Google Ads

Wednesday 30 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 70

MENARIK DI DALAM
·        Tiket ke syurga
·        Hati
·        Cintai Rasulullah
·        Mahal
·        Gaya vs Syariat
·        Tangisan Iman
·        Audit Diri Dalam Penggunaan ICT
·        Sudah Tersungkur Baru Akur

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabatku
pernah dengar tak istilah atau ungkapan ini. jangan kita minta dengan Allah hidup yang senang, tetapi mintalah hati yang tabah utk menghadapinya. saya amat suka sekali dengan ungkapan ini. sangat benar, tepat dan betul, kehidupan kita ini sememangnya untuk diuji kan? dan, dah nama ujian mestilah susah,betul tak? kalau ujian senang baik jangan buat ujian, semua mudah, semua senang, semua pelajar lulus dan semua pelajar dapat A contohnya, baik jangan buat ujian, memang ujian adalah sesuatu yang sukar, teringat akan firman Allah bahawa tidak dikatakan seseorang itu beriman sehinggalah dia diuji.

Sahabatku
pernah juga saya dengar tentang hal seperti ini, nak tengok macammana perangai sebenar seseorang, ujilah sewaktu perut sedang lapar. confirm akan terserlah sikap sebenar orang tersebut. jadi, sebaiknya, kita meminta agar Allah menjadikan hati kita tabah mengharungi sekecil-kecil dan sebesar-besar ujian dalam kehidupan kita ini. bukan mudah menghadapi hidup kerana ia menjadi tiket ke SYURGA yang sangat Indah.                      
  Editor, Norazila Khalid




HATI
Hati organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah terletak niat seseorang. Niat yang ikhlas akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit , buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang rosak. Justeru, hati amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa.


MUTIARA KATA
Rasulullah saw merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda berjuang habis-habisan untuk menyampaikn ajaran Islam—agama yang menyelamatkn manusia di dunia n akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, tetapi baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah, kita tidak bertepuk sebelah tangan. Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.

                  

MAHAL

        Tidak cukup merungut, kita bersungut dan mengeluh apabila harga barangan atau produk yang dijual dikedai atau di pasaraya terlalu mahal. Harga yang ditawarkan tidak padan dengan wang poket yang disimpan. Apabila tidak mampu membeli  barang yang diidam-idamkan kita sekadar memandang dan pulang dengan tangan kosong.

        Tetapi, tidak hairanlah jika barang yang tidak dapat dibeli itu daripada kualiti yang tinggi n berjenama. Padanlah dengan harganya yang mahal dan hanya dibeli olah orang yang mempunyai wang yang banyak. Kenalah dengan gaya dan orangnya.

        Nikmat syurga diulang-ulang di dalam Al-Quran, nampak seperti mudah untuk mencapainya. Benar, bukan mudah untuk meraih syurga Allah, tetapi ia bukan juga mustahil untuk ke sana. Biarpun harga ‘tiket’ ke syurga sangat mahal , garis panduan untuk ditempatkan di dalamnya turut sama dinyatakan di dalam al-Quran.

        Ayuh, bermujahadahlah dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ganjaran syurga. Tanamkan cita-cita dan matlamat untuk meraih keredaan Allah.

        Mahalkah syurga? Ya, keperitan bermujahadah ‘di bayar tunai’ dengan nikmat syurga.

Sumber : viceversa

       


GAYA VS SYARIAT
Sebahagian daripada gaya yang ditampilkan menggunakan banyak tudung yang dililit ke sini dan ke sana , malah tudung yang panjang menjadi pendek, dan tidak menutup bahagian ‘aib’ pada tubuh wanita. Jika kreativiti seni dan kehendak manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau nilaian , maka akan berlakulah kekacauan dan kepincangan. Kerana sesungguhnya kebanyakan manusia memilih untuk lebih mendapat penghargaan manusia, bukannya keredhaan Allah. Yang mana satu pilihan anda? Gaya atau syariat?


