Google Ads

Thursday 9 June 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 247

MENARIK DI DALAM
·        Kadar Pembaca Pemalas
·        Pada Pandnagan Pertama
·        7 Cara Hidup Dengan Al Quran
·        Lukisan
·        Tiada Yang Sia-sia
·        Apa itu Ujud
·        Mutiara Kata
  




KADAR PEMBACA PEMALAS
Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi berkata ‘Sepatutnya seorang itu perlu membaca sekurang-kurangnya satu juz al Quran setiap hari. Itu Kadar seorang ‘pemals’ membaca al Quran.

Jadi, kita rajin atau pemalas atau super pemalas?



PADA PANDANGAN PERTAMA

Ketika dalam perjalanan bersama pedang yang terhunus untuk membunuh Rasulullah, Umar telah berjumpa Nu’aim in Abdillah yang telah memberitahu satu berita yang sangat mengecewakan.

 

Nuaim : Wahai Umar, adakah engkau menyangka bani Abd Manaf akan biarkanmu berjalan di atas muka bumi apabila engkau telah membunuh Muhammad? Pulang sahaja dan lihatlah keluargamu.

Umar : Keluarga apa?

Nuaim : Adik perempuanmu dan suaminya telah memeluk Islam. Mereka telah mengikuti Muhammad.

 

Mendengar sahaja berita itu, Umar terus ke rumah Adik perempuannya, pada ketika itu adiknya,  Fatimah al Khattab dan adik iparnya Sa’id Bin Zaid sedang bersama Khabbab bin al Arat yang sedang memegang lembaran yang tertera padanya surah Taha.  Ketika mereka mendengar kehadiran Umar, Khabbab bersembunyi di satu sudut rumah mereka. Fatimah pula menyembunyikan lembaran tersebut di bawah pahanya. Ketika masuk ke dalam rumah, Umar memukul adik iparnya. Namun pukulannya telah mengenai adiknya sendiri sehingga terluka di kepala. Melihat darah yang mengalir dari kepala adiknya, umar menyesal dan meminta untuk melihat lembaran yang dibaca oleh adiknya.  Umar kemudiannya membaca lembaran tersebut lantas mula jatuh hati pada ayat yang dibacanya itu lalu meminta untuk bertemu Rasulullah untuk memeluk Islam. Ketika bertemu dengan Rasulullah dia terus menyatakan keislamannya ‘Ya Rasulullah, aku datang kepadamu untuk beriman kepada Allah dan RasulNya dan apa yang engkau bawa daripada Allah’. (Riwayat al Hakim) 

Sumber : Anekdot






7 CARA HIDUP DENGAN AL QURAN  
CINTA
Seorang yang mencintai kekasihnya pasti akan mentaati, mengikut dan menuruti setiap kata-katanya. Begitulah kita dengan al Quran. Kita perlu mencintainya agar kekal taat, menuruti dan melaksanakan segala perintah Allah. Antara cara untuk terus ’jatuh cinta’ kepada Al Quran adalah dengan selalu mendengarnya. Ayat-ayat al Quran yang diulang dengar setiap hari sudah pasti akan menambat hati pendengarnya. 

BACA
Membaca al Quran yang berterusan akan melembutkan hati . Jadikanlah amalan membaca al Quran sebagai aktiviti utama kehidupan kita. Sekiranya belum berkemampuan untuk membaca al Quran, berusahalah untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh.

BELAJAR TAJWID
Mengapa perlu membaca al Quran terlebih dahulu sebelum mempelajari hukum tajwid? Supaya kita terus jatuh cinta tatkala membaca kalam Allah dan mempelajarinya.

FAHAM MAKNA
Setelah membaca 1 mukasurat, Hayati makna dan tafsir bagi satu atau dua ayat yang telah dibaca dan fahaminya dengan teliti.  Hadirkan perasaan bahawa ayat-ayat yang dibacakan ditujukan kepada diri kita, bukannya orang lain.
 
