Google Ads

Friday, 8 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 211

MENARIK DI DALAM
·        Rahsia ‘panjang’ Umur
·        Sangka Baik Dalam Interaksi
·        Berat
·        Terima Kasih
·        Sindrom Dosa
·        Jom Amal
·        Sifat Penghuni Syurga

BAZIR MASA VS BAZIR USIA
Usia kerap dipersia2siakan sama ada secara sedar ataupun tidak. Bayangkan, jika paip di rumah kita rosak dan air sentiasa mengalir dari muncungnya tanpa dapat diberhentikan, kita akan cepat2 memanggil plumber (tukang paip) untuk membaikinya. Kita akan bertindak dan kita terpaksa membayar lebih drpd kebiasaannya. Manakala sebagai ibubapa yg prihatin kita selalau berpesan kpd anak2 untuk menutup suis lampu, kipas, computer @ alat2 elektrik yg lain jika tidak digunakan lagi untuk mengelakkan bil elektrik yg melambung tinggi. Kita katakan kpd mereka agar jangan membazir.!. Malangnya sikap yg sama tdk kita tunjukkan terhadap pembaziran masa. Bukan sahaja anak2 kita dibiarkan membazir masa , malah kita sendiri sering membazir masa dengan perbualan kosong, aktiviti2 yg lalai dan tidak berfaedah tanpa merasa dan bersalah. Padahal membazir masa ertinya membazirkan usia.. Ironinya, kita tdk berasa begitu kerana kerugian atau pembaziran itu tdk nampak dalam bentuk wang ringgit. Namun hakikatnya, dengan membazir masa kita kehilangan sesuatu yg lebih berharga drpd harta benda. Apakah kerugian itu?Ya, umur kita! Usia yg tersia2 tdk dapat dikembalikan berbanding wang yg terbazir. Wang masih boleh dicari ada membuat perumpamaan bahawa kaki kita boleh memijak air yg sama pada air sungai yg mengalir. Sekali dipijak, air yg kita pijak itu akan terus mengalir ke hilir tanppadapa dipijak lagi buat kali yg ke2. maka begitulah usia yg berlalu, tidak akan dapat dikejar semula walaupun dengan menggunakan jet supersonic yg paling laju sekalipun.
Pesan hati Untuk Hati


SANGKA BAIK DALAM INTERAKSI

Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi dengan seseorang bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat yg baik2 jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal2. itulah prejudis. Satu sikap yg negatif yg merosakkan perhubungan yg baru bermula atau yg lama telah terjalin. Tidak sewajarnya kita tidak suka akan seseorang tanpa asas yg kukuh dan jelas. Org yg sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yg pernah diungkapkan oleh org bijak pandai. Kekadang belumpun mula berkenalan, apalagi bercakap2, baru melihat wajahnya sahaja terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum org lain dengan’fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yg telah kita perbaiki berkali2? Ya, Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yg sgt terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yg kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan Yang Maha Sempurna pun tidak kejam. Allah sentiasa membuka ruang untuk hamba2Nya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadhan nan barakah, haji yg mabruru seseorang dijanjikan bersih daripada segala dosa lampau lalu menjadikannya persis bayi yg baru dilahirkan?

 

Solusi

 

 

 


BERAT
Sangat bagus merasakan berat hati utk melakukan hal2 yg dilarang oleh Allah swt. Tetapi alangkah malangnya jika berasa berat utk melaksanakan suruhan Allah. Keberatan yg akan mengakibatkan kitan diseksa dengan amat dahsyat di akhirat kelak. Jangan pula terasa amalan di dunia sudah banyak dan berat timbangannya, tetapi ketika di akhirat jadi seperti debu yg berterbangan. Disebabkan sifat mazmumah yg ada di dalam diri, kebaikan yg banyak tidak bererti. Justeru hiduplah kita sebagai hamba yg taat kpd Tuannya. Sedikit berat yg dirasakan di dunia , diringankan drpd azab di akhirat. Pilihlah kehidupan yg begini drpd di dunia nampakringan, tetapi di akhirat merana kerana seksaan yg tiada pertolongan. Setiap amalan yg kita lakukan akan menjadi ‘pemberat’ di neraca akhirat. Tugas kita di dunia bekerja bersungguh2 dan beramal supaya berat neraca pemberat di akhirat.



