Google Ads

Wednesday 30 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 70

MENARIK DI DALAM
·        Tiket ke syurga
·        Hati
·        Cintai Rasulullah
·        Mahal
·        Gaya vs Syariat
·        Tangisan Iman
·        Audit Diri Dalam Penggunaan ICT
·        Sudah Tersungkur Baru Akur

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabatku
pernah dengar tak istilah atau ungkapan ini. jangan kita minta dengan Allah hidup yang senang, tetapi mintalah hati yang tabah utk menghadapinya. saya amat suka sekali dengan ungkapan ini. sangat benar, tepat dan betul, kehidupan kita ini sememangnya untuk diuji kan? dan, dah nama ujian mestilah susah,betul tak? kalau ujian senang baik jangan buat ujian, semua mudah, semua senang, semua pelajar lulus dan semua pelajar dapat A contohnya, baik jangan buat ujian, memang ujian adalah sesuatu yang sukar, teringat akan firman Allah bahawa tidak dikatakan seseorang itu beriman sehinggalah dia diuji.

Sahabatku
pernah juga saya dengar tentang hal seperti ini, nak tengok macammana perangai sebenar seseorang, ujilah sewaktu perut sedang lapar. confirm akan terserlah sikap sebenar orang tersebut. jadi, sebaiknya, kita meminta agar Allah menjadikan hati kita tabah mengharungi sekecil-kecil dan sebesar-besar ujian dalam kehidupan kita ini. bukan mudah menghadapi hidup kerana ia menjadi tiket ke SYURGA yang sangat Indah.                      
  Editor, Norazila Khalid




HATI
Hati organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah terletak niat seseorang. Niat yang ikhlas akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit , buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang rosak. Justeru, hati amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa.


MUTIARA KATA
Rasulullah saw merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda berjuang habis-habisan untuk menyampaikn ajaran Islam—agama yang menyelamatkn manusia di dunia n akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, tetapi baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah, kita tidak bertepuk sebelah tangan. Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.

                  

MAHAL

        Tidak cukup merungut, kita bersungut dan mengeluh apabila harga barangan atau produk yang dijual dikedai atau di pasaraya terlalu mahal. Harga yang ditawarkan tidak padan dengan wang poket yang disimpan. Apabila tidak mampu membeli  barang yang diidam-idamkan kita sekadar memandang dan pulang dengan tangan kosong.

        Tetapi, tidak hairanlah jika barang yang tidak dapat dibeli itu daripada kualiti yang tinggi n berjenama. Padanlah dengan harganya yang mahal dan hanya dibeli olah orang yang mempunyai wang yang banyak. Kenalah dengan gaya dan orangnya.

        Nikmat syurga diulang-ulang di dalam Al-Quran, nampak seperti mudah untuk mencapainya. Benar, bukan mudah untuk meraih syurga Allah, tetapi ia bukan juga mustahil untuk ke sana. Biarpun harga ‘tiket’ ke syurga sangat mahal , garis panduan untuk ditempatkan di dalamnya turut sama dinyatakan di dalam al-Quran.

        Ayuh, bermujahadahlah dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ganjaran syurga. Tanamkan cita-cita dan matlamat untuk meraih keredaan Allah.

        Mahalkah syurga? Ya, keperitan bermujahadah ‘di bayar tunai’ dengan nikmat syurga.

Sumber : viceversa

       


GAYA VS SYARIAT
Sebahagian daripada gaya yang ditampilkan menggunakan banyak tudung yang dililit ke sini dan ke sana , malah tudung yang panjang menjadi pendek, dan tidak menutup bahagian ‘aib’ pada tubuh wanita. Jika kreativiti seni dan kehendak manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau nilaian , maka akan berlakulah kekacauan dan kepincangan. Kerana sesungguhnya kebanyakan manusia memilih untuk lebih mendapat penghargaan manusia, bukannya keredhaan Allah. Yang mana satu pilihan anda? Gaya atau syariat?