PRAKTIK
Langkah ini memerlukan seseorang untuk berjihad melawan hawa nafsunya terlebih dahulu kerana mempraktikkan kandungan al Quran dalam kehidupan bukanlah suatu perkara yang mudah.  Ini menuntut seseorang menundukkan nafsu kedunaan yang melekakan terlebih dahulu, kemudian mula mempraktikkan kandungan al Qquran secara beransur-ansur. Lama kelamaan amalan ini akan membiasakan seseorang untuk terus mempraktikkan apa yang dibaca. Namun awas, mempraktikkan kandungan al Quran menuntut pembacanya untuk memahami ayat al Quran dengan betul dan tepat terlebih dahulu! Cara yang terbaik untuk memahami al Quran adalah dengan mempelajarinya daripada insan yang berkelayakan.

SAMPAIKAN
Langkah yang seterusnya mempelajari al Quran ialah menyampaikannya kepada ahli keluarga dan masyarakat.  Nabi Bersabda ‘sebaik-baik kamu  ialah sesiapa yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya’.
(Riwayat al Bukhari)

PERTAHANKAN
Betapa ramai musuh Islam yang cuba untuk memesongkan ayat-ayat suci al Quran seperti para orientalis. Lebih malang ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang mentafsirnya  mengikut hawa nafsu. Antara apa yang boleh kita lakukan ialah memberikan kefahaman kepada masyarakat dan menjawab segala tuduhan-tuduhan palsu terhadap al Quran melalui media elektronik seperti facebook, twitter dan sebagainya.
Sumber : ipods




LUKISAN
‘setuju atau tidak kalau saya pilih lukisan ini sebagai pemenang tempat pertama? Ustaz Mad bertanya sambil mengangkat lukisan seekor burung hinggap pada sebatang tangkai padi masak menguning yg menjulang ke langit.. Cantik sekali. Sangat nostalgik. ‘Setuju!!’ ‘Tidak disangkal lagi!’ ‘Pilihan Ustaz memang tidak pernah silap pun’. Perlbagai lagi komen tanda setuju.Ustaz Mad adalah pengetua sekolah menengah. Beliau seorang yg berdedikasi tinggi, serba boleh dan sangat suka akan aktiviti kokurikulum. Hapir semua aktiviti kokurikulum di sekolah beliau ingin jadi juri dan hakim. ‘Maaf tuan pengetua, saya tidak setuju’. Seorang guru mematikan keriangan, ‘Ada yg tidak kena dengan lukisan ini walaupun ia sangat cantik sekalipun’. ‘Maksud cikgu?’ Ustaz Mad minta penjelasan. ‘sudahlah padi itu masak menguning, dihinggapi pula oleh burung. Ajaibnya masih tegak. Itu tidak logik’. ‘Hmm..pendapat cikgu betul, perkara ini tidak boleh dikompromikan. Samalah seperti hadis palsu’. Ustaz Mad mengakui kebenaran.
Pengajaran
Kebenaran perlu dinyatakan walaupun bukan berada dalam kalangan majority.
Sumber : Angguk Geleng



,



TIADA YANG SIA-SIA

‘Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada prtukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang yang mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. ‘Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semuanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka..’

(Surah Ali Imran 3: 190-191)

Sumber : TAFSIR





APA ITU UJUD?
Ujud adalah rasa kagum akan diri sendiri atas suatu kejayaan dan pencapaian diri. Dia melihat hasiil usahanya berpunca daripada peluh dan keringatnya  sahaja, bukannya nikmat drpd Allah.








MUTIARA KATA
UJUD JANGAN SEKALI (3)
Awaslah kamu dengan perbuatan diri yang bakal memusnahkanmu. Sesungguhnya perbuatan diri yang bakal memusnahkanmu ialah riyak. Jika bukan riyak, maka ujud sehingga kamu perasan bahawa kamu lebih baik daripada saudaramu. Sedangkan boleh jadi kamu belum menghadapi musibah seperti yang dihadapinya. Boleh jadi dia lebih warak daripada kamu dalam soal perkara haram. Boleh jadi amalannya lebih suci lebih suci. Jika bukan ujud dengan dirimu, beringatlah kamu daripada perasaan suka akan pujian manusia. Dan pujian mereka itu dalam bentuk kamu suka agar mereka menghormatimu dek usahamu dan merasakan kamu seorang yang mulia dan berkedudukan pada sisi mereka.     .
(sufyan al Thauri)

Sesiapa yang selamat daripada  perkara, dia selamat daripada bahana dunia dan akhirat : ujud, riyak, takabbur, izra’ dan syahwat
(Fudhail bin Iyadh)
Izra’: sikap mudah memandang rendah orang lain.




No comments:

Post a Comment