TERIMA KASIH 
            Haji Mad sudah lupa bila kali terakhir dia mengucapkan terima kasih kpd isterinya sejak 20 tahun lalu. @ barangkali belum pernah sekalipun? Bagaimanapun, ceramah di surau tadi sangat menyentuh hatinya. Benar kata ustaz, betapa banyak pengorbanan isteri yg tdk ditagih. Sekalipun bukan intan permata, balaslah dengan pujian dan terima kasih. Haji Mad sudah menanam sebuah azam baru. Tiba di rumah, makan malam telah terhidang. Menu nasi goreng ikan masin kegemarannya. Dia pun menyuapkan nasi dimulutnya. Memang sedap. Bukan dibuat2. oh, betapa dia tdk perasan selama ini masakan isterinya sebegini sedap. Benarlah kata ustaz, kalau kita melihat yg baik, kita akan lihat yg baik2. ‘Fuh, sedap sungguh nasi goreng ini. Pedas, masin, manis cukup lengkap. Kalah kedai tom yam’. ‘Hai abang! Dah berpuluh tahun kahwin tak pernah abang puji masakan Mah. Hari ini lain macam pula’. ‘Abang ikhlas ni. Memang sedap betul nasi goreng ni’. ‘Abang jangan nak menggatal! Ni Nasi goreng Che Tipah janda belakang rumah yg bagi!’

Pengajaran
Kadangkala perubahan ke arah kebaikan di salah erti. Jangan berputus asa. 
Sumber : Angguk Geleng






SINDROM DOSA
1. Berasa jauh drpd ilmu; sudah lama tidak menghadiri pengajian atau membaca buku agama.
2. ‘Liar’ dan menjauh dari sumber kebaikan; berat hendak pergi ke masjid, segan hendak mendekati org baik2 dan sebagainya.
3. Lemah jiwa; makin menjadi2 perasaan takut, pengecut, bimbang, resah dan seumpamanya.
4. ‘pendek umur’;hidup ini rasa tidak bahagia. Dirasakan banyak perkara yg negatif daripada positif.
5. Hina diri. Org kerap melayan kita secara rendah.



JOM AMAL DOA INI
‘Allah,buatkan kami mencintai iman dan hiaskannya dengan hati2 kami. Buatkan kami membenci kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami dlm golongan al rasyidin’.
(Riwayat Ahmad dan al Nasai’)




           


SIFAT2 CALON PENGHUNI SYURGA (2)
◊ Menanti Kematian
Seseorang mukmin menanti kematiannya setiap saat. Manusia ibarat perantau sahaja di dunia ini. Seorang mukmin itu memandang kehidupan di dunia ini hanya selintas/sekejap sahaja, lalu membayangkan cita2nya yg akan diakhiri dengan kematian. 

◊ Memiliki Kekayaan Hati
Kekayaan yg hakiki adalah kekayaan jiwa, iaitu org yg merasa cukup dengan apa yg dimilikinya. Tidak sedikit org yg kelihatannya kaya, pada hal hatinya miskin dan mengharap apa ygdimiliki oleh org lain. Betapa banyak org yg nampaknya fakir tetapi hatinya tenang bersama Allah dan merasa cukup dlm pandangan manusia. Inilah kaya yg sesungguhnya.

◊ Menjauhi Sikap Meminta2
Seorang mukmin itu tidak meminta2 sesuatu kepada sesamanya melainkan dengan usahanya sendiri. Dia tdk akan menyibukkan dirinya utk memenuhi keperluannya. Dia merasa senang sementara keperluan tersimpan di dlm dadanya.

◊ Menahan Diri Daripada Segala Yang Bersifat Duniawi
Dia tidak memandang dirinya mulia dan berkuasa drpd org lain. Dia akan berkumpul bersama org miskin serta berusaha memenuhi undangan semampunya.

◊ Merendah Diri Dengan  Sesama Mukmin
Kerendahan seorang mukmin terhadap dirinya mencerminkan kemenangannya. Tabiat jiwa akan selalu menyenangi kekuasaan dan kemenangan apalagi terhadap org2 yg lemah. Akan tetapi org2 yg beriman akan selalu mengawasi dirinya  dan melawan hawa nafsunya. Dengan demikian, Dia merendahkan dirinya terhadap saudara2nya sbg tanda kasih sayang, kelembutan dan  keramahan.