TANGISAN IMAN
            Untuk melakukan ketaatan, kita perlu memperuntukkan masa bagi memastikan amalan yang kita lakukan sempurna. Kita mahu lakukan yang terbaik kerana Allah, tetapi masa yang diambil hanya mahu menarik perhatian dan mendapatkan penghargaan dari manusia. Pastinya nilai kedua-dua perbuatan tersebut berbeza di sisi Tuhan.
            Muslimah yang memakai tudung dengan sempurna dan menutup tubuh, berpakaian labuh, berstoking tangan bagi lengan baju yang lebar, berseluar longgar atau berkain yang tidak menampakkan tubuh badan dan berstoking menutup kaki pasti sukar dan mengambil masa. Kita perlu yakin atas rahmat Allah bahawa setiap ‘susah payah’ mentaati perintah Allah, ganjaran berlipat ganda yang sesuai dengan kesabaran dan kerelaan kita pada perintah Allah.
            Tetapi, jika masa banyak terbuang kerana ingin menggayakan fesyen yang unik, berbeza dan menyerlah , tudung yang sepatutnya menutup kecantikan tidak lagi berfungsi sebagaimana tuntutan yang Maha Esa.
            Pada ketika wanita mengenakan fesyen dan gaya yang pelik, bertudung dengan tidak sempurna menutup tubuh serta berhias berlebihan, yakinlah syaitan sudah mula bersorak riang, nafsu pula gembira dengan ledakan tawa atas kemenangan  mengalahkan iman.
            Iman kita sudah terhenyak jauh ke dalam, menangis dan merintih agar kita kembali sedar daripada tipu daya iblis terhadap wanita. 
           



AUDIT DIRI DLM PENGGUNAAN ICT
1. Mematuhi waktu solat apabila sedang menggunakan komputer dan melayari internet.
2. Tidak menggunakan kepakaran dalam ict untuk mencari rahsia dan maklumat peribadi orang lain.
3. Memanfaatkan pengetahuan ict ke arah kebaikan.
4. Menyebarkan ilmu dan dakwah islam secara baik kepada masyarakat.
5. Mencipta perisian komputer yang dapat membawa masyarakat mendekati Islam.
6. Tidak menyebarkan berita palsu sama ada isu semasa  ilmu yang tidak benar.
7. Memelihara maruah dan hak pengguna lain dengan tidak menyebarkan keaiban mereka.
8. Bertindak adil antara rakan alam maya dengan rakan alam nyata.
9. Tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan ict apabila leka menggunakan ict.



SUDAH TERSUNGKUR BARU AKUR
‘Kalau aku dapat pencuri kereta aku, aku akan kerat 4!’
‘begitu geram, marah?’
‘Yalah, dengan kereta itulah aku mencari rezeki, menghantar anak kesekoloh dan balik kampung. ia seolah-olah nyawa kepada keluarga’
‘sampai nak kerat 4?’
‘confirm! Kalau dapat aku tak lepas ’

Melihat dia marah-marah begitu saya ‘tersenyum’ dalam hati. Betapa tidak, saya memang mengenalinya sejak IPT lagi. masih segar dalam ingatan saya perbualan kami 5 tahun lalu. Ketika itu beliau sangat sinis dengan hukum hudud.

‘Bagi aku ayat Quran tentang hudud perlu tafsiran semula. realiti dunia berubah’
‘mengapa begitu. Syariat itu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap zaman dan masa’.
‘kejam sangat. Curi saja, potong tangan. Habis macammana pencuri tu nak meneruskan hidup?’
‘Tuhan juga memberi kita akal, kita gunakanlah akal untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukumNya mengikut peredaran keadaan dan masa’
—————————————————————
‘kau berubah?.’
‘berubah apanya?’
‘kau dah menyokong hudud sekarang, tak simpati dengan pencuri kereta kau?’.
‘bukan tak simpati tapi’
‘tapi geram? marah? Kau terasa dizalimi , dikhianati bukan? Hudud tak sampailah kerat 4. hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik pencuri  dan menegakkan keadilan buat masyarakat. Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita jadi mangsa curi , rompak, ragut, zina dan rogol, barulah kita jadi menyokong hukum Allah ’
Sumber : Beduk di Ketuk





DOA DARIPADA RASULULLAH
Lihatlah, betapa cinta Rasulullah saw apabila baginda berkata kepada seorang sahabat , Muaz Bin Jabal :
‘Wahai Muaz, aku sangat menyintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau terlupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini, maksudnya
‘Ya Allah, bantulah aku mengingatiMu, mengsyukuriMu, dan memperbaiki ibadah kepadaMu’
 (Riwayat Ahmad)



HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 69

MENARIK DI DALAM
·        Celik mata hati
·        Mohon Ketenangan Hati
·        Taqwakah kita?
·        Murah
·        Orang Yang Bercinta
·        Islam, Iman dan Ihsan
·        Corat Coret Anti Yahudi
·        Semuanya okey

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Pengetahuan tentang Kelahiran dan Kematian seseorang berada dalam gengamanNya

sahabatku,
saya pernah tanyalah ustazah dengan tajuk celik mata celik hati. sebut pasal celik mata, mungkin ramai yang dapat mengagak siapakah ustazah jemputan. tak lain dan tak bukan, Prof.Dr Muhaya. siapa yang masih lagi belum kenal akan beliau, bolehlah buka-buka  radio ikim 106.2 fm di kawasan johor Bahru kadang-kadang beliau ada di corong radio, ataupun di oasis channel106 dlm rancangan tv beliau dan kadangkala di tanyalah ustazah 11.30 pg di tv9. beliau juga banyak menulis buku dan sekarang mungkin menjadi sumber inspirasi buat sesetengah orang. menurut beliau
àmata fizikal (mata yg kita nampak)
àmata hati (mata daripada jiwa dan roh melihat dengan hati yang bersih. contohnya apabila dia melihat orang buat benda yang salah, dia akan kata, ‘kesian orang ni, dia buat salah bukan sebab jahat, tapi sebab belum dapat hidayah, kerana dia kurang ilmu’.) pandang semua orang dengan sudut pandang yang positif.  
àmata akal (Melihat sesuatu yang membolehkan dia berfikir)
àdan mata nafsu (Tengok orang tu, pakai gelang banyak, nak juga, pakai kereta besar, nak juga, terlalu cintakan dunia)

Sahabatku
jadilah orang yang celik mata hati.
Editor, Norazila Khalid



DOA MEMOHON KETENANGAN HATI
Daripada Abu Umamah, Rasulullah saw, telah mengajar doa ini
‘Ya Allah, Aku memohon daripadaMu jiwa yang tenang, beriman dengan pertemuan denganMu, reda dengan ketentuanMu dan berasa cukup dengan pemberianMu’.


TAQWAKAH KITA?
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa, dan janganlah kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya.’ (Ali Imran :102)
‘Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan’. (Al Baqarah :194)
‘Dan tiada seorang pun di antara kamu, melainkan melaluinya (api neraka), itulah keputusan Tuhanmu yang tidak dapat dihindarkan. Lalu Kami selamatkan pula golongan mereka yang bertaqwa’ ( maryam :71-72)
‘Dan Syurga itu di dekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa’ (Asy Syu’ara:90)


MURAH
          Kenapa perlu tidak berpuas hati andai item yang dibeli dengan harga yang murah tidak tahan lama? Kita yang membuat keputusan untuk membeli dan memilih untuk mengeluarkn sejumlah wang tersebut , jadi kita terpaksa menanggung risikonya.
          Dalam rutin seharian kita, pekerjaan yang kita lakukan dengan ‘main-main’ tanpa ada mutu, kosong dengan kesungguhan dan berakar umbi daripada sikap sambil lewa yang melampau, maka layaklah kita mendapat hasil dan bayaran yang ’murah’. Pelaburan yang sedikit jangan harap untuk mendapat keuntungan yang tinggi!
          Tetapi aspek murah juga ada kekuatan. Mahu mendapat rezeki yang berlipat ganda perlulah murah tangan untuk melakukan amalan baik.  Jangan jual mahal untuk menambah ibadah di sisi Allah, ya!
          Tidak cukup dengan ibadah fardu, ringan-ringankan anggota untuk mendekatkan diri kepada Allah. Benar, murah sahaja nilainya kerana ia dilakukan daripada diri sendiri, tetapi mendapat ganjaran yang mahal daripada Allah.
Sumber : viceversa


  

MUTIARA KATA
Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah saw.

