MENARIK DI DALAM
·
Jangan
Kedekut Mendoakan Ibubapa
·
Bersandar
·
Didik Anak
Berfikir
·
Kaki Masjid
di Dunia, VIP Allah di Syurga
JANGAN KEDEKUT MENDOAKAN IBUBAPA
Ibu
melahirkan kita di dunia. Menyusukan dan Membesarkan kita. Ayah pula memastikan
kelangsungan hidup seorang anak dan keperluan kita dipenuhi tanpa ada
kekurangan walau sedikit. Ibubapa tidak pernah inginkan apa-apa pun sebagai
balasan. Apatah lagi mereka tidak meminta apa-apa melainkan untuk melihat
anak-anak bahagia. Hakikatnya tiada harta dunia ini yang mencukupi untuk
membalas kembali jasa mereka. Malang sungguh, berapa ramai anak-anak kini yang
konsisten mendoakan kedua-dua orang tua mereka?amalkan selepas solat fardhu,
waktu doa memohon kesejahteraan mereka. Tidak kira sama ada doa itu dalam
keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah
akan beri perhatian. ‘Berdoalah kepadaKu nescaya Aku (Allah) akan perkenankan’. (Surah Ghafir 40:60).
Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasihnya Allah, Dia bukan sahaja
memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan
bagaimanakah cara kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji
akan mempertimbangkan doa-doa itu. Berdoa juga ialah satu langkah yang produktif.
Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah
seseorang hambaNya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau
untuk memperkenankan doa itu. Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada
hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita
itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak untuk memperkenankan sesuatu doa, maka
sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu. Bukan mudah
bagi seorang hamba Allah menggerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak
kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti
seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah
benar-benar berhajat kepadaNya, maka Alah pasti tidak akan mengecewakan hajat
kita.
Sumber
: Pesan Hati untuk Hati
BERSANDAR
Mengajar di masjid lebih mencabar daripada
mengajar di sekolah. Orang dewasa, mana boleh disuruh-suruh dan di marah-marah
seperti di kelas. Ustaz Man akui benar akan perkara itu. Kadangkala dia
merasakan seperti berceramah seorang diri. Suatu hari, sebelum memulakan
kuliah, dia berkata ‘sebelum kita memulakan pengajian pada hari ini, sama-sama
kita betulkan akidah masing-masing terlebih dahulu. Membetulkan akidah
bermaksud tidak bersandar kepada selain daripada Allah termasuk bersandar pada
dinding dan tiang-tiang..’ spontan para jemaah senyum-senyum. ada yang sambil
membetulkan badan. ‘sekalipun
tiang-tiang dan dinding-dinding itu daripada rumah-rumah Allah’. Ada yang
ketawa.
Pengajaran
Untuk dakwah yang lebih berkesan, pendakwah
mesti kreatif dan memahami khalayaknya.
Sumber : Angguk Geleng
,
DIDIK ANAK BERFIKIR
Selari
dengan tuntutan berfikir, sebagai ibubapa, kita harus bijak untuk mendidik
anak-anak agar suka berfikir: ikuti tip ini:
◊ LATIHAN BERFIKIR
Peruntukkan
sebahagian usaha mencari ilmu untuk berfikir, bukannya untuk menghafaz sahaja.
Ajak anak-anak untuk melahirkan hasil-hasil fikiran dan beri penghargaan atas
idea-idea yang membantu mengatasi masalah-masalah hidup.
◊ BERI PERMAINAN
BERMANFAAT
Jika membelikan
permainan untuk anak-anak, pilih permainan yang menyumbang kepada kemahiran
berfikir anak.
◊ PILIH KAWAN YANG
BIJAK
Pilih kelompok
kawwan anak-anak daripada kalangan yang bijak berfikir bukannya mereka yang
suka berhibur tanpa kawalan. Hiburan yang berlebihan bukan sahaja melalaikan
malah menjadi penyebab pelbagai krisis termasuk krisis berfikir yang akan luput
daripada golongan yang banyak berhibur.
◊ DOA KHUSUS BUAT
ANAK
Berdoa untuk
anak-anak dengan doa yang tertentu yang dipetik daripada ayat-ayat al Quran
atau hadis.
◊ SEDIAKAN MAKANAN
HALAL LAGI BERZAT
Makanan yang
halal dan berzat amat penting sebagai
usaha melahirkan generasi yang soleh yang menjadikan berfikir suatu aktiviti
penting dalam hidup.
Sumber : Ustaz Hj
Zahazan
KAKI MASJID DI DUNIA, VIP ALLAH DI SYURGA
Diakui
Keimanan
Rasulullah
saw berpesan ‘jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka
persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman ’sesungguhnya orang yang
memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan
hari Akhirat’.
(Surah al Tawbah 9:18)
(Riwayat
Ibn Majah)
Tolak
Dosa, Tambah Pahala
Rasulullah
bersabda : ‘Sesiapa yang pergi ke Masjid berjemaah, maka pada satu langkah
dihapuskan dosa, pada langkah yang lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi
ataupun balik’.
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
Allah
Sambut Kedatangannya
Rasulullah
saw bersabda ‘Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke
masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya
sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudara maranya yang sudah
lama menghilang’.
(Riwayat
Ibn Majah)
Allah
Jamin Dirinya
Rasulullah
saw bersabda ‘ada 3 golongan semuanya di jamin Allah, ketika hidup dia
diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia akan masuk syurga.
i)
sesiapa yang masuk ke dalam rumahnya dan dia memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii)
Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka
dia dijamin Allah.
iii) sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah
, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat
al Bukhari)
Mendapat
Ketenangan Jiwa Di Padang Mahsyar
Rasulullah
saw bersabda ‘tidak berkumpulan suatu kaum di mana-mana rumah Allah , mereka
membaca kitab Allah dan mengkajinya sesame mereka, melainkan diturunkan kepada
mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di depan malikat-malaikat’.
(Riwayat Muslim)
Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar
Rasulullah
saw bersabda ’Ada 7 golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada
hari yang tidak ada naungan selain naunganNya . seseorang yang hatinya terpaut
pada masjid-masjid’. (Riwayat al Bulkhari)
’Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ
semula’,
(Riwayat
Malik)
Mendapat
Cahaya Pada Hari Kiamat
Rasulullah
saw bersabda ‘berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki
dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna
pada hari kiamat.’
(Riwayat al Tirmizi)
Lepas
Daripada Neraka dan Nifak
Rasulullah
saw bersabda ‘Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama
40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya 2 pelepasan daripada neraka dan
daripada sifat munafik’.
(Riwayat al Tirmizi)
Keluasan,
Kerehatan Dan Kemudahan
Rasulullah
saw bersabda ‘Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa
yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan
melepasi sirat menuju keredaan Tuhan’. (Riwayat al Baihaqi)
Layanan
Di Syurga
Rasulullah
saw bersabda ‘sesiapa yang berpergian pada awal waktu pagi atau petang menuju
ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga
setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang’.
(Riwayat Ahmad)
Mulia
Di sisi Allah
Allah
berfirman ‘demikianlah dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka
kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati ‘ (al Hajj 22:32) Dan Allah juga
berfirman ‘sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling
bertakwa’.
(Surah al Hujurat 49:13)
Sumber : Editorial Solusi
No comments:
Post a Comment