◊ Tegas Dan Keras Terhadap Org2 Kafir
Seorang mukmin mengangkat kepalanya dengan bangga dan gagah di hadapan org2 kafir, menghadapi mereka tanpa takut dan gentar. Kerana sumber kekuatannya berasal drpd Allah dan keteguhannya pd Al Quran.

Sifat Calon Penghuni Syurga






           




Thursday, 7 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 210

MENARIK DI DALAM
·        Rahsia ‘panjang’ Umur
·        Didik Diri Sangka Baik
·        Musang
·        3 Panduan untuk menguasai al Quran
·        Hijrah Hati
·        Sifat Calon Penghuni Syurga

RAHSIA ‘PANJANG’  UMUR
Rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan. Impaknya dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Mereka sentiasa kreatif dan inovatif dalam menambah amal kebaikan. Salah satu lagi petua untuk panjang umur ialah mati syahid. Para sahabat Rasulullah panjang umur (dalam kebaikan dan pahala yang berterusan) kerana mereka sangat mencintai mati. Aneh, orang yang cinta akan mati umurnya panjang. Manakala orang yang cinta hidup, pendek pula umurnya. Selamat panjang umur bererti selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, dan selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah maksud panjang umur yang mesti kita hargai dan syukuri. Masih dapat hidup ialah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup ialah nikmat yang biasa-biasa. justeru, ramai yang tidak berterima kasih kepada Tuhan kerana masih dihidupkan. Dapat bangun dari tidur dan hidup lagi pada hari pada setiap hari wajib disyukuri. Hal ini demikian kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur pada malamnya, terus tidak bangun-bangun lagi kerana ajalnya telah sampai.? Walau bagaimanapun cara mensyukuri nikmat hidup tidak cukup sekadar membaca doa sahaja. Tetapi apa yang lebih penting ialah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadi gunakanlah hidup untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Jadi gunakan umur untuk melaksanakan ibadah—samaada ibadah khusus, umum mahupun ibadah sunat.


DIDIK DIRI BERSANGKA BAIK

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. Orang yang baik akan dapat melihat kebaikan, demikian sebaliknya yang akan berlaku pada orang yang jahat. Soalnya, buka ‘apa ‘ yang kita lihat tetapi ‘bagaimana’ kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihatnya bergantung kepada siapa diri kita –who you are determine how you see. Sesuatu yang dilihat sebagai masalah pada seseorang, boleh dilihat sebagai peluang oleh orang lain. Untuk mendapat pandangan yang positif, pakar-pakar motivasi sering berpesan ’seseorang melihat ke luar menerusi apa yang ada dalam fikiran dan hatinya. Sebab itu jangan tergesa-gesa hendak membetulkan luaran, jika dalam diri belum dibetulkan’. Dalam proses berinteraksi dan berkomunikasi, sangat penting menilai seseorang dengan nilaian yang positif.  Dahulukan dengan bersangka baik, barulah kita akan mendapat kebaikan daripada perhubungan itu. Namun bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulang kali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?. Soalan itu sangat sukar di jawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahajalah, akal dan rasa hati kita tidak kebal daripada bujukan nafsu dan itpu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun kekurangan dan kelemahan hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil pengajaran daripada orang yang arif. Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah. Demikian pesan para ulama. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran, berdoa dan bertawakkallah. Jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk tidak mengulangi kali kedua. Risiko itu yang terpaksa kita hadapi apabila bergaul dengan manusia yang beraneka ragam. Kita mesti bersabar dengan kerenah mereka sepertimana mereka bersabar dengan kerenah kita. Jalan-jalan menuju keredaan Tuhan meliuk lentok di celah-celah simpang siur kerenah insan. Maafkan mereka jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia medan Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha dan sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk Akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya. Kita mesti berpegang dengan prinsip ini ‘jangan Cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah ‘penggeraknya’. insyaAllah jika itu yang tersemat di hati, akan redalah sedikit kemarahan, akan teduh sementara jiwa yang bergongcang. Semoga kita terus bersama roh iman yg sentiaa sinonim dengan ukhwah.