                  

HADIS 2
ISLAM, IMAN DAN IHSAN
            Daripada Umar bin Al Khattab r.a, ‘Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah saw pada suatu hari, tiba-tiba muncul  di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya. sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk dihadapan Rasulullah saw lalu dia merapatkan lututnya dengan lutut Rasulullah saw dan meletakkan kedua tapak tangannya di atas 2 pehanya, lantas dia berkata ’Wahai Muhammad ! Ceritakan kepadaku tentang Islam. lalu Rasulullah saw menjawab ’Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya’. Lelaki itu berkata ‘benarlah kamu!’kami berasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.
            Lelaki itu berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang iman’. Baginda saw bersabda ‘Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan Qadar baik dan buruknya.’.. Lelaki itu berkata ‘benarlah kamu!’
            Dia berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang ihsan’. Baginda saw menjawab ‘bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu’.
            Lelaki itu berkata lagi ‘ceritakan kepadaku tentang kiamat’. Baginda menjawab ‘tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat).
            Lelaki itu berkata lagi ‘Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya’. Baginda menjawab ‘Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan’. kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah saw berkata ‘Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu’. Aku menjawab ‘Allah dan Rasulnya lebih mengetahui’. Sabda Rasulullah saw ‘Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu’.
 Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



CORAT CORET ANTI YAHUDI
‘Boikot-boikot ni tak praktikal’
‘Mengapa?’
‘Kalau boikot-boikot produk ni kita juga yang susah, kita belum kuat, jangan cari penyakit ’
‘kalau begitu, macammana kita ingin melahirkan kebencian terhadap zionis?’
‘perlukah kebencian dilahirkan? ’
‘kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya? Kalau awak tak setuju dengan kempen boikot produk yahudi ni. ada cara lain?’
‘kita tidak boleh buat apa-apa.’
‘cuba perhatikan kisah ini, semasa Nabi Ibrahim dibakar, seekor burung kecil berulang alik dari sungai dengan membawa beberapa titis air sebagai usaha untuk memadamkn api tersebut. Perbuatannya ditertawakan oleh burung-burung  lain kerana mana mungkin api yang besar boleh dipadamkn dengan air yang beberapa titis. Maka jawab burung kecil tadi ’aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanyakan kepadaku apakah dengan usahaku ini akan berjaya memadamkan api, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu, ya, kita hanya umpama ‘burung kecil’ dalam usaha memerangi kekejamannya’ 
‘lebih baik boikot hedonisme’
‘mengapa?’
‘hampir semua budaya hedonisme ditaja oleh Yahudi, ia lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng’
‘filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan umat islam masa kini. Sedar tak sedar, kitalah pengguna terbesar produk hedonisme yahudi.’
‘tapi langkah ini memang susah sedikit. hampir setiap masa umat islam menikmati lagu-lagu dan filem sebegitu’
‘kalau nak lawan yahudi memang susah. Mana lebih susah, umat islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme yahudi? Ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi yahudi, padahal itu semua ialah cara hidup yang memang disukai oleh Yahudi. Dan Ramai juga yang tidak sedar bahawa yahudi ialah penaja kepada budaya pendedahan Aurat dan pergaulan masa kini. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komersial bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu.’
Sumber : Beduk di Ketuk



 Refleksi
Indahnya orang yang beriman itu, apabila dia di uji dengan ujian yang berat, dia redha dan sabar dan apabila di uji dengan limpahan rahmat dan kesenangan  lantas dia bersyukur. semua keadaan adalah okey bagi dirinya.  Bagaimana dengan diri kita?












Tuesday 29 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 68

MENARIK DI DALAM
·        Apakah ‘inside out?’
·        Peraturan Cinta
·        Tidur oh Tidur
·        Tip-tip atasi Rasa Jemu Dengan Pasangan
·        Semua Amalan Adalah Dengan Niat
·        Siapa Yang Berkata?
·        70 kali
·        Ramai Pengajar, sikit Pendidik

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.  Yang sangat sayangkan hambaNya.

Sahabatku
Pernah dengar tak jika bulan Ramadhan, syaitan akan diikat dan dibelenggu? mesti pernah kan? tak kisahlah daripada mana, dan saya juga pernah dengar akan info itu. dan tertanya-tanya juga macammana cara syaitan itu di ikat sedangkan jumlah syaitan bukannya sikit, sebab syaitan kan tak mati-mati. Hakikatnya, syaitan diikat tidak dapat dibayangkan oleh mata kepala kita. Kita fikir lain, tapi hakikatnya ia berbeza. Allah Yang Mengetahui Tapi saya percaya akan kebesaran n kebijaksanaan Allah menghadapinya dan bagaimana ‘ikatan’ itu sebenarnya, tetapi  saya terfikir jugak, jika benar semua syaitan-syaitan  itu di ikat, habis tu kenapa masih ada kes jenayah berlaku dikalangan masyarakat islam di bulan puasa?, yang simple jer kita tengok ada orang yang tak puasa, tanpa segan silu membeli makanan di khalayak ramai. bukankah itu kerja syaitan? Dan manusialah yang sebenarnya SYAITAN!

