Google Ads

Thursday 22 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 114

MENARIK DI DALAM
·        Aku lebih baik?
·        Ya Tuhan
·        Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan?
·        Paku Yang Lekat Di Hati
·        Hati-Hati
·        Kelebihan Mencintai Al Quran
·        7 Golongan Manusia Yang Mendapat Naungan Allah di Hari Akhirat
·        Orang Bodoh



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mengetahui apa yang ada dalam hati manusia. 

Sahabatku
saya ada terbaca ini. hamba Allah yang sebenar ialah dia sentiasa merasa manusia lain lebih baik dari dirinya.  Subhanallah.  alangkah sukarnya merasa begitu kan?

Sahabatku
terkadang kita rasa kitalah yang lebih baik . dengan melihat secara umum. sedangkan kita tidak tahu apa sebaliknya  berlaku. kita fikir kita sudah datang awal ke tempat kerja berbanding dengan kawan kita itu. sedangkan dia sebenernya mungkin lebih baik kerana dia bertungkus lumus menyiapkan keperluan keluarganya di rumah dan bersungguh dalam melakukan kerja di tempat kerja. dan mungkin yang lain pula walaupun terlewat sedikit datang ke tempat kerja, mungkin dia lebih baik kerana telah banyak mengeluarkan sedekah berbanding kita yang agak berkira-kira ini. fikirkan.

Sahabatku..
oleh itu.  sangat penting melihat diri orang lain lebih baik daripada kita kerana ia mengelak dari sikap riak, takbur dan ujud. sentiasa fikirkan ORANG LAIN LEBIH BAIK DARI KITA. maka kita akan memperbanyakkan amal, menyorok kebaikan, memperbanyakkan zikir dan istighfar.. bayangkan jika semua orang berfikiran begini. maka dunia ini penuh dengan orang yang tawaduk. yang rendah hati dan sentiasa berharap hanya kepada Allah. 
Editor , Norazila Khalid

TUHAN...

Ya Allah..  Bukakan PINTU RUMAH HATI ku yang terkunci dengan KEREDHAANMU

Ya Allah.. Muatkan rumah hatiku dengan RUANG TAMU  keimanan, DAPUR kezuhudan, BILIK ketakwaan…

Ya Allah, hiaskan rumah hatiku dengan pasu bunga kasih sayang, CERMIN kesabaran, LAMPU kebenaran...

Ya Allah, serikan suasana rumah hatiku dengan suasana KETENANGAN dan KECINTAAN kepada MU..

 

 


BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN

 

 Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

 Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.

 Jangan berlebihan, tetapkan had.

  Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.

 Jangan bazirkan masa dengan bergossip.

 Bermimpilah ketika anda berjaga.

 Mengagumi Cuma membuang masa, anda sudah ada apa yang anda perlukan.

 Lupakan kisah lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapannya di masa lampau. Ia Cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.

 Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa.

 Berdamailah dengan masa lalu agar ia tidak merosakkan hari ini.

  Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan kecuali anda sendiri.

 Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar.

 Lebihkan senyum dan ketawa.

 Anda tidak perlu selalu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk tidak bersetuju.

 Kerap menelefon ahli keluarga.

 Setiap hari berikan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri.

 Maafkan semua orang untuk segala-galanya..

 Luangkan lebih banyak masa dengan orang yang berusia 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

 Cuba buatkan sekurang-kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.

 Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda.

 Sentiasa berhubung baik dengan keluarga dan kawan-kawan.

 Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.

 Allah akan mengubati segala-galanya.

  Buat perkara yang betul

 Bagaimana baik atau buruknya sesuatu situasi itu.ia akan berubah

 Walau bagaimanapun yang anda rasa, anda masih perlu bangun,siapkan diri dan bersedia.

 Yang terbaik masih belum tiba tetapi akan tiba

 Hapuskan perkara-perkara yang tidak cantik, tidak berguna dan tidak menggembirakan

 Bila anda terjaga di pagi hari, maka berterima kasihlah kepada Allah

 Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. 

 


PAKU YANG LEKAT DI HATI
             ‘Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita’ nasihat seorang ibu kepada anaknya.
‘ saya tahu itu salah , ibu. Tapi, saya cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu’. Balas si anak.
‘tetapi perbuatan kamu menyakiti hati orang anakku’.Kata ibu lagi.
‘saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu’.
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk itu.
‘kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti’. Tanpa membantah anak itu setuju.
‘begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang , kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf , kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!’ ‘Baik ibu’.
            Bebarapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. ‘lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?’ ujar si anak dengan bangga. ‘ semuanya telah saya cabut. Memang ramai orang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya selepas saya meminta maaf’.
‘Betul kamu sudah minta maaf san mereka memaafkan kamu, tapi sedarkah kamu?’ ‘Maksud ibu?’
‘Cuba kamu tengak dinding ini, semuanya sudah berlubang, calar dan ’berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai, ada parutnya, anakku’.
            Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati atau anggota badan itu sukar diubati daripada luka di tangan.

Angguk Geleng




HATI-HATI

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka .

Nauzubillah.

 

 


KELEBIHAN MENCINTAI AL QURAN
 Tidak nyanyuk sampai hari tua
 Walaupun diri semakin tua, tapi makin dihormati dan disayangi dan ditempatkan di di tempat yang baik-baik.
 Tidak susah hati bila tua, jika ditakdirkan tiada anak yang dapat menjaga dirinya, tetapi akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini janji Allah.
 Dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat.
 Wajahnya bercahaya dan mesra untuk didekati.
 Orang yang membaca al Quran tidak dihina.
 Pengamal al Quran hidupnya nampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga.



           


7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI HARI AKHIRAT

O Pemimpin yang adil
O Pemuda yang menjaga solat, serta melaksanakan sunnah Nabi saw.
O Seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid (selalu solat berjemaah 5 waktu di masjid)
O 2 orang yang saling menyintai kerana Allah yang mereka berkumpul keranaNya, dan juga berpisah keranaNya.
O Seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita bangsawan lagi cantik untuk berbuat maksiat lalu dia menolak dengan berkata ‘Aku takut kepada Allah)
O Seorang yang bersedekah dengan diam-diam sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan.
O Dan seseorang yang berzikir atau mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga dia menangis.


ORANG BODOH.

Jangan sesekali hiraukan orang yang berbicara buruk dibelakang anda . kerana merekalah yang bodoh, menghabiskan waktunya memikirkan tentang anda.

 

 

 





No comments:

Post a Comment