Sumber : Solusi

 

 

 


MUSANG
            Seorang lelaki datang ke sebuah kampung hendak membeli musang. RM50 seekor. Maka ligatlah orang kampung mencari musang di ceruk hutan dan bukit. Kemudian musang semakin sukar ditemui. Maka orang kampung pun semakin malas mencari. Lelaki itu pun menaikkan tawaran RM100 seekor. Maka ligatlah semula mereka mencari musang. Akhirnya musang memang sangat payah untuk dicari. ’sekarang saya tawarkan RM200 seekor. Banyak lagi hutan yang tidak diredah. Tetapi saya akan keluar Negara selepas ini untuk urusan eksport musang-musang ini. Jadi tuan puan berurusanlah dengan pekerja saya ini’. Sebaik pemergiannya, pekerja itu berkata, ’apa kata saya jual semula musang-musang ini kepada tuan-tuan dengan harga RM120 seekor. Nanti bila tauke saya balik, juallah kepada dia semuala. Untung besar!’.orang kampung pun keluarkan duit masing-masing. ada yang sampai menggadai barang kemas. Habis semua musang yang ditangkap dijual semula. Selepas itu, tidak nampak langsung kelibat tauke dan pekerjanya di kampung itu. Tahulah mereka siapa musang yang sebenarnya. 

Pengajaran
Siasat dahulu sebelum percaya. Jika tidak diri yang akan terpedaya.
Sumber : Angguk Geleng






TIP! 3 PANDUAN UNTUK IBU BAPA SUPAYA ANAK2 MENGUASAI AL QURAN
u Disiplin. Ibubapa perlu berdisiplin untuk memastikan anak-anak belajar al Quran setiap hari.
u Pantau. Pemantauan secara dekat, berikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak.
u Ajar. Ibu bapa yang buta al Quran perlu mendapatkan guru al Quran yang baik untuk mengajar mengaji.




HIJRAH HATI
Hijrah secara menyeluruh hanya boleh dilakukan apabila dimulakan dengan hijrah hati. Maka tidak hairanlah jika ada individu yang mulanya telah berhijrah tetapi akhirnya kepada kembali kepada tabiat asalnya semula kerana hatinya belum berhijrah.


SIFAT-SIFAT CALON PENGHUNI SYURGA (1)
◊ Hanya Berharap dan Berasa Takut Kepada Allah
Seseorang mukmin memurnikan akidah dan tauhidnya daripada syirik. Ia menyembelih dengan nama Allah, bersumpah dengan nama Allah dan bernazar hanya untuk Allah, tidak mengunjungi bomoh untuk mengundi nasibnya untuk memohon dan memenuhi kehendaknya. Demikian pula mukmin yang menghindari kebergantungannya kepada selain Allah, bertawakal serta membenci dan menyintai seperti apa yang dibenci dan dicintai Allah.

◊ Memurnikan Niat Hanya Kepada Allah
Seseorang mukmin sentiasa memurnikan tujuan (matlamat) dan Perbuatannya. Dia melakukan perbuatan yang tidak dilarang oleh syarak dan mengikuti petunjuk Rasulullah saw. Amal soleh adalah segala kebaikan dengan mengikuti segala sunnah Rasulullah.

◊ Mengagungkan Syiar-Syiar Allah
Seseorang mukmin selalu mengagungkan syiar-syiar Allah. Kerana itu, kita dapat lihat ia selalu bersemangat dalam melakukan kewajipan dengan cara yang diperintahkan Allah, disamping selalu diikuti dengan perbuatan sunnah sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin itu sentiasa mengutamakan solat berjemaah di masjid, bahkan bersegera pergi sebelum azan untuk memurnikan hatinya daripada kesibukan duniawi, sehingga ketika tiba waktu solat, ia menghadap hatinya dengan khusyuk.

◊ Bertawakal Hanya Kepada Allah
Seorang mukmin itu sentiasa bertawakal kepada Allah dalam segala urusannya. Bertawakal kepada Allah bukanlah halangan dalam melakukan pekerjaan, bahkan menjadi penyempurnaan. Kita diperintahkan melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut sesuai kemampuan kita dan bertawakal kepada apa yang kita belum mampu. Seorang mukmin ketika melakukan suatu pekerjaan, hatinya tidak bergantung kepadanya. Dengan demikian, faedah tawakal kepada Allah dapat menenangkan hati. Maka seorang yang bertawakal, ia melakukan apa yang ia mampu dan menyerahkan kepada Allah, apa yang dia tidak mampu.
Sifat Calon Penghuni Syurga






           




Wednesday, 6 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 209

MENARIK DI DALAM
·        Panjangkan Usiaku
·        Bersangka Baik Dengan Musuh
·        Hakikat Sebenar
·        Degil
·        Anak Mulia Dengan Ilmu
·        Fokuslah!