sahabatku
saya pernah mengikuti bual bicara seorang ustaz. katanya, hakikat sebenarnya di bulan puasa ialah, apabila manusia  berpuasa, maka syaitan yang dikatakan bergerak dalam saluran darah manusia  akan tersepit dan dihimpit, kenapa? apabila lapar, saluran darah manusia mengecil. jadi syaitan akan tersepit dan begitu juga nafsunya. Adakah tersepit itu dikatakan ‘diikat?’. Ada logiknya. Jelas, Allah lebih Mengetahui. Sebab orang yang tak puasa sering sahaja culas terhadap ketaatan kepada Tuhannya, kan dah jadi syaitan tu.

Sahabatku,
Saya pernah juga terdengar,  kalau seseorang itu tidak mampu kahwin atas sebab yang tertentu, dalam Islam seseorang itu digalakkan berpuasa, kerana untuk mengekang hawa nafsunya. Ya,dan sesungguhnya ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia sebenarnya ialah daripada dalam (hawa nafsu) diri sendiri bukan secara total dari luar. dan cara untuk mengatasinya juga mestilah daripada dalam juga. dan inilah yang dikatakan inside out. Perbaiki hati terlebih dahulu sebelum apa-apa yang lain diperbaiki. sesungguhnya hawa nafsu sendiri ialah musuh No.1.
Editor , Norazila Khalid

PERATURAN CINTA
          Peraturan cinta itu apa? Peraturan itu syariat—hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya. Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram akan berakhir dengan kepahitan. Percayalah juga, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkn kemanisan yang berkekalan. Hadiahnya adalah Syurga yang abadi.     




TIDUR OH TIDUR
‘aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Allah tidak selesai’.
-Kata-kata Khalifah  Umar Al Khattab r.a apabila di tanya mengapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.


TIP-TIP ATASI RASA JEMU DENGAN PASANGAN
2 Jaga Solat Berjemaah, samaada di masjid atau di rumah.
2 Tingkatkan amalan-amalan sunat samaada di dalam atau di luar rumah, iaitu hablumminannas dan hablumminallah.
2 Melancong bersama dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengeratkan lagi hubungan
2 Tukar gaya berkomunkasi dan berinteraksi. Lazimkan senyuman dan selang-selikan dengan gurauan.
2 Sesekali ubah susun atur perabot samaada di ruang tamu, dapur mahupun bilik tidur.
2 Sesekali para suami pergilah ke luar kawasan dalam jangka masa tertentu untuk berdakwah atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
2 Belajar resipi masakan baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya.
2 Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangan di dalam rumah.
Sumber : Ustaz Pahrol


HADIS 1
SEMUA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT
 Daripada Umar bin Al Khattab r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkn’. 
 Hadis ini menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat , maka dia telah di beri pahala berdasarkn niatnya itu.
 Hadis ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.
 Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah saw. 
Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



Kata Saidina Umar al Khattab
‘ Lihatlah kamu kepada apa yang diperkatakan oleh seseorang itu, bukan melihat kepada siapa yang memperkatakannya’


 70 KALI
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasullah saw bersabda bersabda yang bermaksud :
‘Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika malaikat Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail ’Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa’.

Insaflah, mungkin pada waktu ini Izrail sedang melawat kita tanpa kita sedari. Sedangkan kita masih lagi lupa dan lalai. Kita masih lagi ingat yang kita masih lagi lama di sini, sedangkan tempohnya kian hampir dan semakin dekat. Siapa tahu? Ajal maut itu di tangan Allah swt.


