Google Ads

Monday 12 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 93

MENARIK DI DALAM
·        doa shortcut?
·        Malu Sebahagian Iman
·         8 Pintu Murah Rezeki
·        Hati-hati
·        Baiki Dunia Dengan Baiki Manusia
·        Wanita Yang Baik
·        7 perkara positif setiap hari
·        Rezeki



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dengan hambaNya. Tuhan yang sentiasa memperkenankan permintaan hambaNya dalam apa jua bentuk yang tidak pernah dijangka oleh sesiapapun. Subhanallah, Allah amat kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu kasihkan anak.

Sahabatku
Saya memetik ini dalam laman sosial. doanya seperti ini ‘Ya Allah, jika kesenangan membuat aku sombong. jika kebahagiaan membuat aku semakin lalai,  dan jika hidup tanpa masalah akan membuatku semakin jauh dari-Mu, Aku redha dengan keadaan ku kini. jika ini yang bisa membuat ku meraih redha-Mu, biar susah, sering di uji dan tanpa kesenangan, asal aku dalam perhatian-Mu Ya Allah’.

Sahabatku
Pernahkah kita berdoa seperti di atas? sempatkah kita berdoa seperti di atas? ada masakah kita? 24 Jam kita ke mana perginya jika doa kita ala kadar ’Ya Allah, ampunkanlah aku, mak dan ayah. berikanlah aku kebaikan di dunia dan akhirat’. itulah doa shortcut kita kan? selawat kepada Nabi pun tak sempat. kononnya kita sangat sibuk bukan? sibuk dengan apa? sibuk dengan kerja. mungkin sibuk dengan urusan dunia yang tak berkesudahan. betapa sombongnya kita di depan Allah.

Sahabatku
Kadangkala ujian yang kita dapat kita sandarkan kepada kesusahan dan kepayahan semata. jika kita senang, mudah, happy, enjoy, tiada masalah, itu kita tak anggap sebagai ujian. sedangkan kesenangan yang kita dapat itulah boleh menjauhkan kita dengan Allah. Pernah sakit tak? jika sakit, kita solat lama sangat, doa sangat kusyuk minta Allah sembuhkan kita, tapi jika kita sihat, solat pun macam lipas kudung, nak aminkan doa pun sambil lipat telekung, betapa kita tak berapa nak hargai nikmat kesihatan kita. 24 jam sebenarnya pembahagian 8 jam untuk diri kita, 8 jam untuk orang lain dan 8 jam untuk Allah. tetapi tepuk dada kita dan tanyakan adakah cukup 8 Jam kita untuk Allah pada setiap hari?. Sama-sama audit diri.
Editor , Norazila Khalid


HADIS 20
MALU SEBAHAGIAN IMAN
 Daripada Abi Mas’ud, Uqbah bin ‘Amr al Anshari al– Badri r.a berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenalimu orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah, jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu’. 

PENGAJARAN HADIS
1. Malu ialah ajaran yang telah disepakati oleh para Nabi dan tidak terhapus ajarannya
2. Jika seseorang telah meninggalkan rasa malu, maka jangan harap lagi ada kebaikan pada dirinya walau sedikitpun.
3. Malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu berpaksikan kepada kebaikan. Sesiapa yang banyak malunya lebih banyak kebaikannya dan siapa yang sedikit malunya lebih sedikit kebaikannya.
4. Rasa malu merupakan perilaku yang dapat dibentuk. Maka setiap orang yang memiliki tanggungjawab hendaklah memerhatikan bimbingan terhadap mereka yang menjadi tanggungjawabnya.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


8 PINTU MURAH REZEKI

 Jangan derhaka kepada kedua ibubapa

 Jangan bergaduh dengan saudara mara

 ‘ tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji’

 Sentiasa sembahyang sunat Dhuha

 Jangan tidur selepas solat subuh

 Selalu membaca doa Al Waqiah

 Rezeki ada dalam perkahwinan

 Rezeki ada pada anak. ‘Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan kepadanya iaitu antaranya ialah rezekinya, rezeki anak akan turun kepada ibubapanya.