PANJANGKAN USIAKU
Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah ‘selamat panjang umur’ tetapi ‘selamat pendek umur’. Hal ini demikian kerana tempoh mati seseorang itu telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Namun, kematian bukan pengakhiran. Mati ialah satu permulaan kepada hidup yang tidak akan mati-mati lagi– iaitu hidup di alam akhirat. Hidup di sini (dunia) ialah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di sana (akhirat). Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu. Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti. Jika demikian apa ada pada umur? Umur hanyalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji. Umur itu relatif sifatnya. Apa yang lebih penting ialah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tetapi pada kualiti. Juga bukan pada yang ukuran zahir tetapi ada nilai maknawi. Imam al Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan jasanya abadi. Imam as Syafi’I , Imam al Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah lebih kurang 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Bani Umayyah yang memerintah lebih lama daripadanya, sama ada yang sebelum atau selepasnya. Oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. Harta misalnya, boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan. Maka jadilah harta itu amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak juga boleh panjangkan umur yakni dengan menyambung tali silaturahim.
Sumber : ustaz Pahrol


BERSANGKA BAIK DENGAN MUSUH

Suatu hari Umair bin Wahab datang dengan tujuan membunuh Nabi Muhammad, baginda terus bersangka baik dan mengharapkan kebaikan kepada musuhnya itu. Rasulullah tahu akan rencana jahat Umair tetapi sikap baik sangka mendorong Baginda untuk mengislamkan Umair.

 

Rasulullah: Apa tujuan kamu datang ke mari?

Umair      : Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engkau berbuat baik kepada mereka.

Rasulullah : Kalau tu tujuanmu, mengapa pula engkau membawa pedang?

Umair      : Pedang ini tiada apa-apa peranan.

Rasulullah: Lebih baik kamu bercakap benar apa tujuanmu ke mari.

Umair       : Benar, ini sahajalah tujuanku.

Rasulullah : Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah duduk di Hijr Ismail lalu berbicara tentang mangsa perang badar dan kamu berkata ‘kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli keluarga, nescaya akan pergi membunuh Muhammad’. Lalu Safwan menyatakan kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh kamu datang ke mari untuk membunuhku?

 

Umair sangat terkejut dengan kata-kata Rasulullah kerana perbualannya dengan Safwan tidak diketahui oleh sesiapa. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah menerima perkhabaran daripada Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucapkan 2 kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam. Setelah tinggal dan belajar Islam selama beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Mekah dan menyeru orang kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahuakbar!

Sumber : Solusi

 

 

 


HAKIKAT SEBENAR
Hakikat sebenar menyambung silaturahim itu ialah kita bukan sahaja berhubung dengan orang yang memang telah mempunyai hubungan yang baik dengan kita , tetapi paling utama ialah menyambung persaudaraan dengan orang yang telah memutuskan persaudaraan dengan kita. Inilah yang lebih utama  dan berharga di sisi Allah.


DEGIL   
            Tersebutlah kisah seorang kenamaan membina vila di sebuah kampung. Vila itu sangat mewah dan gah namun dia sangat tidak berpuas hati. Sakit matanya melihat rumah buruk yang betul-betul bersebelahan dengan vilanya yang ke 10 itu. Seorang nenek tua tinggal di situ. Lalu dia hendak membelinya. 100 ribu, 200 ribu, hatta 300 ribu ditawarkan. Namun si nenek tetap berdegil. Akhirnya orang kenamaan itu meminta bantuan polis dan hakim. ‘kalau degil juga, polis akan menangkap nenek kerana menganggu ketenteraman awam. Tanah nenek akan dirampas!’ ‘kenapa nenek degil sangat ni! Siapa yang hendak membeli rumah buruk yang ditawarkan oleh Dato’ dgn harga yang tinggi? bodoh sangatkah sampai tidak boleh berfikir? Pendekatan memujuk bertukar mengugut. ‘Barangkali nenek itu degil dan bodoh. Tapi nenek itu tidak sedegil dan sebodoh orang yang membazir berates-ratus ribu semata-mata untuk membeli sebuah rumah yang buruk’.

