MENARIK DI DALAM
·
Manifestasi Tauhid
·
Fenomena
Hutang Atau Riba
·
Baguslah
Tiada Gigi
·
Kehidupan
dan Kematian
·
Berjalan
·
The Power
of Sedekah
MANIFESTASI TAUHID
◊ Beriman
Kepada Allah
Jika mengaku beriman kepada Allah, patuhi
perintah menutup aurat dan jauhi larangan mendedahkan aurat.
◊ Beriman
Kepada Rasul
Jika mengaku beriman kepada Rasul (Muhammad saw),
maka patuhilah sunnah menutup aurat yang telah diterapkan oleh Rasulullah saw.
Modelnya telah wujud sekian lama dan telah dipraktikkan oleh isteri–isteri baginda.
◊ Beriman
Kepada Kitab
Jika mengaku beriman kepada kitab (al Quran),
semestinya kita perlu memahami dan mengamalkan anjuran menutup aurat yang telah
termaktub dalam al Quran.
◊ Beriman
Kepada Malaikat
Jika mengaku beriman kepada malaikat, pasti kita
akan sedar bahawa malaikat Raqib dan Atid sentiasa ada di sisi merekodkan dalam
buku amalan sama ada seseorang itu (lelaki dan wanita) menutup aurat atau
tidak.
◊ Beriman
Kepada Hari Akhirat
Jika mengaku beriman kepada Hari Akhirat, adakah
masih berani melanggar arahan yang akan menghumbankan diri ke dalam neraka
jahannam? Begitulah juga sebaliknya, mematuhi arahan pula akan menjadi asbab
mampu menikmati rahmat Allah di dalam
syurga nan indah.
◊ Beriman
Kepada Qadak Dan Qadar
Jangan di sangka jika ditakdirkan lahir dalam
keluarga atau berada dalam suasana yang tidak Islamik menjadi alasan untuk
tidak menutup aurat. Fahamilah sebenarnya di balik tabir qadak dan qadar,
setiap manusia ada potensi untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber
: Pesan Hati Untuk Hati
FENOMENA HUTANG ATAU RIBA
Gaya Hidup Dan Budaya Masyarakat
◊ Budaya menunjuk-nunjuk
sebahagian besar masyarakat hari
ini mengukur kejayaan seseorang berlandaskan
kekayaan dan kebendaan (ataupun materialistik) dan bukannya budi pekerti
serta iman semata-mata. oleh itu kebanyakan kita ingin hidup senang serta suka
bersikap menunjuk-nunjuk sehinggakan hutang menjadi sebahagian daripada budaya
kehidupan sehari-hari tanpa mempedulikan implikasinya pada masa hadapan.
◊ Biar papa asal bergaya.
Majoriti golongan muda tidak tahu
membezakan antara keperluan kewangan dengan kehendak sehinggakan mereka yang
alpa sanggup menjalani gaya kehidupan di luar kemampuan kewangan sebenar
mereka.
◊ Fenomena ’konsumerisme’.
Ramai antara kita yang berbelanja
mengikut nafsu semata-mata, yang didorong oleh fenomena ’konsumerisme’. Iaitu
mempunyai barangan banyak adalah bagus.
◊ Kurang faham konsep Hutang dan Riba
oleh sebab tidak mempunyai ilmu
agama yang mendalam, majoriti daripada kita yang menganggap fenomena hutang
serta riba merupkan perkara-perkara biasa dalam kehidupan dan sesetengahnya
menganggap pinjaman yang diperoleh adalah haknya, hakikatnya bukan.
◊ Eksplotasi Pembiayaan Peribadi
Bagi golongan kaya, produk kewangan
hutang telah menjadi instrumen utama mereka menjana pendapatan pasif yang
lumayan dengan modal yang paling minimum.
◊ Tawaran Pembiayaan Peribadi
Sikap sesetengah institusi
perbankan yang cuba mengaut keuntungan jangka pendek dengan menawarkan pelbagai
insentif terhadap produk berupa pembiayaan peribadi turut menyumbang kepada
gejala gaya hidup berhutang.
◊ Kurang pendedahan terhadap pengurusan kewangan
kurangnya ilmu pengetahuan mengenai
pengurusan kewangan terutama dalam kalangan golongan belia sehingga berbelanja
di luar kemampuan kewangan sebenar.
BAGUSLAH TIADA GIGI
Ustaz Muawiyah menyampaikan kuliah
bulanannya. Kali ini menyentuh mengenai hukum hakam perceraian. Pada sesi soal jawab
, sesorang bertanya’ kalau saya berkahwin, kemudian selepas berkahwin baru saya
tahu yang isteri saya tiada gigi, bolehkah saya fasakh perkahwinan saya?’