 


HATI-HATI

Solat Bukannya

 Part Time, Some Time, Next Time, dan No Time

Solat Mestilah

 Full Time, On Time dan Over Time

Kerana Mati Boleh Berlaku

 Any Time




BAIKI DUNIA DENGAN BAIKI MANUSIA
‘Ha, lega.. Lepas solat baru rasa senang untuk buat perkara-perkara lain. Tak rugi saya makan dan minum sebelum solat’.
‘betul kata awak, tapi saya rasa ada yang lagi betul’.
‘apakah yang lebih betul?’.
‘yang lebih betul, kita berasa senang semasa mengerjakan solat, bukan selepas mengerjakannya ’
‘mengapa pula begitu?’
‘bayangkan kita perlu memindahkan satu barang penting yang sangat berat dengan memikulnya. Selepas berjaya memindahkannya dengan selamat tentu kita berasa lega bukan?. Bila kita akan berasa senang? selepas atau semasa memikulnya? tentu selepas berjaya memikulnya kan? Bayangkan pula awak seorang suami yang baru berkahwin. Isteri yang baru awak nikahi meminta awak menghantarnya ke tempat kerja. Semasa dalam perjalanan awak berbual dan berpegangan tangan. Sampai di sana awak ucapkan selamat tinggal. Bilakah awak rasa paling senang? Semasa atau selepas menghantarnya?. Tentu semasa menghantarnya ’.
 ‘apa maksud analogi awak’
‘begitulah perbezaan solat yang dilaksanakan atas dasar cinta atau terpaksa. orang yang bersolat atas dasar cinta umpama cinta suami kepada isterinya tadi. Manakala orang yang solat kerana terpaksa umpama orang yang memikul beban yang berat untuk dipindahkan. Orang yang melaksanakan solat dengan rasa cinta akan gembira, seronok dan tenang tatkala mengerjakannya. Sebaliknya, orang yang melaksanakan solat dengan terpaksa  dan takut berdosa akan berasa senang dan tenang selepas melakukannya. Mengikut kajian tidak rasmi, hampir 80% umat islam tidak menunaikan solat. Dalam hati mereka sudah tentu tiada perasaan terpaksa atau cinta untuk mengerjakan solat. Itulah punca utama kemungkaran yang semakin berleluasa dalam masyarakat’.  
‘mengapa awak berkata begitu?’.
‘bukan saya, tetapi al Quran. Bukankah solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar? solat yang tidak khusyuk pun tidak berkesan, apatah lagi jika tidak bersolat. Sekarang kita tahu betapa parahnya penyakit umat pada hari ini ’
‘kita selalu mendengar bahawa Negara ini semakin stabil. Pertumbuhan ekonominya bertambah baik dan pendapatan perkapitanya semakin bertambah. Bukankah itu satu kejayaan?’.
‘mungkin, itu kejayaan menurut ukuran manusia. Kejayaan menurut ukuran Allah terletak pada kesungguhan seseorang menjaga solat dan khusyuk semasa mengerjakannya’
‘intisari surah al Mukminun bukan?’.
‘ya’.
‘maksudnya, kita gagal pada pandangan Allah?’.
‘bukan gagal tetapi belum berjaya’
‘kita perlu lebih gigih berdakwah supaya lebih ramai yang menunaikan solat’.
‘tidak cukup dengan itu sahaja, tetapi perlu berusaha supaya ramai yang khusyuk dan menjaga solat. Itu baru berjaya!’.
‘Apakah dengan solat saja semuanya akan menjadi baik?’.
‘solat menjadi pemula kepada kebaikan. Untuk membaiki dunia kita perlu membaiki manusia. Untuk membaiki manusia, kita perlu membaiki hati. Untuk membaiki hati, kita perlu membaiki solatnya’.
Sumber : Beduk di ketuk 





WANITA YG BAIK
2 Solat fardu cukup 5 waktu
2 Menutup aurat dengan sempurna
2 Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dan sebagainya.
2 Mempunyai sifat keibuan yang penyayang.
2 Boleh melahirkan ramai zuriat (tak semestinya perempuan mandul tak baik, kerana ia sudah ketetapan Allah.)
2 Mahar perkahwinan yang rendah
2 Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri bila berhadapan dengan lelaki bukan muhrim.
2 Mempunyai sifat malu dan lemah lembut
2 Pandai memasak
2 Manghormati ibubapa
2 Sentiasa berusaha menjadi solehah dari hari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja.


         

7 PERKARA POSITIF SETIAP HARI
1. Cakap positif pada diri
2. Imej Positif tentang diri 
3. Melihat Orang dengan positif
4. Makanan minda positif dengan ilmu bukan dengan berita-berita sensasi
5. Perkembangan diri positif dengan seminar, latihan dan kursus
6. Tabiat kesihatan yang positif
7. Jangkaan positif

Prof. Muhaya
 



REZEKI
Kalau rezeki dari Allah terlambat maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezekiNya bagi anda. Kunci Syurga adalah sabar. Kunci Kemuliaan adalah rendah hati dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa.




No comments:

Post a Comment