Pengajaran
Orang yang bodoh sebenarnya ialah orang yang berdegil menghabiskan masa dan wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.
Sumber : Angguk Geleng



,


ANAK MULIA DENGAN ILMU
Bicara Nabi : Diriwayatkan drpd Abu Darda’ r.a, aku mendengar Rasulullah saw bersabda ‘sesiapa yang menuju ke suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan membawanya kepada satu jalan menuju Syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menaungi sayapnya sebagai tanda keredhaan kepada orang yang menuntut ilmu dan sesungguhnya penghuni langit dan bumi memohon keampunan kepada orang yang berilmu demikian juga ikan yang ada di lautan. Kelebihan orang alim ke atas orang yang beribadat laksana kelebihan bulan malam purnama berbanding bintang-bintang di langit dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar , dirham, tetapi mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya maka dia telah beroleh keuntungan yang besar’.
(Riwayat Abu Daud) 

  

INGIN BERJAYA?
FOKUSLAH!!

¤ Peningkatan Tawakal
Orang berfokus biasanya akan melaksanakan misinya dengan segala upaya. Kesungguhnannya akan jelas dan nyata. Bagaimanapun sebagai insan, kemampuan diri amat terbatas. Namun berbekalkan fokus yang mantap, kita tidak akan mudah putus asa dengan rahmat Allah. Sentiasa berbaik snagka dengan Allah lantaran menyedari segalanya akan menjadi mudah dan tidak mustahil dengan bantuan dan anugerah daripada Allah.

¤ Peningkatan Tenaga
Kita berlumba lari 100m , tetapi mengapa tidak berjaya menjadi johan? Tetapi kalau seekor harimau diletakkan dibelakang kita. Tentu stamina kita bertambah dan kita mampu mengalahkan johan atlet dunia sekalipun dalam perlumbaan itu!. Hal ini terjadi apabia kita betul-betul mengoptimumkan potensi diri. Badan kita yang ajaib ini akan merembeskan segala hormon dan enzim ke dalam sistem saraf dan sisitem endoktrin sehingga mampu menjadikan kita manusia yang hebat!. Begitu juga halnya dengan fokus yang jelas. Tenaga keupayaan ditingkatkan lantaran potensi diri dibangunkan secara optimum.

¤ Peningkatan Disiplin Diri
Disiplin diri antara faktor penentu kejayaan. Apabila berfokus, tanpa sedar kita akan cuba mengatur sebaik mungkin agenda-agenda harian. Kita juga akan memastikan jadual itu diikuti. Secara tidak langsung, sebenarnya kita telah meningkatkan disiplin diri.pada masa yang sama, kita akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan. Perkara-perkara remeh yang akan menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat akan diketepikan. Begitu juga kita tidak akan membiarkan orang lain mengatur hidup kita.

¤ Bantuan Dari Segenap Penjuru
Pernahkah kita melihat seseorang tercungap-cungap meminta tolong? Apa yang kita buat? Tentu menolongnya, bukan? Begitu juga sekiranya kita fokus tentang sesuatu, orang sekeliling kita akan merasai aura itu. Dan tidak hairanlah, kadang-kadang kita dibantu dengan cara yang tidak diduga! Bantuan akan datang apabila diperlukan, apatah lagi kalau kita berusaha, berdoa dan bertawakal.
Sumber : Mendidik Pendidik









Tuesday, 5 January 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 208

MENARIK DI DALAM
·        Soal Jawab
·        Doa Bangun Tidur
·        Tegurlah Walaupun Bersangka Baik
·        Cerdik Baik
·        Biasa
·        Ingin Berjaya?
·        Bagaimana Sambil Menunggu Dapat Pahala?




SOAL JAWAB
SOALAN
Sesetengah orang sudah ada kaedah, malah ada ilmu tentang pengurusan masa tetapi masih tidak berjaya mengurus masa dengan baik, kenapa hal ini berlaku dan bagaimana kita boleh mengatasinya?.

