Google Ads

Friday 11 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 25

MENARIK DI DALAM
Ø lifestyle selari dengan al Fatihah?
Ø Biografi tamat dengan happy ending?
Ø Musibah
Ø Manfaat ‘Day Napping’
Ø Mengawal Rasa Marah
Ø Tanda Kebesaran Allah Bagi KaumYang Mengerti
Ø Aurat oh Aurat
Ø Tip mengurangkan Tekanan


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi

Sahabatku
Melihat kembali kepada makna di dalam surah al-fatihah yang kita baca saban hari setiap kali menunaikan solat, di setiap rakaa,  membuatkan jiwa gementar dan sesekali terasa sebak.

Sahabatku
Ini dia lebih kurang maknanya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Yang Menguasai Hari Pembalasan. Hanya KepadaMu Ya Allah, kami MenyembahMu Ya Allah,
Hanya KepadaMu Kami Mohon Pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang kau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan pula jalan mereka yang sesat.

Sahabatku
Renung kembali maksudnya dan semaklah kembali kita punya ‘lifestyle’, adakah kita yakin sesungguhnya Allah  yang menguasai Hari pembalasan dan yang akan membalas segala apa yang kita lakukan di dunia? Soalan Yang paling penting, adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk menghadap Ilahi?

Editor, Norazila Khalid

RENUNGAN
Mati dalam iman menjadi impian dan harapan setiap muslim. Husnul khatimah (kesudahan yang baik) perlu diusahakan dari awal usia kerana mati itu datangnya tiba-tiba. usahakan agar biografi hidup kita tamat dengan ’happy ending’
                  

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah perang pertama yang tercetus antara orang muslim dan kafir Quraisy?
2. Siapakah pengembara muslim  terkemuka?
3. Siapakah wanita pertama yang membaiah dengan Rasulullah?
Jawapan di akhir edisi ini 


DOA WAKTU DITIMPA MUSIBAH
‘Innalillahiwainna lilla hirajiunnn, Allahumma’ jurni fi musibatii waikhfiflii khiran minha’

‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (Pada Hari Kiamat). Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantikan aku dengan yang lebih baik (dari musibahku).

Hakikatnya manusia akan sentiasa melalui ujian dalam hidupnya dan hebatnya kedudukan orang mukmin disisi Allah ialah mereka sentiasa mendapat pahala, iaitu mereka akan bersyukur apabila beroleh nikmat dan bersabar apabila menerima ujian.
Firman Allah
‘Demi sesungguhnya, kami akan uji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan , dan (dengan berlakunya) kekurangan harta dan (kematian) jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar .    
                      (Surah Al-Baqarah 155)         

8 MANFAAT ‘DAY NAPPING’

 Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja atau belajar.

 Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

 Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan

 Baik untuk jantung dan kesihatan

 Meningkatkan fungsi kognitif

 memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman

 Menjadikan minda lebih kreatif

 Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar  

Sumber : Solusi isu 29



MENGAWAL RASA MARAH
1. Elakkan sebarang tingkahlaku yang  agresif
cth: menampar, menumbuk ,memarahi
2. Jangan jadi pasif.                                                      
Fikir bagaimana menyatakan rasa tidak setuju
3. Kenali pemetik api kemarahan.                        
Kenalpasti punca dan sebab mengapa anda boleh marah.  
4. Tutup pekung-pekung  yang mudah meletup.                            
 Kenalpasti simpton- simpton kemarahan anda
5. Jangan mengidap ‘sindrom 3 segi’                                       
 iaitu dia tidak mahu berdepan dengan orang yang dia marah sebaliknya mencari orang ketiga untuk melampiaskan kemarahannya
6. Bertanyakan soalan.                                             
Tidak digalakkan memberi pendapat dan kenyataan kerana anda cenderung untuk tersilap cakap ketika marah
7. Tarik nafas dan bertenang.                                   
Cuba tenangkan tubuh dan minda anda





