
◊ Sentiasa Menjaga
Wuduk
◊ Meminum Madu
◊ Ramah dan Suka
Bergaul
◊ Menjaga Solat
Fardu 5 Waktu
◊ Menamai Anak
Dengan nama Muhammad atau Ahmad
◊ Membantu Orang
Susah
◊ Memperbanyakkan
Selawat
◊ Keluar Awal Pagi
Untuk Mencari Rezeki
◊ Menanam pokok
◊ Tidak Berbicara
kecuali apabila diperlukan
◊ Mengisi waktu
antara solat Maghrib dan Isya’ dengan Ibadah
◊ Bersedekah di
Awal Pagi
◊ Membaca Bismillaj
Sebelum Melakukan Sesuatu
◊ Menyambung
Silaturahim
◊ Sering Melafazkan
Syukur dan memuji-muji Allah SWT
◊ Membela Kambing
◊ Memperbanyakkan
Ibadah Haji dan Umrah
◊ Bertakwa dan
Bertawakal Kepada Allah
◊ Selalu Membaca al
Quran
◊ Berkahwin
◊ Mengasihi Semua
Orang
◊ Berniaga dan
Bermusafir Untuk Mencari Rezeki
◊ Membela Orang
lemah dan Asing
◊ Menjaga Solat
Witir, Solat Subuh dan Solat Rawatib
◊ Menghormati
Makanan
◊ Beriktikaf Di
Masjid dan Mengimarahkannya
◊ Memberi Salam
Ketika Masuk Ke Rumah
◊ Memperbanyakkan
Puasa Sunat
◊ Melazimkan Solat
Dhuha
Sumber : Mini
poster al Ustaz
No comments:
Post a Comment