JAWAPAN
Binalah prinsip hidup yang kuat. Prinsip itu letakkannya di hati. Hati ialah raja dalam kerajaan diri kita. Hatilah yang memerintah tangan, kaki, lidah, mata dan seluruh pancaindera. Apabila hati sudah mahu, barulah kaedah-kaedah yang kita belajar tentang pengurusan masa boleh kita gunakan. Hendak 1000 daya, tidak hendak 1000 dalih. Apabila hati ada kemahuan, barulah pengetahuan berguna. Jika kita hanya tahu kaedah belajar yang baik, tetapi malas belajar, insyaAllah selamanya kita akan terus jahil. Pendek kata, yang pertama binalah kemahuan, barulah pengetahuan dapat diamalkan. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Sekali lagi, tingkatkan keyakinan diri dengan meningkat keyakinan terhadap Allah. Ingat tujuan hidup  yang telah ditentukan oleh Tuhan-dari mana, untuk apa kita dijadikan dan ke mana kita akan pergi selepas mati? jika ini benar-benar dihayati, barulah kita ada kemahuan untuk mengurus nyawa kita dengan baik. Apabila ada kemahuan mengurus nyawa kita dengan baik, barulah kita akan terdorong untuk mengurus masa kita dengan baik. Pada ketika itu barulah kaedah yang kita pelajari dalam ilmu pengurusan masa dapat dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari. insyaAllah. Pendek kata, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu suburkan iman. Dengan adanya iman yang kuat, kita akan mengikut sepenuhnya ajaran Islam dan setelah semua itu ada barulah kita boleh menggunakan ilmu tentang pengurusan masa dengan baik.   



DOA BANGUN TIDUR
‘segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan.     (Riwayat al Bukhari)


TEGURLAH WALAUPUN BERSANGKA BAIK

Sikap bersangka baik bukan penghalang untuk memberi teguran, nasihat bahkan amaran sekiranya kesalahan dan kemungkaran berlaku secara terang-terangan dan berulang kali. Ertinya, sangka baik perlu disertai dan diimbangi dengan sikap rasional dan berhati-hati. Misalnya, mana mungkin kita bersangka baik sekiranya kita melihat seseorang sedang mengopak pintu rumah kita ketika dinihari. Atau apabila melihat pihak yang terang-terangan menghina Nabi Muhammad, lalu kita bersangka baik namanya, tetapi dayus dan pengecut!. Namun sekiranya masih ada pilihan dan peluang untuk mendapat kebaikan, sikap bersangka baik adalah wajar. Itulah harapan untuk mendapat kebaikan walaupun individu, situasi atau  keadaan yang sedang dihadapi tidak baik. Sangka baik, dapat baik. Begitulah prinsip perjuangan yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin besar yang menginginkan kebaikan buat bangsa, rakyat atau umatnya. Rasulullah sendiri ketika dibaling batu ketika berdakwah di Taif, terus bersangka baik kepada umatnya dengan mendoakan ’Ya Allah ampunkan kaumku kerana mereka tidak tahu. Aku mengharapkan zuriat mereka kelak akan beriman dengan seruanku’.  

 

Sumber : Solusi

 

 

 


CERDIK BAIK

BERFIKIRAN POSITIF
Apabila paradigma yang ada dalam minda seseorang positif, secara tidak langsung akan melahirkan tindakan positif. Tindakan positif amat penting dalam perjalanan seseorang mendaki mercu kejayaan. Aura positif dalam diri bukan hanya terkesan dalam diri individu sebaliknya insan di sekeliling.

USAHA, USAHA DAN USAHA 
Jika hasil yang diperoleh tidak setimpal usaha, jangan kecewa. Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik jika kita terus berusaha. Kegagalan selalu menyediakan jalan lain untuk mencapai kejayaan. Selagi tidak berputus asa, Allah menilai semua usaha.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Kita selalu mendengar, hubungan dengan manusia ditentukan oleh hubungan kita dengan Allah. Benar, orang yang mengasihi akan disayangi. Orang yang selalu mendoakan akan didoakan. Semua yang kita lakukan diperhatikan Allah.  Allah Maha Tahu, tetapi Allah melihat usaha kita untuk mencapai sesuatu.
Sumber : DFMK



BIASA  
Ayah: Bagaimana program motivasi di sekolah hari ini?
Anak: seronok! Ustaz itu kata, kalau hendak berjaya mesti menjadi luar biasa. Semangat dan usaha kita mesti luar biasa daripada orang biasa-biasa.
Ayah: Itu berjaya di dunia. Untuk berjaya di akhirat, jadi orang biasa pun dah cukup… biasa solat berjemaah, biasa solat malam serta biasa bersedekah...

