Google Ads

Friday 30 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 129

MENARIK DI DALAM
·        Sifat-sifat Mazmumah
·        3 strategi Asas Dakwah
·        Bertaubatlah
·        Doaku Untukmu
·        Raih Keampunan dengan kemaafan


SIFAT MAZMUMAH

Sifat mazmumah menjadi ‘jalan mudah’ iblis untuk menghasut manusia.

 

 PEMARAH

Marah yang tidak dikawal menyebabkan hilang kewarasan pemikiran.

 

 MENURUTI NAFSU SYAHWAT

Nafsu syahwat laluan iblis untuk meniupkan ‘angin jahat’ yang menyebabkan manusia terjerumus ke lembah maksiat seperti zina, rogol dan seumpamanya.

 

 SOMBONG DAN TAKBUR

Disebabkan sombong dan ego, ramai manusia menolak kebenaran sehingga sanggup mengaku dirinya tuhan.

 

 BAKHIL

Iblis akan tanamkan sifat tamak yang melampau. Terasa berat tangan untuk menderma atau bersedekah.

 

 HASAD DENGKI

Tidak senang dengan kesenangan orang lain. Kalau seseorang dikurniakan nikmat, dia amat susah hati sehingga mendorong melakukan sesuatu yang tidak baik.

 

 JAHIL

Orang yang tidak berilmu mudah disesatkan oleh syaitan. Maka mari memperbanyakkan belajar agama Islam daripada para Ulama yang muktabar.

 

MORAL

Allah menyediakan banyak sifat mahmudah (baik) dalam diri manusia. Mengelakkan sifat mazmumah (jahat) bererti mengajak diri kepada kebaikan.

Sumber : hitamputih

 


3 STRATEGI ASAS DAKWAH
# Perlaksanaan Dakwah yang Pintar (pandai menawan hati dan menggunakan falsafah)
# Nasihat Yang Baik
# Perdebatan yang berkesan




ASMA UL HUSNA
21. AL BASITH(Maha Meluaskan)
Dibaca 10 kali selepas solat Dhuha, dgn Izin Allah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan diluaskan ilmunya.

22. AL KHAFIDH
(Maha Merendahkan)
Dibaca 500 kali dengan khusyuk dan tawaduk , dgn Izin Allah akan terlindung daripada perbuatan dan maksud jahat serta dikabulkan doanya.

23. AL RAFI’ (Maha Meninggikan)
Dibaca 100 kali sehari, dengan Izin Allah darjatnya akan ditinggikan.

24. AL MUIZ
(Maha Memuliakan)
Dibaca 140 kali slps solat Isyak pada setiap malam isnin dan jumaat dengan Izin Allah akan dipandang mulia oleh orang.

25. AL MUZIL
(Maha Pemberi Kehinaan)
Dibaca 75 kali , dengan Izin Allah akan dijauhkan daripada bahaya orang-orang yang akan berbuat jahat atau memudaratkan.
Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna   



BERTAUBATLAH
Setiap perkara yang menyentakkan kita daripada lamunan,menuntut kita segera bertaubat kepada Allah. Allah maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Walau kata maaf sukar dilafaz sesama manusia, ringankan anggota untuk bermaafan kepada Yang Esa.  

DOAKU UNTUKMU
             Ahmad dan Ali merupakan kawan baik dan mereka hidup berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis kerja untuk solat dan berdoa.  
            ‘apa doamu hari ini?’ tanya Ahmad kepada sahabatnya.  ’aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa’. Jawab Ali. ’Doa kau?’ Ali pula bertanya. Ahmad Cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa. keesokkan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. ’Alhamdulillah, doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri aku bonus pd hari ini’. ’Alhamdulillah, hari ni kau akan berdoa apa pula?’ Tanya Ahmad. ’Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin’. Jawab Ali. 
            Mereka berdua masuk ke masjid, solat dan berdoa. Sejurus usai solat, Ali bertanya ‘Kau doa apa hari ini?’ Ahmad senyum dan masih tiada jawapan. Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira. ‘syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampknya doaku makbul mad’.
‘tahniah Ali’. ‘Aku berdoa juga moga anakku slmt’. Kata Ahmad dengan muram. ‘kenapa dengan anak kau?’ ‘Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan’. ‘inshaAllah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat’. Kata Ali.
            Beberapa hari kemudian, mereka berbual selepas solat seperti kebiasaannya. ’bagaimana dengan anak Kau?’ tanya Ali. ’Macam tu juga. Keadaannya Cuma bertambh baik sedikit sahaja’. ’Doa banyak lagi Ahmad. Aku tak sangka doaku makbul tapi kau’ ’kenapa dengan aku?’’Mad, aku lihat domu tidak mustajab’. Ahmad tersenyum. ’Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih lagi boleh tersenyum?’ ‘Sebenarnya, doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah’. ‘doa yang mana satu. Sebab aku lihat tiada apa-apa perubahan pada kau’.’doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya’.

Pengajaran
Doa kita untuk sahabat, saudara mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya dalam hal ini jarang kita buat. Manusia selalunya mementingkan diri, walaupun dalam donya kepada Allah.
Sumber : Angguk Geleng






RAIH KEAMPUNAN DENGAN MEMAAFKAN
Siapakah kita jika dibandingkan dengan Allah yang merasa terlalu ego untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain? Apakah kita terlalu suci, baik dan sempurna sehingga tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain? Sedangkan Allah yang Maha Agung pun sudi memaafkan kesalahan hambanNya, apatah lagi kita. Allah sudi mengampunkan bukan sekali, tetapi berkali2.




           


KALAU AKU BUAT DOSA
 Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
 Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
 Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
 Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
 Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
 Terasa sempitnya dadaku.
 Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
 Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
 Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
 Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
 Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
 Hanya  kehinaan yang layak buat diriku.
 Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
 Aku diselubungi kelaknatan.
 Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
 Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
 Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
 Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
 Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
 Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
 Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
 Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
 Ya Allah, aku ingin bertaubat..Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan…
Sumber : Ibn AlQayyim




No comments:

Post a Comment