MENARIK DI DALAM
·
Aurat dan Akhlak
·
Kehidupan
dan kematian
·
Usah
Begini, ketika menghadapi orang tersayang
·
Apabila
Orang Jahil Bercakap
·
Tanda-tanda
Lidah yang kotor menurut Imam al Ghazali
AURAT DAN AKHLAK
Jangan sekali-kali mengatakan bahawa menutup
aurat tiada kaitan dengan akhlak seseorang, seperti pernyataan sebegini
‘walaupun saya tidak menutup aurat tetapi hati saya baik’. Hal ini demikian
kerana akhlak mulia sesebuah masyarakat mampu dinilai menerusi pakaian dan
penampilan warga masyarakat tersebut. Pelik. Ramai Muslimah kini bergaya
mengikut telunjuk barat. Pakaian mereka tidak terselit sedikit pun nilai akhlak
mulia. Kesannya, kita menjadi pengguna kepada produk busana yang dicedok bulat-bulat
daripada Barat yang telah memisahkan agama daripada kehidupan seharian. Penyair
Arab, Ahmad Syauqi ada mengatakan ‘Tegaknya suatu bangsa bergantung pada akhlak
mereka. Jika akhlak hancur, maka runtuhlah negara’. Benarlah, jika diteliti
dengan mata hati, pakaian yang mendedahkan aurat sama seperti pakaian orang
kuno dan primitif.
Sumber
: Pesan Hati Untuk Hati
KEHIDUPAN DAN KEMATIAN
’hidup ini seperti minum kopi, semakin pahit
semakin mengasyikkan’.
’bukanlah
orang bahagia orang yang tiada masalah langsung. Orang bahagia sebenar ialah
ialah orang yang boleh hidup dengan masalah’.
’jika semalam
sudah terlepas, kita masih ada hari ini. Jika hari ini akan berlalu kita masih
ada hari esok. Akhirat itulah esok sebenarnya’.
’Seindah
manapun hari-hari semalam, ia tidak akan kembali. Seindah manapun hari ini, ia
akan berlalu jua. Seindah manapun hari esok , belum lagi tiba. Bahkan,
secantik-cantik apapun dunia, ingat di sana ada kematian.’
USAH BEGINI…
Ketika Menghadapi Pemergian Orang
Tersayang...
◊ Memendam Kesedihan
Menangislah. Kita tidak perlu malu
untuk bersedih, bahkan kongsi kesedihan tersebut kalau boleh. Kerana Rasulullah
juga berbuat begitu. Tatkala Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir di
hadapan Nabi , baginda menangis kemudian bersabda ‘Sesungguhnya air mata mengalir
dan hati bersedih, namun kami tidak akan mengucapkan melainkan apa yang
diredhai Allah sahaja. Sesungguhnya perpisahan denganmu amat menyedihkan kami’
(Riwayat al Bukhari)
◊ Meratap
Meskipun boleh menangis meluahkan
perasaan namun tidak sekali-kali dengan cara meratap. Meratap bukan sahaja
meraung-raung, sebaliknya meluahkan rasa tidak puas hati dan kesal seolah-olah
tidak meredai ketentuan Ilahi.
◊ Memadam Kenangan
Kerana tidak ingin bersedih, kita
cuba untuk tidak ingin mengingati. Salah begitu! Rasulullah sendiri sering
menyebut-nyebut tentang arwah isteri Baginda. Dengan itu ringanlah sedikit
bebanan rasa rindu. Kenangan ialah peninggalan si dia yang paling bermakna. Maka
manfaatkannya. Kenangkan kebaikannya semoga kita dapat meneruskan kebaikannya.
◊ Melemahkan Orang Lain
Kerana bukan kita seorang yang
bersedih, ibubapa dan anak-anaknya juga jangan lupa. Maka bantulah mereka
melalui saat itu. Mereka lebih lemah dan rapuh, maka kita jadi tunjangnya.
Tidak mengapa untuk sama-sama bersedih, namun tunjukkan juga semangat untuk
bangkit.
◊ Menyendiri
Rasa menyendiri itu biasa. Maka
biarkan namun bukan selama-lamanya. Hidup mesti diteruskan dan kita sangat
lemah untuk hidup bersendirian. Maka jika perlukan bantuan, minta. Jangan buruk
sangka kepada orang lain keberatan utuk menolong kita. Mereka tidak tahu apa yang
kita perlukan.
◊ Menyalahkan Diri
Kita redha dengan pemergiannya bukan
bermakna suka, tetapi menerima ketentuan Allah. Allah sudah menentukan saat
ini, jauh sebelum kita mengenalinya lagi. Maka jangan diperdayakan oleh
peraasan ralat dan kesal tidak berkhidmat untuknya itu dan ini sewaktu
hidupnya. Jangan pula tertipu dengan mainan perasaan seperti rasa melupakan
pasangan, khianat dan tidak setia kononnya.