Pengajaran
Untuk berjaya sebenarnya jauh lebih senang daripada gagal.
Sumber : Angguk Geleng



,


INGIN BERJAYA?
FOKUSLAH!!
¤ Pengurusan Masa Lebih Berkesan
Sekiranya fokus untuk mencapai sesuatu matlamat, secara tidak langsung kita akan memasukkannya ke dalam agenda dan perancangan harian, semester dan tahunan. Keadaan ini bermakna masa berkualiti akan diperuntukkan untuk mencapai matlamat tersebut.

¤ Kekal Bermotivasi
fokus juga berkait rapat dengan minat yang seterusnya menyumbang kepada motivasi diri. Orang yang fokus bukan sekadar bermotivasi, tetapi berupaya mengekalkan motivasi lantaran sedar ada sesuatu yang sangat berharga menunggunya di penghujung jalan. Tiap-tiap kali semangat pudar, bayangan impian yang ingin dicapai akan menaikkan semula semangat untuk terus berlari laju ke hadapan dan tidak membiarkan masalah-masalah remeh menghalang perjalanan, atau emosi negatif menguasai.

¤ Kepekaan Meningkat
Perlu anda lalui pengalaman ini-tiba-tiba rasa ingin tahu sangat tinggi tentang sesuatu, contohnya tentang Palestin? Apa tindakan anda? Pastinya anda mula mencari maklumat berkaitan dengan pelbagai sumber media cetak dan elektronik, bertanya dengan individu yang boleh dipercayai dan apa-apa kaedah yang berada dalam jangkaan. Segala usaha anda akan lakukan demi memenuhi naluri ingin tahu tersebut. Hasilnya anda mendapat maklumat yang sangat banyak, kadang-kadang di luar jangkaan dan amat menakjubkan! Keadaan ini berlaku kerana kita mula fokus.
Sumber : Mendidik Pendidik






BAGAIMANA SAMBIL MENUNGGU DAPAT PAHALA?

◊ MEMBACA

Dimana-mana boleh membaca. Menunggu kapal terbang berlepas, di hospital dalam kenderaan. Caranya mudah, sediakan dalam beg tangan sebuah buku yang senang dibawa. Atau sekarang lebih mudah kerana ada telefon pintar. Terdapat pelbagai bahan bacaan bermanfaat semasa mennunggu. Percayalah, masa anda terlalu pantas berlalu jika dimanfaatkan dengan membaca. Paling baik, baca al Quran sambil memikirkan makna dan tadabbur. Dengan membaca pasti banyak ilmu baharu yang diterokai. Ilmu dan buah fikiran baharu.

 

◊ MULAKAN PERKENALAN

Setiap muslim itu bersaudara. Dan setiap hari kita akan bertemu dengan wajah-wajah baharu terutama semasa menunggu. Justeru ringankan mulut untuk bertegur sapa dgn insan disebelah. Bukan sahaja menambahkan kenalan, bahkan mampu mengurangkan keresahan tempoh menunggu yang lama. Mulakan dengan senyum dan salam. Daripada 2 tindakan ringkas ini membentuk perkenalan baharu yang berpanjangan.

 

◊ MEMERHATI

Masyarakat sekeliling sebagai sumber ilmu. Dengan memerhati sahaja kita boleh mendapat pengalaman baharu. Perhati, analisis dan ambil pengajaran. Manfaatkan mata untuk memerhati dan menilai kejadian di sekeliling.

 

◊ MENDENGAR

Seni mendengar tidak dimiliki ramai orang. berapa ramai yang suka bercakap tetapi tidak suka mendengar. Dengarkan suara-suara yang ada di sekitar. Selepas memulakan perbualan dengan orang di sebelah, perbualan pastinya bersambung dengan hal-hal lain.

 

◊ BUAT ‘SESUATU’

Apabila kita melakukan ‘sesuatu’ tidak akan terasa masa yang beredar. Contohnya kemaskan dompet @ beg tangan. Tulis rancangan harian. Menyelesaikan hal-hal kecil-kecil yang tertangguh. Percayalah, masa menunggu terasa bermakna apabila dimanfaatkan walau dengan melakukan perkara remeh.

 

◊ BERZIKIR DAN BERDOA

Zikir dalam diam, mengingat kebesaran Allah. Ingat Allah dalam hati agar diberikan kesabaran. Doa senjata mukmin.

Sumber : BAGAIMANA YA?  -PN.JAMILAH