TERJEMAHAN AL QURAN
TANDA KEBESARAN ALLAH BAGI KAUM YANG MENGERTI

 4. Dan Di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan , kebun-kebun anggur. Tanaman-tanaman, pohon-pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama,,tetapi Kami(Allah) lebihkan tanaman yang satu lagi dari segi rasanya. Sungguh yang demikian terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.
5. Dan jika kau merasa hairan, maka yang menghairankan adalah ucapan mereka, ‘ apabila kami menjadi tanah,apakah kami akan (dikembalikan) menjadi makhluk yang baru?’mereka itulah yang ingkar kepada tuhannya, dan mereka itulah yang (dilekatkan)dibelenggu dilehernya. Mereka adalah penghuni Neraka dan mereka kekal di dalamnya.
6. Dan mereka meminta kepadamu agar dipercepatkan (datangnya) siksaan, sebelum (mereka meminta) kebaikan, padahal telah terjadi bermacam-macam. contohnya siksaan kaum sebelum mereka,Sungguh Tuhanmu benar-benar memiliki ampunan atas kezaliman mereka dan sungguh Tuhanmu sangat keras siksaanNya.
7.Dan orang-orang Kafir berkata ‘Mengapa tidak diturunkan kepadamu (Muhammad) suatu tanda (mukjizat)dari Tuhanmu?;Sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah seorang pemberi peringatan, dan setiap kaum ada yang  diberi petunjuk.
8. Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap wanita, apa yang kurang sempurna dan apa yang ditambah di dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran disisiNya.
9. (Allah) yang mengetahui setiap yang Ghaib Dan yang Nyata, Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha Tinggi.
10. Sama saja (bagi Allah) sesiapa diantaramu yang merahsiakan ucapannya dan sesiapa yang berterus terang denganNya , dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan siapa yang berjalan pada siang hari.
11. Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat  yang menjaganya bergiliran dari depan dan belakang. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhn ya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki  keburukan terhadap sesuatu kau, maka tidak ada sesiapa yang dapat menolaknya dan tiada pelindung bagi mereka selain Dia (Allah).

SURAH AR RA’D  (AYAT 4-11)
  ADAKAH KITA DALAM GOLONGAN ORANG YANG MENGERTI?



MUTIARA KATA
‘Ajarlah dan kita akan  menerima manfaatnya’

Robert T. Kiyosaki
         


AURAT OH AURAT
Batasan aurat seorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walaupun begitu , mereka dikehendaki menutup mana-mana bahagian tubuh yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun dengan mahram sendiri. Ini bertujuan untuk mencegah berlakunya perbuatan sumbang mahram.

Sebagai contoh: dengan selamba, seorang Adik perempuan ‘freeshow’ berkemban selepas mandi di depan abang kandung sendiri.



TIP MERINGANKAN TEKANAN APABILA DITIMPA UJIAN DAN MUSIBAH

¤ PENGHAPUSAN DOSA
Ingatlah bahawa segala ujian dan tekanan yang berlaku itu bertujuan untuk menghapuskan dosa.

¤ MENINGKATKAN DARJAT
Musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat atau kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

¤ MENGINGATI ALLAH
Ujian yang berlaku menyebabkan seseorang itu ingat dan menjadi lebih dekat dengan Allah

¤ MENSYUKURI NIKMAT
Bayangkan nikmat-nikmat  lain yang Allah kurniakan kepada kita sebelum ini. Lebih banyak dari musibah kecil yang sedang melanda ini bukan?

¤ BERASA UJIAN KITA LEBIH RINGAN
Mengingatkan kita bahawa ujian yang menimpa orang lain jauh lebih berat daripada apa yang kita deritai sekarang.

¤ ALLAH MENYAYANGI KITA.
Ujian yg berlaku merupakan tanda cinta Allah kpd hambaNya. Sabda Nabi saw
‘Barangsiapa dikehendaki Allah bgnya kebaikan, mk akn diberikan cubaan pdnya’. (Riwayat al-Bukhari)

Sumber : HMFK


JAWAPAN TRIVIA
1. Perang Badar
2. Ibn Batutta
3. Fatimah Binti Asad



No comments:

Post a Comment