’kenapa kamu nak ceraikan dia. Sedangkan dia perempuan yang baik, mana mungkin
dia akan menggigit kamu?’ustaz berseloroh sementara memberikan penerangan yang
sebenar.
Pengajaran
Gurauan ini patut mengingatkan kita
akan saranan Allah swt dalam menguruskan
konflik rumah tangga. Firman Allah ‘Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri)
dengan cara yang baik. Jika kamu benci mereka, boleh jadi kamu benci akan
sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan sesuatu yang kamu benci itu adalah
kebaikan yang banyak.’ (surah Al Nisa’ 4:19). usah terburu-buru untuk berpisah
setelah sekian lama bersama. Benar ada sikapnya
yang tidak berkenan di hati, namun mustahillah tiada langsung kebaikan
dirinya. fokus kepada kelebihan dan keistimewaan pasangan.
Angguk Geleng
KEHIDUPAN DAN KEMATIAN
‘Di dunia ini hanya ada 3 hari. Hari semalam dan
ianya sudah berlalu. Hari esok, yang mungkin kamu tidak akan bertemu. Hari ini,
inilah harimu, maka manfaatkanlah’.
‘Membazir masa lebih dahsyat daripada mati kerana
membazir masa menjauhkan kamu daripada Allah dan akhirat, sedangkan mati
memisahkan kamu daripada kehidupan dan manusia sahaja’.
‘Apabila manusia menyelami kesempitan hidup, barulah
dia menyedari keluasan rahmat Tuhan’.
‘Kamu bukanlah satu-satunya orang yang bersedih pada
saat ini dan bukan semua orang sebahagian yang kamu sangka’
Dunia ini memang medan air mata. Yang paling indah
ialah pertemuan, yang paling sukar ialah perpisahan. Walau bagaimanapun kita
boleh mengikat kedua-duanya dengan kenangan.
BERJALAN
Yang paling payah adalah untuk memulakan suatu perjalanan. Kembara
sebagai khalifah di muka bumi bermula saat kita dilahirkan. Berjalan, bergerak di
bumi Allah demi menjalankan perintah dan mematuhi laranganNya. Sepanjang
perjalanan ini ini, jangan berhenti sebelum mati. Perjalanan mesti diteruskan
walau berkali-kali terhenti disebabkan suatu halangan. Terus dan terus berjalan
walau apa sekalipun yang terentang di tengah-tengah perjalanan. Meski sepayah
mana laluan yang terentang di hadapan. Hakikatnya, dengan berjalan kita akan
menambah pengalaman , kenalan dan pengetahuan. Matlamat motivasi terbaik untuk
terus berjalan. Matlamat seorang Muslim adalah untuk sentiasa berada di atas
jalan kebenaran. Teruskan perjalanan untuk menyempurnakan persediaan bekalan.
Sumber
: viceversa
THE POWER OF SEDEKAH
Sedekah membentuk
minda ‘kaya’ walaupun anda belum bergelar jutawan.
Kata orang, ada 2
parameter kekayaan. Pertama bergantung kepada berapa banyak wang yang dimiliki.
Kedua, berapa banyak wang yang boleh beri. Saya lebih sukakan parameter kedua
kerana ia lebih dekat dengan definasi yang Rasul ajarkan. Rasul mengajar,
kekayaan manusia dilihat kepada berapa banyak dia bersedekah. Ada manusia kaya
tetapi sedekahnya seringgit sahaja, sama dengan jumlah sedekah orang miskin.
Bagi Tuhan mereka dianggap miskin walaupun wangnya melimpah. Ada orang miskin
tetapi kaya di sisi Tuhan kerana ia tidak lokek bersedekah. Sebagai contoh,
gajinya seribu sahaja tetapi dia mampu bersedekah 200 ringgit sebulan, sama
dengan jumlah yang dikeluarkan oleh orang yang bergaji 10 ribu sebulan. Manusia
sebegini digelar OKS..Orang Kaya Sentiasa. Dia kaya hati. Mindanya positif
dengan berfikir’saya ada banyak perkara untuk dikongsi’. Dia mendefinasikan
kekayaan dengan seberapa banyak anda boleh memberi. Dia juga kaya akhirat,
kerana setiap sedekah yang dihulurkan akan Tuhan tukarkan dengan pahala
berganda. Itulah ‘wang’ sebenar kita di akhirat. Di sana, matawang yang laku hanyalah pahala.
Bagi yang sudah ‘akhirat oriented’ ,mereka akan ghairah menyimpan wang dalam
bentuk ini kerana sedar, faedah ‘fix deposit’nya amat lumayan.
Sumber
: Formula Hidup Luar Biasa