RAMAI PENGAJAR, SEDIKIT PENDIDIK
‘Apa bezanya mengajar dengan mendidik?’
‘Mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan..’
‘Mendidik pula?’
‘mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau’
‘jadi sekarang kita banyak mengajar dari mendidik?’
‘begitulah’
‘Boleh berikan contoh?’
‘mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang’
‘mendidik sembahyang?’
‘mendidik lebih kepada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role modelnya. Jika mereka malas kita dorong. Jika salah, kita perbetulkannya. Hasilnya pelajar kita akan mahu sembahyang’
‘oh, mahu bersembahyang. bukan sekadar tahu sembahyang, dan saya pernah mendengar ungkapan inggeris, I need to pray berbanding I have to pray, macammana tu?’
‘I need to pray itu lebih baik. Itu datang daripada kerelaan. Manakala I have to pray tu lebih kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik daripada terpaksa’
‘bagaimana dengan paksa rela?’
‘mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama insyaAllah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikannya, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan,jika belum juga berjaya, baru gunakan hukuman. Paksa. Bahkan dibolehkan memukul. Bukan untuk menyakiti tetapi mendidik’
‘sekarang ini ramai pengajar sedikit pendidik’
‘ilmu agama sekadar jadi hafalan otak kiri yang tidak melahirkan tindakan. ada yang dapat A1 dalam agama, tetapi tidak solat. Ilmu hanya ditumpahkan dalam kertas peperiksaan bukan dalam realiti kehidupan.’
‘kenapa kita kurang pendidik?’
‘sebab kita tidak mendidik pendidik!, profesyen perguruan tidak menarik dari segi ganjaran dan masih di belakang bidang-bidang lain seperti jurutera atau doktor, sedangkan tanggungjawab, peranan dan tugasnya berat’.
‘Apa keistimewaan pendidik?’
‘ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga iaitu modal insan. Pendidik menangani penyakit rohani’
‘tetapi tidak semua orang melihat begitu. Masih ramai yang menilai dari sudut gaji dan ganjaran’
‘biarlah orang lain rasa begitu tetapi golongan pendidik tidak boleh merasakan begitu. Pendidik wajib memandang tinggi profesionnya sendiri. Jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesallah kalau diri benar-benar sudah tidak berharga. Maksudnya, pendidik mesti ada harga diri yang tinggi’
‘barulah mereka boleh berjaya mendidik. Ganjaran pahala bukan sekadar laba. Penilaian Allah, bukan hanya penilaian manusia. Jika tidak, pendidik hanya akan mengajar’
‘dan hasilnya, pelajar hanya tahu,tetapi tidak sedar !’
Sumber : Beduk di Ketuk











           




HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 67

MENARIK DI DALAM
·        Sihat?
·        Orang yang Cerdik
·        It’s easy to be Muslim, but stil..
·        Petua Kesihatan Menurut Islam
·        Perbezaan antara Empati dan Simpati
·        10 Jenis Orang Yang Kejam
·        Macammana Nak Jadi Baik?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.Tuhan yang mengetahui segala-galanya tentang diri kita, samaada yang kita sembunyikan atau yang kita zahirkan. serta apa yang kita fikirkan sekarang, semuanya dalam pengetahuan Allah dan kita tidak dapat lari daripada pengawasan Allah swt.

Sahabatku
cuba tanya diri kita sekarang, setakat mana kita menjaga kesihatan kita? setakat mana cara kita mengawal kadar pemakanan dan senaman supaya badan kita sentiasa sihat. percaya atau tidak, jika kita tidak menjaga kesihatan, kita sebenarnya seorang yang mementingkan diri sendiri kerana apabila kita sakit, kita pasti akan menyusahkan orang lain untuk menjaga diri kita, tetapi sebaliknya yang sangat baik, jika kita sihat, kita pula boleh menjaga orang lain yang sakit. Dan himpunan pahala dan rahmat Allah akan mencurah kepada kita.

Sahabatku
Pilihlah sekarang, samaada kita ingin dijaga oleh orang lain, ataupun kita ingin menjaga dan memberi bakti kepada orang?. memberi bakti sesungguhnya lebih baik daripada menerima bakti kan? dan selalu kita dengar, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
Editor , Norazila Khalid


MUTIARA HADITH
Bersabda Rasulullah saw ‘orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengekang nafsunya, dan beramal untuk  (bekal) sesudah mati, sedangkan orang-orang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya, dan berangan-angan pada pemberian Allah swt’.
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)


IT’S EASY TO BE MUSLIM BUT STILL...

 

 You can spend half an hour to get ready to work or school when you only need 5 minutes to perform SUBUH prayer.

 It takes you 1-3 minutes to put on your shoes when you only need 2 seconds to GIVE SALAM.

 You can spend almost 45 minutes for lunch, when you only need 15minutes to perform ZOHOR PRAYYER.

 You can spend an hour on the phone or on the computer when 15 minutes is all it takes for ASAR PRAYER.