TANGISAN IMAN
            Untuk melakukan ketaatan, kita perlu memperuntukkan masa bagi memastikan amalan yang kita lakukan sempurna. Kita mahu lakukan yang terbaik kerana Allah, tetapi masa yang diambil hanya mahu menarik perhatian dan mendapatkan penghargaan dari manusia. Pastinya nilai kedua-dua perbuatan tersebut berbeza di sisi Tuhan.
            Muslimah yang memakai tudung dengan sempurna dan menutup tubuh, berpakaian labuh, berstoking tangan bagi lengan baju yang lebar, berseluar longgar atau berkain yang tidak menampakkan tubuh badan dan berstoking menutup kaki pasti sukar dan mengambil masa. Kita perlu yakin atas rahmat Allah bahawa setiap ‘susah payah’ mentaati perintah Allah, ganjaran berlipat ganda yang sesuai dengan kesabaran dan kerelaan kita pada perintah Allah.
            Tetapi, jika masa banyak terbuang kerana ingin menggayakan fesyen yang unik, berbeza dan menyerlah , tudung yang sepatutnya menutup kecantikan tidak lagi berfungsi sebagaimana tuntutan yang Maha Esa.
            Pada ketika wanita mengenakan fesyen dan gaya yang pelik, bertudung dengan tidak sempurna menutup tubuh serta berhias berlebihan, yakinlah syaitan sudah mula bersorak riang, nafsu pula gembira dengan ledakan tawa atas kemenangan  mengalahkan iman.
            Iman kita sudah terhenyak jauh ke dalam, menangis dan merintih agar kita kembali sedar daripada tipu daya iblis terhadap wanita. 
           



AUDIT DIRI DLM PENGGUNAAN ICT
1. Mematuhi waktu solat apabila sedang menggunakan komputer dan melayari internet.
2. Tidak menggunakan kepakaran dalam ict untuk mencari rahsia dan maklumat peribadi orang lain.
3. Memanfaatkan pengetahuan ict ke arah kebaikan.
4. Menyebarkan ilmu dan dakwah islam secara baik kepada masyarakat.
5. Mencipta perisian komputer yang dapat membawa masyarakat mendekati Islam.
6. Tidak menyebarkan berita palsu sama ada isu semasa  ilmu yang tidak benar.
7. Memelihara maruah dan hak pengguna lain dengan tidak menyebarkan keaiban mereka.
8. Bertindak adil antara rakan alam maya dengan rakan alam nyata.
9. Tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan ict apabila leka menggunakan ict.



SUDAH TERSUNGKUR BARU AKUR
‘Kalau aku dapat pencuri kereta aku, aku akan kerat 4!’
‘begitu geram, marah?’
‘Yalah, dengan kereta itulah aku mencari rezeki, menghantar anak kesekoloh dan balik kampung. ia seolah-olah nyawa kepada keluarga’
‘sampai nak kerat 4?’
‘confirm! Kalau dapat aku tak lepas ’

Melihat dia marah-marah begitu saya ‘tersenyum’ dalam hati. Betapa tidak, saya memang mengenalinya sejak IPT lagi. masih segar dalam ingatan saya perbualan kami 5 tahun lalu. Ketika itu beliau sangat sinis dengan hukum hudud.

‘Bagi aku ayat Quran tentang hudud perlu tafsiran semula. realiti dunia berubah’
‘mengapa begitu. Syariat itu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap zaman dan masa’.
‘kejam sangat. Curi saja, potong tangan. Habis macammana pencuri tu nak meneruskan hidup?’
‘Tuhan juga memberi kita akal, kita gunakanlah akal untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukumNya mengikut peredaran keadaan dan masa’
—————————————————————
‘kau berubah?.’
‘berubah apanya?’
‘kau dah menyokong hudud sekarang, tak simpati dengan pencuri kereta kau?’.
‘bukan tak simpati tapi’
‘tapi geram? marah? Kau terasa dizalimi , dikhianati bukan? Hudud tak sampailah kerat 4. hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik pencuri  dan menegakkan keadilan buat masyarakat. Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita jadi mangsa curi , rompak, ragut, zina dan rogol, barulah kita jadi menyokong hukum Allah ’
Sumber : Beduk di Ketuk





DOA DARIPADA RASULULLAH
Lihatlah, betapa cinta Rasulullah saw apabila baginda berkata kepada seorang sahabat , Muaz Bin Jabal :
‘Wahai Muaz, aku sangat menyintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau terlupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini, maksudnya
‘Ya Allah, bantulah aku mengingatiMu, mengsyukuriMu, dan memperbaiki ibadah kepadaMu’
 (Riwayat Ahmad)



No comments:

Post a Comment