Sumber : Solusi Isu 80
APABILA ORANG JAHIL BERCAKAP
SEJAK DULU
Seorang anak muda mendapati seorang
pakcik tua berzikir selepas solat; suba, suba, suba, suba sambil mengira dengan
tasbih. Anak muda bertanya ‘zikir apa yg pakcik baca?’ ‘isy, anak muda, banyak
benda yang kamu kena belajar lagi. Semua orang amalkan begini!’
LEMAH
Seorang lelaki tua bersembang lalu
berhujahkan satu hadis lemah yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum.
Kemudian pelajar berkata ‘Maaf pak cik, itu hadis lemah’. Lantas pak cik itu
berkata ‘Astagfirullahal’azim. Bagaimana kamu yang bersekolah agama boleh kata
hadis Nabi lemah? Kalau kata-kata nabi Lemah, kata-kata siapa lagi yang kuat?
TUTUP KEPALA
Pada hari kursus haji. Seorang
bertanya ‘kalau perempuan hendak tutup kepala juga semasa haji berdosakah?
Adakah dia perlu bayar fidyah seperti orang lelaki juga?
Catatan
Hukum haram menutup kepala hanya
bagi lelaki. Perempuan dalam keadaan mana sekalipun wajib menutup kepalanya
kerana aurat.
YANG LEBIH MUDAH
‘Ayah, cikgu kata tidak boleh minum
dengan tangan kiri’. ‘Betul, tak baik. Tapi dalam keadaan tertentu jadi sunnah.
Sebab kita beramal dengan hadis ‘Rasulullah tidak diberi pilihan antara dua
perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah’. Bukankah semasa
makan, tangan kanan kotor. Nak pegang gelas akan kotor pula. Nak pergi basuh
tangan, menyusahkan. Jadi yang paling mudah, minum dengan tangan kiri’.
Catatan
Sambungan hadis tersebut: ‘selagi mana tidak berdosa.
Jika sesuatu perkara itu berdosa, maka bagindalah orang yang paling
menjauhinya’. (Riwayat al Bukhari).
NABI LA
‘kisah ini berlaku di negeri di
Negara Arab. Seorang lelaki bernama La. Dengan yakin dan berani dia mendakwa
dirinya Nabi terakhir. ‘saya ialah Nabi. Kerana Rasulullah pernah berkata ‘La
Nabiyya ba’di’. Nama aku La, Bukankah Rasulullah saw sendiri yang memberitahu?
Jadi akulah Nabi yang ditunggu itu’.
Catatan
La dalam bahasa arab bermaksud
tiada. Jadi maksud sebenar hadis adalah ‘Tiada Nabi lagi sesudah aku’.
(Riwayat al Bukhari)
HARI AHAD
Di Barat. Seorang Muslim
mencadangkan, ‘apa kata kita tukar solat Jumaat kepada hari Ahad. Bukankah
menurut ulama ijtihad mengikut berubah mengikut zaman dan tempat? Hari Jumaat
ialah hari bekerja sedangkan ahad pula cuti. Bukankah matlamat disebalik solat
Jumaat ialah perhimpunan dan perayaan mingguan umat Islam?’
Catatan
Dalam syariat ada hukum yang jelas
sabit pula dengan kesepakatan ulama (ijmak) seperti solat Jumaat. Hukum ini
tidak boleh diubah.
Pengajaran
Bercakap tentang agama tanpa ilmu
termasuk dosa besar. Dalam al Quran Allah meletakkannya setaraf dengan dosa
syirik. Katakanlah ‘sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan
yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan mempersekutukan
sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti serta
memperkatakan tentang Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya’. (Al
A’raf 7:33). Bagaimanapun ramai orang berani memberi pendapat berkaitan agama
secara melulu dan tidak berdasarkan ilmu. Semuanya berdasarkan logik kepala
sendiri tanpa memastikan dengan ahli ilmu terlebih dahulu.
Sumber : Angguk Geleng
TANDA-TANDA
LIDAH YANG KOTOR MENURUT IMAM AL GHAZALI
1. Berkata-kata yang tidak berfaedah
2. Berlebih-lebihan apabila bercakap
3. Suka bercakap yang batil
4. Banyak memaki hamun
5. Suka bertengkar atau bertikam lidah
6. Mencari-cari kesalahan orang lain
7. Suka mengumpat
8. Bergurau secara berlebihan
9. Suka mengejek dan menghina serta membuka aib orang
10. Bersumpah palsu
11. Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
No comments:
Post a Comment