 You would scarify 2-3 hours of your time to watch film in the movie theatre when with only 15 minutes you can gain much more by RECITING AL QURAN.

 You would spend time more than 30minutes to get update with the world by watching the news when MAGRIB PRAYER only takes 7 minutes.

 Sometimes arguments with your parents/wife can go on for 20 minutes when 2 seconds is all it takes to SMILE and GIVE SADAQAH.

 You would spend time reading magazine for an hour or so when 5 minutes is all it takes to ponder upon a HADITH.

 You would spend 15minutes to set yourself to sleep when you only need 10 minutes for ISYA’ PRAYER.

 You can spend hours watching a late movie till ’the end’ when you only need to spend at least 2 second to UTTER WORDS OF GRATEFULNESS TO ALMIGHTY ALLAH SWT.  

 

         


PETUA KESIHATAN MENURUT ISLAM
J Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.  Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkn lemak yang terkumpul.
J Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. mujarabnya insyaAllah jauh dari penyakit .
J Waktu solat subuh disunatkan kita sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. ini terbukti daripada saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang  berkenaan.


PERBEZAAN ANTARA EMPATI DAN SIMPATI
J EMPATI
Kita merasai suara hati yang diperdengarkan dan tidak diperdengarkan oleh pasangan kita. Empati akan memperkukuhkan cinta kerana cinta itu hakikatnya berkongsi rasa bukan sekadar berkongsi kata.

J SIMPATI
Hanya memahami apa yang diperdengarkan melalui ayat dan kata-kata.

         


10 JENIS ORANG YG KEJAM
Sufyan  Atgauri berkata :10 macam kekejaman ialah
9 Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakn untuk anak-anak dan orang mukmin.
9 Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi setiap harinya tidak membaca 100 ayat.
9 Seorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa solat 2 rakaat.
9 Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakn ahli kubur.
9 Seorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak bersembahyang jumaat.
9 Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang Alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
9 2 orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
9 Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9 Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
9 Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



MUTIARA KATA
Allah berpesan dalam wahyunya Al Quranul Karim supaya kita mengejar Akhirat tapi jangan lupakan Dunia. Bukannya kejar dunia tapi lupakan Akhirat. Apabila kita mengejar Akhirat, insyaAllah, dunia akn menghampiri.


MACAM MANA NAK JADI BAIK?
‘Saya nak baiki diri. Daripada mana harus saya bermula?’
‘Mulakan dengan memperbaiki solat’
‘Mengapa solat?’
‘Awak nak jadi baik bukan?’
‘Awak jawab soalan dengan soalan’
‘kalau nak jadi baik perlu solat ’
‘Agaknya kenapa awak kata begitu ya?, bagaimana kalau orang masih jahat juga walaupun sudah mengerjakan solat?’
‘dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya, bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik ’
‘bagaimana nak perbaiki solat?’
‘mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya’
‘wah, solat pun ada hardware dan softwarenya?’
‘hardware solat tu tentang rukun fi’li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya ’
‘softwarenya?’
‘rukun qauli, pada makna bacaanya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati ’
‘cari ilmu yang bagaimana? ’
‘cari makna bacaan surah al-fatihah. bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri dengan betul.’
‘oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?’
‘itu pun ya jgk. Ttp itu hny awalan. Perlu dilanjutkan  lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu ’.
‘kita perlu jaga 7 anggota sujud kan? ’
‘ya, itu baru permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita. itu yang lebih penting ’
‘itulah yang awak maksudkan dengan software solat?, kalau tak kusyuk, semacam tak berguna kita solat. Betul tak? ’
‘betul.tapi nak khusyuk perlulah kita solat dulu. Perlahan-lahan kita tingkatkan mutunya ’
‘lambat ya?’
‘nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata ’
‘tapi bagaimana orang yang tak solat langsung, macammana mereka nak jadi baik?’
‘perlu ajak mereka solat’
‘kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat?’
‘sebab dia rasa tidak memerlukan Allah dalam kehidupannya. ’
‘kenapa jadi begitu?’
‘orang tidak nampak kebesaran Allah, sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia berasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kerana Allah, tetapi kepada tuhan-tuhan lain selainNya ’
‘betul, apa perlunya solat kepada orang sebegini? dia rasa dirinya yang kuat, mulia, kaya, berilmu, tak perlukan Tuhan lagi. Dia bertuhankan drinya. ’
Sumber : Beduk di Ketuk